Minggu ni seminggu Dania dan kawan-kawan Bacelor UPM tengah cuti study week tapi 27 Jan 2026, Dania cakap Jabatan Sains Haiwan ada buat gotong royong. Dania pada mulanya malas nak turun padang cakap cuti-cuti pun ada aktiviti kat Fakulti. Dania sibuk mengulangkaji pelajaran untuk Final Exam coming soon ni. Lepas tu bila tengok yang kata boleh datang pun tak ramai jadi Dania macam kesian pulak. Kawan-kawan ramai yang ambik kesempatan pulang ke kampung halaman. Saya kata pergi je la sebab rumah kita pun dekat je. Mana tak dekat 5 km je dengan Fakulti Pertanian tu 😅. Dania kata akan pergi jika selesai menelaah untuk 1 subjek tu. Akhirnya waktu malam Dania decide nak pergi gotong royong tu. Ummi membayangkan sound effect orang bertepuk tangan kat Tik Tok tu. Hehe.
Bawah ni Dania cerita Dania dan kawan membersihkan reban ayam. Lepas tu ayam bising-bising....lepas tu ada sebiji telur. Ingatkan riuh sebab apa. Rupanya ada seekor ayam bertelur sebiji, riuhnya sekampung. Betullah perumpamaan tu.
Jadi gotong royongnya membersihkan kandang haiwan. Kat Jabatan Sains Haiwan ada kandang haiwan yang ada ayam dan kura-kura. Rasanya arnab pun ada kot. Saya ada suruh Dania hantar gambar gotong royong. Hmmmm frust betul 3 gambar awal ni dihantar kat whatsapp. Mana tak frust, muka anak sendiri tak ada. Ada gambar kandang dan haiwan. Hehe
Membersihkan kawasan sekitar sini.
Kura-kura ni nampak berkilat sebab Dania mandikan dia. Hehe. Dania kata kura-kura ni baik.
Barulah ada gambar ramai-ramai. Ada staff sekali dengan student.
Lepas bergotong royong, makanannya mewah ya. Ala ala kenduri Dania kata. Ada kambing bakar yang disembelih dari kambing yang ada kat tempat amali UPM ni. Fresh la tu. Ada seorang Dr ni memang jaga kambing-kambing ni kemudian ada yang cakap Dr tak lalu la tu nak makan kambing tu. Nasi minyak dengan lauk pauk yang banyak beserta desserts lagi. Ada kek etc.
Saya ingatkan Dania dapat pack food jadi lepas ambik boleh balik....rupanya makanan berhidang jadi saya tunggu la kejap dalam kereta. Biar Dania makan dulu. Kawan Dania sampai bertambah nasi tu. Ye lah lauk pauk ala kenduri tu.
Masa tengah tunggu Dania tu nampak lecturer ayah kawan Dania yang kami melawat kat hospital baru-baru ini. Kemain laju menuju ke Jabatan Sains Haiwan tu. Saya cerita dengan Dania. Tak lama kemudian Dania kata lecturer tu dah tiba kat Jabatan dah. Mewah betul makanan untuk mereka yang bergotong-royong ni. Lecturer yang datang makan pun dari Jabatan sini juga.
Alhamdulilah.
XOXO,
Ezna
Rajin Dania gotong-royong, tak takut pula dengan haiwan.
BalasPadamalhamdulillah...rezeki yang datang bergotong royong.. ye, kadang2 minggu study week ramai yang ambil kesempatan balik kampung...eh, linda tak ingat pun ada minggu study week, rasanya macam exam je terus.. cuma nya untung kalau paper yang ambil tu lambat lagi tarikhnya..
BalasPadamAlhamdulillah... rezeki dapat makan sedap.. lagi tambah sedap makan dengan kawan-kawan
BalasPadamBagus Dania..sentiasa memikirkan untuk kelancaran program..betul tu kalau x ramai yang join macam mana plak kan...part makan paling best..ye la meriah betul makanan tu ha...
BalasPadamCantik kura-kura tu.. mgu ni mmg study week, anak kazen sy yg di um pn balik kuching, maknya yg suruh balik anaknya mmg la x lepas peluang
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.