Ni lepas tengok movie Zootopia 2 la ni. Elok je lepas movie lapar jadi berkira-kira nak makan kat mana. Pilih ke Dubuyo la kita.
Dania pilih set 701 Chicken Sonndobu Jigae.
Saya pula pilih set 702 Honey Bulgogi Chicken Ramyeon. Kedua set kami ni air dia kami pilih peach tea.
Lepas tu jalan-jalan la dalam IOI City Mall ni tengok YES (Year End Sale). Masuk Ariani nampak shawl ni berharga RM15. Ambik 1 untuk saya dan 1 untuk Dania. Ariani ni selalunya harganya memang lebih daripada RM15.
Jalan jalan lagi sehingga terjumpa Bawal Exclusive. Tak tahu pula kedai ni wujud. Rasanya baru buka je ni. Susunan mengikut warna bawal ni menarik bagi saya.
Tengok lagi bawal yang ada kat sini. Cantik design dia dan bila tengok harga RM3000. Dania pun hampir tak percaya bila ummi sebut harga. 😅. Guna original Swarovski jadi harga dia memang tak murah la kan.
Dah terkejut dengan harga kami pun keluar la. Kalau ada budget silakan.
Ummi dan Dania bawa beg kembar. Warna sama.
Kembar lagi pakai rope & bead walaupun rope & bead berlainan warna.
Lepas tu masuk pulak kedai Dr Cardin. Ternampak kasut design sama dengan Puma Speedcat Ballet. Puma Speedcat Ballet tu berharga RM300++. Tapak dalam dia flat jadi kebarangkalian untuk sakit kaki tu ada bila berjalan lama. Dr Cardin Drift Ballet Ladies ni pula tapak dalam dia ada arc support jadi takdelah rasa sakit kaki bila berjalan lama kan. Paling menarik harga yang ditawarkan tu....RM100++. Murah berbanding jenama Puma. Design lebih kurang sama.
Kita ada pilihan kan..kadang nak beli design kita suka tapi mahal pula harganya. Kita cari alternatif design yang lebih kurang sama tapi harga murah sikit.
Penutupnya makan croffle kat Madam Croffle. Pilih yang original untuk share berdua.
Air tak beli la. Minum je air mineral masa tengok movie Zootopia 2. Ni kisah minggu yang cuti Krismas tu. Dania tak ada kelas sebab ada 2 lecturer yang menyambut krismas. Ada kelas tak ada sebab group Dania dah selesai buat tugasan check rahim lembu. Nak tengok ada baby moo moo ke tak. Jadi group yang belum buat tugasan tersebut kena la datang. Jumaat pula memang tak ada kelas jadi hip hip hooray la.
XOXO,
Ezna











syok mother daughter time...cantik juga kasut Dr Cardin iras kasut puma tu
BalasPadamYa Amy...cantik.
Padambawal exclusive tu memang range harga above RM100 utk yg paling murah pun (kalau tgk kat website la)..i pernah dpt hadiah BE ni, my exPA bg hadiah bday, rasanya harga dlm RM200 gitu sehelai...batu2 tu memang shining, tp bawalnya jenis lembik la (high quality lah kot), so agak pyh nak jdkak awning on point bila pakai..i pakai jugaklah sekali sekala (warna hijau, dan i tak de byk oufit kaler hijau)
BalasPadamKebetulan yang I belek2 mahal. RM3000 dan lagi satu design dia simple sikit harga RM2000. Kain dia lembut sangat. Tak pernah ada Bawal Exclusive jadi tak tahu pulak bila pakai tu you tapi I tengok owner dia pakai elok je cantik.
PadamShawl RM3K??? Boleh bayar bulanan kereta sy 6 kali, hihi
BalasPadamItulah kalau ada ongkosnya boleh ajer buat mereka yang ada ada tu. Saya....tidaklah....
PadamAduhai..teringin nk beli tudung ariani tu...Kasut dr.Cardin tu nice la sis =D
BalasPadamAda YES sale jadi ada harga yang turun kat Ariani. Kasut tu memang cantik. Lagi murah dari Puma tu.
PadamShawl 3k dah dapat sebiji hp atau lt baharu.
BalasPadamKalau handphone pun saya tak pilih harga RM3000 tu Wak. Kalau komputer/laptop tu mungkin juga. Ikut keperluan. Kadang ada yang harga macam tu dia beli tudung. Ikut la keperluan masing-masing.
PadamBest spend time dengan anak, jalan-jalan, tengok barang dan makan-makan. Saya pernah masuk Bawal Exclusive, tapi tak membeli, tengok-tengok je. Dah tutup pun kedainya di Aeon dekat rumah. Macam kembar, mother and daughter ni.
BalasPadamDania kata yang tengah tu murah sikit harganya tapi yang digantung tu harga dia premium. Ohhh dah tutup ya kat cawangan situ?.
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.