Nombor plet kenderaan UPM

Paginya, breakfast dulu kat Tamam Tea & Coffee. Kali ni tak payah beratur. Boleh terus masuk dengan tenang. 


Order kami ialah roti sarang burung untuk Dania. 


Hubby memilih nasi lemak. Keropok tu saya ambik dah hubby offer suruh ambik. Hehe. 


Saya pilih bubur nasi. Sedap la bubur ni. Tekstur bubur ni halus dan mungkin juga dikisar. Ambik juga sedikit telur rebus nasi lemak hubby tu....


Lepas makan terus masuk UPM. Kami menuju ke bangunan Canselori. Meneru 3 beranak ke Pejabat Bursar ni. 😅 Hubby dok gelakkan kami ni la...beramai-ramai serbu pejabat bursar. 


Dania 💗 UPM kan?. Lepas tu ambil la surat yang siap tu. 


Dalam perjalanan ke kereta....Eh mati ke kucing ni?. Rupanya tidur mati....sejuk-sejuk ni apa lagi tidur la kan Oyen?. 


Dah dapat dah surat ni....akhirnya nombor plet UPM xxx jadi milik kami. Jualan no plet UPM ni dari tahun 2020 lagi. UPM menjual no plet UPM 1-9999. Kiranya selama 5 tahun tu tak ada siapa yang beli nombor ni. Actually dua tahun lepas, saya pun ada tengok jugak nombor ni. Tak sangka la tahun 2025 ni memang rezeki kami untuk dapatkan nombor ni. 

Hubby kata dah 2 orang masuk UPM jadi belilah no plet ni. Ok je bagi saya sebab yang bayarnya bukan saya. 😏


Insya Allah, first step untuk nombor plet kereta Dania nanti tapi for the time being, akan diletakkan ke motor baru kapcai hubby. Insya Allah nak cari motor murah murah je sebab motor lama tu dah laih bebeno. Hubby pakai masa masuk MRSM Beseri dulu. Bertahun dah motornya. Tak boleh buat kerja berat dah. Sebenarnya motor kapcai ni kalau nak pergi dekat2 la macam surau etc. Kalau ke tempat kerja dah memang ada motor lain la. 

Bila dah belikan kereta Dania, nanti nombor UPM tu akan diletakkan ke kereta Dania pula dan motor kapcai  tu ambik nombor yang baru. Insya Allah....

Nombor kenderaan kami semua nombor yang sama je tapi nombor tu signifikasinya no plet kereta hubby yang dulu. 





XOXO,
Ezna



 

14 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Oh macam tu proses beli no plat universiti ni. Berbaloi utk dania!

    BalasPadam
  2. UPM forever ni Dania. lama jugak tu takde orang beli. memang betul2 rezeki la tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya nombor tu tak ada yang beli. No lain tu ada la....

      Padam
  3. uia pun ada jual nombor2 ni :) memang semua IPTA laaa...sbg sumber kewangan gitu. wahhh apakah nombornya itewwww

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah kebanyakkan Uni ada sebagai tambahan kewangan kan. Nombornya biasa je Suzz 3 nombor berbeza.

      Padam
  4. Wow ... No plate UPM.. Betul betul rezeki dapat kali ni... Alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Alhamdulilah. Hubby nak ambik yang UTM dah habis dah nombor yang kami nak ni.

      Padam
  5. kalau macam tu...saya boleh juga pasang niat untuk dapat plat UPM....anak kedua saya sudah ada di UPM Serdang...mungkin dia ada terserempak dengan Dania tapi tak kenal kot.

    BalasPadam
  6. Ohhhh di sana university bisa mengeluarkan plat number kendaraan yaaa. Di sini tak bisa , mesti polisi yg boleh mengeluarkan 😄. Tp kalau nak nomor cantik, ada juga, cuma memang lebih mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya boleh. Mendapat kelulusan pemerintah dulu barulah ia boleh dijual sebagai sumber kewangan kepada Universiti. Nombor kakak ni 3 nombor yang beda cumanya mau sama dengan semua kenderaan kakak.

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.