Selamat Tahun Baru 2026!. Moga kita semua panjang umur, dikurniakan kesihatan berpanjangan, bahagia bersama keluarga, dijauhkan dari dengki khianat manusia, disayangi semua penduduk bumi dan semua yang baik-baik ajer. Kalau ada anak tu moga anak/anak-anak menjadi seorang yang soleh dan solehah.
......................................................................
Pada hari Dania ada amali dengan lembu di Ladang Farm Fresh, ni Dania tengah merasa rahim lembu untuk tujuan samada memastikan lembu ni mengandung atau tidak. Gambar keseluruhan tidak ditunjukkan. Sebelum itu, tangan kita ni kena pastikan bebas dari memakai barang kemas di tangan. Ini untuk memastikan barang kemas tidak tertinggal di dalam perut lembu. Muka Dania agak cuak sebab kena berhati-hati mengeluarkan tangan untuk tidak menyakiti lembu.
Dalam ilmu permanian berhadas atau inseminasi buatan atau artificial insemination, tangan akan dimasukkan ke dalam rektum lembu untuk memandu tiub mani ke pangkal rahim. Ini untuk mempercepatkan pembiakan, meningkatkan kualiti baka dan mengelakkan penyakit tanpa memerlukan penjantan. Ni saya ambil dari AI Overview.
Sebelum memulakan amali ini...lembu akan ditepuk di belakangnya untuk memberitahu kita ada di belakangnya dan lembu akan memandang kita. Jika tidak, mungkin lembu tak tahu kita ada di belakangnya dan mungkin lembu akan menendang untuk tujuan mempertahankan diri.
Dania memakai pakaian lengkap coverall, sarung tangan dan kasut boots.
***Tidak ada haiwan yang disakiti. Semua untuk tujuan pembelajaran.
Lepas tu, Dania dan kawan-kawan pun jalan-jalan dalam Farm Fresh tu. Haiwan apa yang ada kat sini?
Biawak....ishhh besar ni...
Tak sure kucing kat pameran kucing atau kucing jalanan.
Ni Dania ambik gambar dari luar je. Nak masuk kat pameran kucing ni kena bayar RM5 (pelajar UPM pun kena bayar). Nak masuk Farm Fresh ni untuk pelajar UPM adalah free. Kena tunjuk kad pelajar. Actually UPM mana ada kad pelajar biasa tu, tunjuk kad debit RHB Mysiswa tu je lah.
Ada ayam belanda dan ayam biasa. Ayah panggil ayam belanda ni ayam piru. Ayah Dania kata ayam piru ni garang.
Sekumpulan rusa.
Boleh petting rusa. Mulanya rusa ni tak datang kat Dania dan kawan-kawan tapi tiba-tiba dia datang. Manja pulak tu. Boleh nampak dengan jelas di bahagian tanduk rusa ni pun berbulu.
Ada juga makan ice-cream kat sini dengan kawan-kawan. Lalu jugak Dania dan kawan-kawan makan ice-cream lepas buat amali tu ya. Memang mereka ni biasa dan ok je dengan haiwan. Tak semua berani. Saya sendiri pun geli juga. Masa amali tu kalau ada haiwan mengeluarkan tinja memang pelajar ni dah biasa la. Haaa Dania pun dah kena masa buat amali kat atas tu...😅
Sama juga la macam yang deal dengan manusia tu....pakar forensik atau pekerjaan lain yang kena deal dengan macam-macam benda yang bagi kita orang biasa ni rasa geli la kan tapi mereka ok je sebab memang itu bidang mereka. Cumanya itu deal dengan manusia, Dania dan kawan-kawan deal dengan haiwan.
XOXO,
Ezna






Cie pergi minggu lepas belum siap entri lagi. Penat juga berjalan dalam tu. Kami tengok gitu2 je binatang yang ada.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.