Dah lama sangat tak makan kat Moksu Nab kat Bangi ni haaa....
Kalau nasi dagang ni tak lain tak bukan memang Dania la yang akan makan. Suka sangat dengan nasi dagang ni haa....
Hubby makan nasi kerabu dengan lauk daging.
Saya pilih bihun goreng dengan telur mata je.
Dania dan ayahnya yang ramai cakap macam muka ayahnya.
Nak order apa?....nanti pekerja bantu cedokkan.
Peminat makanan Kelantan boleh terjah Moksu Nab ni.
..................................................................................................................
Balik breakfast, Dania nak hantar herbarium yang siap kering ni kat Fakulti. Nak pass kat kawan yang bertanggungjawab masukkan dalam fail.
Mereka ada cari beberapa tumbuh-tumbuhan di sekitar Bukit Ekspo dan sekitar ladang. Ada list kena cari kemain panjang juga ummi tengok. Mereka kena tahu spesis tumbuh-tumbuhan ni untuk makanan haiwan ternakan.
Cara kering tu kena kapit dengan beberapa suratkhabar dan Dania letak bawah katil. Pemberat diletakkan di atasnya. Kena kering betul-betul. Kalau tak, kulat boleh tumbuh pulak kat tumbuh-tumbuhan ni. Kalau macam tu dah rosak la herbarium ni. Kena buat semula. Kena mula pada A balik....
Ada 5 jenis tumbuh-tumbuhan yang Dania keringkan ni. Jenuh gak nak membawanya tu.
Dedaun yang dah kering ni nanti akan dimasukkan ke dalam fail dan akan dilabelkan. Ni kiranya projek mengikut kumpulan. Kalau panjang sangat akan dipotong la ikut saiz fail tu.
Nasib baik la dapat kumpulan yang rajin ni. Bukan jenis nama je ada tapi kerja tak buat.
XOXO,
Ezna

menu nasi dagang & nasi kerabu fav kita
BalasPadamSedap kedua menu ni kan....
PadamMenarik la projek daun2 yg dania buat tu
BalasPadamNak bagi kenal daun2 yang spesifik...nak cari semua tu satu hal jugak tapi group Dania jumpa semua dah....
PadamNasi kerabu moksu nab tu mmng sedap! Kalau pagi2 ramai orang sangat
BalasPadamMazni singgah sini jugak ke?.
PadamSeronok la course Dania ni. Kenapa dulu tak tau. Bahagian mulut dan dagu Dania ikut Ezna rasanya 🥰
BalasPadamYe ke Mulan mulut dan dagu ikut saya?. Yayyyyy tiba2 seronok sebab selalu cakap macam ayah dia je. Tapi....maksu saya cakap Dania masa kecik sebijik macam saya.....tu pun saya seronok jugak....
PadamNasib baik dah makan Nasi Dagang minggu lepas, kalau tak kena cari ni sebab tengok gambar Kak Ezna share hihi
BalasPadamHehe. Kadang akak gitu gak. Orang lain share akak yang teringin. Lepas tu kena cari la.
PadamAiiiiiiih banyak sangat saya tertinggal dengan tulisan2 kak Ezna, sampai tak sadar home lun dah baru designnya 😄👍.
BalasPadamKalau nasi dagang vs nasi kerabu, saya pasti pilih kerabu memang sukaaaa sangat 😄🤤🤤🤤. Dah lama juga tak makan nasi kerabu nih
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.