Selepas hantar Dania ke fakulti, saya dan hubby ambil kesempatan la breakfast bersama. Makan kat Mak Kimbong ni sebab nak survey Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi kat Seksyen 3 ni. Tak tahu mana Klinik ni sebab hubby ada appointment scaling gigi. Sayalah dok promote kata murah je kalau scaling kat Klinik Kesihatan. Ye lah RM3 je. Memang murah la kan.
Kat luar ni ada kuih-muih.
Sini pula nasi dagang, hujung sana roti arab, lempeng dan roti jala kalau tak silap saya.
Banyak pilihan kat sini.
Kalau nak makan bihun, kuetiau atau mi pun ada. Kuanya ada kari, ada sup jugak.
Hubby makan pulut dengan rendang dan saya pilih mi sup.
Belah kanan tu baju hitam dan isterinya tu owner Johan Patin Temerloh kat Bangi tu. Hehe....baru je makan kat situ minggu lepas. Jumpa pulak ownernya kat sini. Owner yang lelaki cam saya tu. Terserempak masa saya nak keluar kedai nak cari tempat duduk. Dia kata baru mula ke?. Isterinya tak cam saya pun walaupun hari tu bertugas mengira makanan yang saya makan tu.
Masa nak balik, owner ikan patin tu angkat tangan. Mesti tak best makan sebab ada customer pulak makan tempat yang sama.
XOXO,
Ezna






Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.