Selasa, Julai 8

Tak mula lagi final exam tapi dah dapat kerja?

Parking kat Alamanda hari jumaat ni selalunya susah nak cari tapi kali ni senang pula. Selalunya ramai pekerja kerajaan wanita yang ke Alamanda sebab rehat panjang sikit kan?. 

Pergi food court terus dan saya ambil ni. Glass noodle dengan bahan yang lain kat YTF dan kuahnya saya minta tomyam. Boleh pilih kari, sup ayam dan tomyam. 


Dania dengan beg pengajiannya. Dah order. Kena tunggu sekejap. 


Dania order ayam geprek sambal balado. Tak pedas pun kata Dania pastu cakap ummi mesti masuk blog muka Dania yang tak ready kan?. 😅. 


Lepas makan, sambil berjalan mata meliar tengok kot ada iklan jawatan kosong. Ni ada satu. Betul2 sebelah food court ni je. Bila whatsapp nak kerja 2 bulan terus krik krik....😁. Tealive Dania suka, jadi ok la kalau kerja sini tapi F&B ya. Penat lagi berbanding kalau jual barang. 


Masuk dalam Parkson tanya cashier kemudian cashier kata cuba tanya setiap brand. Ada la a few tanya. Coloris ni salah satu yang tanya. Just bagi nama dan no telefon. Kalau ada rezeki dia akan call. 


Ini pula Princess. Bagi nama dan nombor jugak. Tanya kat pakaian Voir katanya akan ada part time yang akan masuk. Kemudian yang Voir pula suruh tanya satu Aunty ni. Kat situ tak ada kosong tapi Aunty tu ambik nama Dania dan details sebab kata akan war war kat situ sesiapa yang memerlukan Part Timer. 


Ni pula ambik selfie kat dalam washroom. Washroom wangi ok je. Kalau busuk....erkkkk....


Balik rumah, Dania dapat whatsapp dari seseorang pada jam 1.34 petang. 'Assalam ada mintak kerja kan?. Kalau kerja bahagian kasut perempuan ok ke?'. Dalam Parkson Alamanda jugak la. Katanya boleh masuk awal Ogos sebab bulan Julai dah ada staff Part Time dah. Dania minta izin saya boleh ke nak kerja situ?. Saya kata ok je sebab baru tadi masa solat kat Nasyrul Quran saya doa masa sujud supaya Dania dapat tempat part time yang terbaik. Macam dalam mimpi je sebab dah dapat tempatnya...Dania tanya juga nak kena pakai baju apa etc....baju akan diberikan. Seluar, tudung dan kasut kena pakai warna hitam. Tempat yang ni memang tak tanya pun tau tau Dania dapat whatsapp je. Dania ada pengalaman kerja dulu yang kena beli baju T Shirt F.O.S. tu tapi harga RM5 ajer la. Beli sampai 4 sebab boleh buat tukar2. 

Kadang-kadang in life ni yang least expected tu yang dapat kan. Dengan tak ada bawa resume, tanya ajer pun. Yang kita bawa resume dengan cover letter tu senyap sunyi je. Lepas tu dapat part time kat tempat yang kita tak mintak / tanya pulak tu. Macam tu la kalau rezeki itu datang kat tempat yang tak diduga / tak disangka.  Alhamdulilah.  

Alhamdulilah, asbab bagi details kat Aunty tu dapat rezeki Part time dah. Insya allah Dania kerja lepas Final Exam nanti. Dapat rehat 6 hari di rumah sebelum bekerja. Jadi....study elok2 ya. Kerja dah menanti tu...Insya Allah. Tak mula final exam lagi tapi Dania dah dapat kerja. 😊




XOXO,
Ezna

 

16 ulasan:

  1. alhamdulillah..dipermudahkan.. dpt keja dah. syukur..congrats Dania!!

    BalasPadam
  2. Wiii, alhamdulillah murah rezeki berkah doa ibu. Fokus tau masa exam, wishing u all the best Dania. Tabik dgn kakEzna, follow daughter cari kerja, teringat kita dulu pergi dgn member pusing Bukit Bintang dgn Sogo, end up kerja di Guardian BB Plaza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ :). Moga Dania dapat fokus dalam exam. Insya-Allah. Kebetulan nak makan kat Alamanda tu jadi alang-alang tanya ajer la mana2. Uihh jauh juga kerjanya sampai KL tapi kalau rumah berdekatan ok je.

      Padam
  3. Alhamdulillah, dapat dah kerja part time ye. Berkat DOA ibu 👍🏻
    Ingatkan senang nak cari kerja part time, tapi kena bagi resume semua ye... Takpelah, pengalaman utk Dania kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerja Part Time ni nak kata senang pun tak juga sebabnya kalau nak kerja sekejap dalam 2 bulan tu selalu orang tak nak ambik sebab singkat sangat. At least 3 bulan ke atas. Kalau 3 bulan tu tak boleh la sebab dah masuk UPM balik. Kerja sini tanya je PH. Terus dapat masuk. Cumanya bila dah masuk nanti dia akan mintak resume agaknya. Ayat dia bila Dania tanya saya nak kerja 2 bulan ajer boleh ke?. Dia kata boleh ajer asalkan ada Part Time. Maybe nak back up yang full time tu.

      Padam
  4. alhamdulillah. Allahumma yassir utk dania!

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah mudah je untuk Dania. Moga dipermudah kan semua nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas doanya ya Mulan.....Alhamdulilah.

      Padam
  6. Alhamdullilah rezeki, pengalaman yang paling berharga juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Ya...pengalaman yang akan mendewasakan.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Selesai final exam paper Animal Biochemistry

Paper Final Exam dimulai dengan Animal Biochemistry. Paper dijadualkan pada jam 11.30 pagi jadi by 10.45 pagi dah gerak. Walaupun fakulti 5....