Jadi, lepas ambik Dania kat Fakulti....kami menuju ke IOI City Mall. Kereta agak banyak kat jalan. Nasib baik kat IOI City Mall senang je dapat parking sebab hari biasa agaknya.
Kami terus ke Secret Recipe dan apa yang menarik di sana?. Haaa bawah ni....
Credit : Google
Kami order dari menu ni. Ingat nak nasi goreng tapi eh takde pulak so order yang lain.
Lunch set ni termasuk air sekali. Dania ice lemon tea saya pula ice plum lime juice. Ingat plum apa rupanya asam tu. 😅. Didatangkan dengan keropok ikan sebagai complimentary sementara menunggu order kita sampai.
Tudia 3 kek sekali datang. Of course 2 kek kita tapau je la. Ada blueberry cheese, chocolate banana dan red velvet. Setiap satu pinggan diletakkan kata-kata. Happy, Enjoy & Smile. Cantik tulisannya.
Masa kami makan, ada yang menyambut hari jadinya jadi terjebak bertepuk dan menyanyi sekali la. Hehe
Makan blueberyy cheese kat sini. Slice dia kecik berbanding kek yang lain.
Dania order Mac & Cheese. Boleh rasa susunya dan memang creamy.
Saya pula spaghetti meatballs tapi kan meatballs ni rasanya macam bergedil kentang je...tapi sedap la. Tak rasa meatballs macam kat Ikea tu.
Kat kaunter memang ada lilin, bunga api letak atas kek tu kalau nak sambut hari jadi kat SR ni.
Tak terus balik tapi jalan-jalan lagi la kat sini.
XOXO,
Ezna
waaahh.. sempat grab promo SR ni ye.. ^^
BalasPadamAlhamdulillah..linda pun tapau kek tu juga semalam
BalasPadamSemalam terlambat tengok emel dari SR bagitau promo ni. Baca emel dah 5 lebih. Takde rezeki.
BalasPadamAwalnya SR bagi hadiah, tak tunggu 15 Sept nanti ... Tapi rasanya nanti mesti ramai juga brands akan follow SR ni bg special promo kan
BalasPadamdah lama jugak i tak singgah mkn2 kat SR ni..ada jugak ari tu craving carrot cake tp lom sempat singgah lagi
BalasPadamwaaa murah 3kek rm29....lama betul tak makan dekat SR
BalasPadamTiga-tiga jenis kek tu memang saya suka! Tapi memang kena tapaulah kan, tak habis nak makan semua.
BalasPadam