Sempena Mr E dan Erra Fazira kahwin

Adik saya ni ada masukkan duit kat dalam akaun saya. Memang kadang2 tau tau ada je dalam akaun ni. Selalunya bila dapat notification dari bank, saya akan terus whatsapp adik saya ni untuk berterima kasih. Ini bukan meminta-minta ya tapi tiba-tiba je masuk....

Kebetulan saya ke Sogo, nampak ada baju cantik. Teringat la kakak dia nak bagi adik dia ni ha....lepas tu nampak skirt pulak....eh cantiknya kalau digandingkan dengan baju tu. Saya beli pulak skirt. Last2 bila ke tudung Mira Filzah...Dania cakap ummi....tudung ni cantik la kalau Aunty xxx pakai. Beli tudung pulak. 

Jadinya whatsapp la adik saya cakap nak hantar barang. Dia tanya bila nak datang...dalam hati entah-entah nak beli apa-apa pulak nanti....memang ya pun betul sangkaan saya.

Katanya sempena Mr E & Erra kahwin. Mulanya saya tak faham....ohhhh rupanya adik saya beli dari Kueh. Mr. E (suami Erra Fazira)  tu owner Kueh ni la. Saya cuma pernah ke Kueh Seksyen 13, Shah Alam tu je. Cawangan lain tak pernah. 

Kueh ada di : 

Seksyen 13, Shah Alam
Petaling Jaya
Setia Alam
Subang Jaya

Pemberian adik....ada laksa, ada mi kari. 


Ada kuih-muih jugak. Kuih pulut sekaya, onde-onde, roti jala dan cucur badak. Hmmm pulut sekaya nampaknya dah hilang beberapa dah tu 😅. Hubby kata sedap pulut sekaya tu. 


Ni yang saya beli tu....boleh la ber OOTD kat xxx. Saya cakap nanti pakai la baju ni kemudian ambik la gambar. Idok la adik saya ni. Sejenis segan nak letak kat media sosial. Fb memang tak ada la. IG ada tapi tak ada post. Cuma nak skodeng sesiapalah. Hehehe.....

Rezeki untuk dikongsi kan...


Alhamdulilah. 




XOXO,
Ezna
 

9 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Ramai kata sedap2 kuih nya kan. Juga nasi lemak kedai ayah Mr E.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap juga Mulan tapi kat cawangan shah alam tu rasanya dulu lagi banyak kuihnya tapi masa pergi baru2 ni macam kurang pulak kuihnya. Nasi Lemak Cinta Sayang tu kami pernah la makan beberapa kali kat Shah Alam tu tapi tak tahu pulak ayah Mr E yang punya....

      Padam
  2. alhamdulillah, berkongsi rezeki...cantik nampak blouse & tudung tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blouse tu jenis embroidery dan tudung tu macam pernah nampak Mira Filzah pakai.

      Padam
  3. Alhamdulillah...Aduhai..Teringin nk gi sogo...Dah lama x gi sana =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sogo tu banyak barangan sale kat bawah tu Niza. Hari tu orang berkerumun kat tempat sale tu.

      Padam
  4. sweet jer hadiah u beli utk adik u..berkasih sayang gitu! my hubby dh byk kali ajak gi mkn2 kat Kueh tu..kan tgh viral lps wedding erra-mr E tu...dan nampak sentiasa penuh ajerr..i tgk org update kat thread..so i mls lah nak bersesak2...tunggu reda duluuuuu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.