Bersarapan berdua bersama

Selepas hantar Dania ke fakulti, saya dan hubby ambil kesempatan la breakfast bersama. Makan kat Mak Kimbong ni sebab nak survey Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi kat Seksyen 3 ni. Tak tahu mana Klinik ni sebab hubby ada appointment scaling gigi. Sayalah dok promote kata murah je kalau scaling kat Klinik Kesihatan. Ye lah RM3 je. Memang murah la kan. 

Kat luar ni ada kuih-muih. 


Sini pula nasi dagang, hujung sana roti arab, lempeng dan roti jala kalau tak silap saya. 


Banyak pilihan kat sini. 


Kalau nak makan bihun, kuetiau atau mi pun ada. Kuahnya ada kari, ada sup jugak. 


Hubby makan pulut dengan rendang dan saya pilih mi sup. 


Belah kanan tu baju hitam dan isterinya tu owner Johan Patin Temerloh kat Bangi tu. Hehe....baru je makan kat situ minggu lepas. Jumpa pulak ownernya kat sini. Owner yang lelaki cam saya tu. Terserempak masa saya nak keluar kedai nak cari tempat duduk. Dia kata baru mula ke?. Isterinya tak cam saya pun walaupun hari tu bertugas mengira makanan yang saya makan tu. 


Masa nak balik, owner ikan patin tu angkat tangan. Mesti tak best makan sebab ada customer pulak makan tempat yang sama. 




XOXO,
Ezna
 

12 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Bangi, kajang, sg merap.. suka sangat JJCM area situ.. mcm semua nk cuba

    BalasPadam
  2. Pelbagai juadah utk breakfast ... nanti nak cari lah kalau ke bangi.. boleh lak jumpa owner kedai makan lain di kedai yang lain hihii..

    BalasPadam
  3. kiranya u dating berdualah ni ezz. nice sgt!! i jrg sgt dpt sesi berdua hahaha sbb mr hubby kan keje, even saturday pun keje (alternate day) ;) ok jer sbb dh biasa dgn rutin masing2. anyway, bihun tu i terliur (minggu ni i konon2 restart diet so kena reduce carbo, tak leh mkn la bihun mee or yg sewaktu dgnnya) hrp2 boleh istiqamah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hubby I kerja tapi dia masuk lambat. Tu yang boleh makan2 berdua tu. Hari sabtu cuti....tapi hubby I...malam2 sampai lewat pagi kadang2 buat kerja you macam 2 atau 3 pagi. Siang dia flexible sikit. Time lewat malam ke awal pagi busy buat kerja.

      Padam
  4. perkhidmatan di klinik kerajaan memang murahla.. tapi, kena bersabar lah tunggu turn bagai...

    BalasPadam
  5. selalu tgk video2 resto MK ni. ramai puji cara pengendalian dan kebersihan yg mereka titikberatkan..insya allah ada rezeki nk try mkn kat sini

    BalasPadam
  6. makanan yang ada cukup menyelerakan juga tu

    BalasPadam
  7. Tak sampai² lagi mak Kimbong ni... Kitorg allergic tengok ramai orang, terus tak jadi nak masuk haha...
    Owner Johan Patin tu pun nak tukar selera agaknya :)

    BalasPadam
  8. Satu hari nanti kena jugaklah pergi Mak Kimbong ni. Macam² menu menggamit selera.

    BalasPadam
  9. Tak apalah, diapun happy mungkin ketemu customernya kak 😄. Hebat juga kakak langsung mengenali. Saya nih memang suka cam muka orang, kecuali dah kenal baik

    BalasPadam
  10. johan patin temerloh tu smpai sekarang saya tak pergi makan lagi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.