Khamis, Julai 3

Makan malam di Padi House

Dinner kali ni hubby kata makan kat luar. Tempat yang dipilih ialah Padi House yang terletak di Putrajaya. Padi House terletak bersebelahan dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Kami dinner ni awal juga dalam 6 lebih camtu. Gambar first ni masa nak balik saya ambik. 


Saya memilih tempat di tepi cermin. 


Dania nak makan ice cream strawberry tapi bawah tu ada chocolate jugak. 


Nasi goreng dengan ayam goreng dan disertakan juga cili potong. Nasi goreng ni simple je sebab ada telur. Macam nasi goreng cina je. 


Ni nasi dengan chicken chop ke ni....ada juga salad dan telur mata. Ni pilihan hubby tapi bila order yang lain-lain boleh la merasa semua....


Ada juga butter cake. Butter cake ni bawa balik. 


Dania punya Penne and cheese. 


Ni dekorasi di dalam Padi House. 


Ada beberapa jenis meja untuk dipilih. Kalau nak bersantai boleh la duduk kat sofa dengan meja yang agak kecil.


Sesekali makan kat luar. Alhamdulilah kenyang. 

Cawangan Padi House yang kami pergi ni di :

Padi House
Galeria PJH
Presint 4
62100 Putrajaya




XOXO,
Ezna




 

14 ulasan:

  1. Nasi goreng yg mcm nasi goreng cina tu nmpk sedap =D

    BalasPadam
  2. suasana Padi House tu nampak sedap mata memandang...
    yaaa bila order yang berlainan boleh bertukar rasa.

    BalasPadam
  3. cantik yg outlet putrajaya...kita yg dkt ngan opis kt dlm giant seksyen 13...kecik je..menu dia not bad juga

    BalasPadam
  4. Alaa.. kecur tengok aiskrim Dania. Kita peminat gabungan aiskrim strawberry campur coklat.

    BalasPadam
  5. sedapnya airkrim dania .. .besar tempatnya, dekat cyber comei jerk cafenya

    BalasPadam
  6. Rasa macam dah lama plak x makan kat luar...hari tu SA ada beli eskrem Bulla tapi perisa mint..SA sorang je yang makan rupanya..yang lain semua cakap colgate..x sedap...apa ntah

    BalasPadam
  7. Yang paling saya berkenan adalah butter cake tu...all time fav..

    BalasPadam
  8. tempatnya nampak privacy sangat, rasa tenang nak makan.

    BalasPadam
  9. Nasi goreng regu dgn cili potong mmg ngam, nak² kalau nasi gorengnya jenis tak pedas mcm NGC ... Menu Dania nampak menarik

    BalasPadam
  10. cantiklah deko2 kat dlm padi house ni, nampak cozy dan exclusive

    BalasPadam
  11. Dah lama restoran ni kat sini.... masih bertahan

    BalasPadam
  12. Cantik dekorasi dalamnya Padi House itu.
    Nasi goreng dan ayam goreng...boleh juga Mbak. Terlihat sangat mengundang selera.

    Salam,

    BalasPadam
  13. Kalau order sizzling,mesti letak cili potong tu...baru ngam..

    BalasPadam
  14. Celebrate birthday di sini 2-3 tahun lepas kot. Cantik deko dan sedap food masa tu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Sambil-sambil mencari kerja Part Time

Sebenarnya, alang-alang nak menghantar resume kat Watson, bawa sekali la resume yang lainnya untuk dihantar ke tempat yang lain. Kat Watson ...