Alhamdulilah syukur. 1 kereta kami dah habis bayar. Tinggal lagi 1 kereta lagi. Hubby settle kan balance yang tinggal pada 22 Disember 2025. Patutnya kereta ni habis bayar tahun depan. Ambik Moratorium jadi tambah la lagi tahunnya.
Apa pun bersyukur sebab dah settle dah 1 kereta ya. Kereta lagi satu akan habis bayar tahun depan. Lepas tu baru nak berkira-kira kereta untuk Dania pulak. Biar satu satu settle dulu. Slow and steady sahaja.
Pergi kat bank kata nak selesaikan baki hutang kereta, kemudian bank akan bagi amount...boleh je pergi branch mana2 bank yang kita buat loan kereta tu. Tak semestinya kat branch yang kita tandatangan surat loan tu. Kalau ikutkan tandatangan surat loan tu kat branch Klang nun. Kalau kena pergi situ jugak untuk settle memang jauh la. Paling penting owner kereta kena hadir. Rasanya orang lain macam tak boleh buat je.
Bila habis dah bayar kereta, hubby tanya la dekat staff bank apa perlu buat. Bank menasihatkan hubby untuk ke JPJ setelah beberapa hari sebab nak kena tunggu bank release kereta ni dari sistem dia. Beberapa hari lepas tu Hubby pun ke JPJ untuk tanya. JPJ cakap sekarang ni bila bank dah release, automatik akan link ke JPJ. Tak perlu pun simpan geran atau pun JPJ cop kat geran. Dulu ya JPJ kena cop kat geran dan perlu disertakan dengan surat dari bank. Sekarang tak payah dah ya.
Print geran ni sebab nak simpan sebenarnya. Old school la saya ni. 1 geran ni print kat mesin kiosk dalam JPJ ni kena caj RM20. Tak payah ambik nombor just terus je kat mesin kiosk. Hanya owner sahaja boleh print ya.

Alhamdulillah settle 1 commitment kan...mesti lega...dua2 kereta SA lama lagi...hehehe
BalasPadamAlhamdulillah memang lega kalau dah settle kan.
BalasPadambestnya bila dh habis bayar kereta!! my brv tu lambat lagi nak abih...jenuh if nak countdown sbbnya, akan habis byr lagi 3 tahun + , ie mac 2029 lah ezz...rasanya ngam2 zharfan abih belajar dah time tuuuuu
BalasPadamAlhamdulillah.. lega dh.. syukur jugak keta tu masih in good health.. dania nk kereta apa tu nnt?
BalasPadamAlhamdulillah. Settle satu kereta.
BalasPadamSy rasa kereta Ezna ni saing2 keluar dengan kereta sy sebab sama habis bayar tahun depan. Puncanya lambat habis pasal mora la jugak, hihi. Bestnya kan kalau dah habis bayar, tapi nampaknya tu dah ada planning untuk Dania pulak. Semoga dipermudahkan urusan Ezna nanti.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.