Sebelum ke Fakulti, singgah dulu beli kuih-muih kat sini sebab Dania ditugaskan membeli 3 jenis kuih untuk jualan Warong Ansci sempena Agriculture Career Fair 2026.
Ini selalunya orang panggil gerai tepi jalan Uniten. Terletak kat roundabout Uniten. 1.2 km je dari Fakulti Pertanian, UPM tu.
Dania kena beli 25 cakoi, 10 donut dan 10 karipap. Harga semuanya 80 sen. Masih ada lagi kuih-muih berharga sen ni.
Ummi, Ayah dan Dania masing2 masukkan kuih dalam plastik.
Dania bayar dulu lepas tu terlupa nak tunjuk kat orang gerai ni sebab lebih sibukkan nak redeem bayaran kuih dari kawan dia. Hehe. Senang nak kira sebab semuanya 80 sen.
Tiba je berdekatan dengan Dewan Pertanian ni nak dropkan kuih-muih dan novel preloved Dania.
Ummi siap-siap kamera dah ni. Hehe.
Semua ni muka familiar dalam kelas Dania....ummi rasa lega sebab Dania lebih bersemangat untuk ke kelas sekarang berbanding kelas course lama dulu. Ada yang Dania ngam yang saya cerita lagi 3 orang lagi tu. Pergi mana-mana berempat tu lah tapi Dania kiranya setahun muda la pada mereka. Kalau dulu nak ke kelas course lama memang tak berapa ada semangat sangat tapi yang pelik dalam exam perform pulak tu. Paling tinggi CGPA masa sem 1 dalam kelas. Sem 1 & sem 2 dapat naik pentas untuk sijil dekan. Tercalon pulak untuk Anugerah Universiti 'Anugerah Syed Kechik' bagi Fakulti Pertanian. kiranya ni anugerah untuk pelajar baharu. Kalau ikutkan ni stay ajelah kan kat course lama....tapi tuan badan tak happy pun. Ada kawan tapi lonely....entah la susah nak cerita....ada yang menanya kenapa Dania tukar program....
Ni....saya nampak kegembiraan terpancar kat wajah. Saya pun menggalakkan Dania tukar program. Ikutkan bayaran yuran jika tukar program ni saya kena bayar 10 sem (5 tahun) lah. Kalau normal hanya 8 sem (4 tahun) je. Dania mulanya risau la sebab kena bayar lebih la kan tapi saya kata takpelah....anak seorang ajer sebab yang nak belajarnya anak. Takkan la kita paksa dia stay kat program yang dia tak happy. Duit boleh dicari....kalau cakap dengan ayah Dania pun dia setuju je sebab Dania yang nak belajar.
Tapi...ummi pesan kena buat betul-betul untuk program ni sebab program ni memang sains kan. Program lama tu campuran sains dan sastera.
Ummi pun happy la bila Dania happy.
Lepas dah hantar barang-barang kat gerai terus ke kelas dan pukul 12-2 pm nanti bertugas jaga gerai.
Ummi doakan yang terbaik untuk Dania. Impian tinggi nak cuba mencapai sijil dekan semester ni. Moga baik-baik ajer dan Allah membenarkan impian Dania tercapai.
Petang ni English Assessment (Spoken Communication for The Workplace) pun ada bermula jam 6.45 petang - 7 malam. Saya tunggu sekejap je kot tak balik.
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.