Baju kebaya ni dijual baju sahaja, jadinya kena ada kain la. Kebetulan ada beli kain 2 meter. Kain dia jenis premium satin embossed (tempat beli tu kata kita ikut je. Bukan kenal pun jenis kain ni). Warna background kain ni hijau yang lembut je warnanya. Selalunya kalau kebaya ni dipadankan dengan kain batik kan....ni kita suai padankan dengan kain lipat batik floral pulak. Gambar bawah ni kain belum dijahit lagi.
Kainnya la nak dihantar kat kawan saya.
Singgah la kat rumah kawan saya untuk dibuat kain ni. Kawan saya kata kalau kain je beliau boleh siapkan dalam masa 30 minit.
Borak-borak dulu sebelum kawan saya ambil ukuran Dania. Kami berkawan since Dania sekolah rendah lagi. Kawasan rumah kat Puncak Jalil juga. Bila saya pindah area Kajang/Bangi.....kawan saya pun pindah area Bangi. Dania pernah satu kelas dengan anak kawan saya ni Amy masa sekolah rendah. Mereka satu sekolah agama jugak kat SRA Bandar Kinrara 5. Pernah selepas SPM, kerja sama2 kat F.O.S IOI City Mall jugak.
Kena hantar kainnya awal sebelum bulan Ogos sebab nanti Dania pulak busy kerjanya....
Nanti tengok la kejadiannya macam mana....kalau kain siapnya awal, boleh la pakai ke kelas nanti. Itu pun Dania kata baju kebaya tu juga boleh dipadankan dengan seluar.
Memang ya kain siap awal. Hari ni hantar....esok dah siap 😁. Laju kawan saya menjahit. Katanya menjahit selepas kelas pulak tu. Kawan saya mengajar menjahit juga jadi lepas kelas katanya terus jahit kain Dania pulak. Masa saya datang tu sampai tertidur pula. Penat kan.....
Ni jahit lipat batik iaitu lipatan bahagian depan dan takde belah.
Nanti kita lihat bila Dania pakai baju dan kain ni.
Ezna
Nmpk comel jer design kain tu..tak sbr nak tgk hasil nya
BalasPadamDah siap kainnya you. Hari ni hantar esok siap. Tempah kain je....
PadamCantik betul kainnya tu.. matching pulak dengan warna green.. ^^
BalasPadamMemang cari baju green juga....
Padamtak sabar nak tgk one set kebaya dipakai. warna baju tu cantik sangat!
BalasPadamNanti la tengok Dania pakai masa bila nanti....
PadamLawanya Kak SA..baju lawa, kain pun lawa..nice sangat
BalasPadamSorry correction Kak Ezna...ralat tengok baju kain cantik sampai taip pun dah salah..
PadamTakpe kadang akak pun buat silap. Hehe....tapi tadi akak tenung takut akak yg silap sebab eh ni blog akak ke blog SA....rupanya blog akak....takpe Sue.... :)
PadamCantik =)
BalasPadamTerima kasih Niza.
Padamlama dh tk antar tailor..skarang mmg beli bj jenis ready to wear utk tisya
BalasPadamSelalunya memang RTW je tapi bila ada kawan yang terer jahit dekat rumah boleh hantar terus je.
Padamcantik warna nya
BalasPadamTerima kasih.
Padamcantiknyaaaaa 😻😻
BalasPadamTerima kasih.
PadamCantik sangat! Ni yg beli kat shopee ke? Matching dengan baju kebaya tu 😍
BalasPadamBaju kebaya tu yang shopee type 'kebaya Indonesia' tapi kalau kain tu kat IG. Kebaya Indonesia suka yang berkerawang tu. Nampak klasik.
PadamCocok sangat dengan kebayanya 😍😍😍. Krn ada unsur hijau juga. 30 menit siap?? Memang kalau dah expert lain cerita ya kak 😄👍.
BalasPadamYa....cuba suruh akak jahit....hmmmm.....akak boleh jahit yang koyak sikit boleh la....kalau jahit baju tak reti Fanny.
Padamcepatnya..
BalasPadamcantik kain kebaya tu & kain batiknya pun..sweet sgt. mesti comel & cantik Dania pakai nanti
Cantik sekali motif kainnya, Mbak.
BalasPadamSaya suka dengan kombinasi warna dan motif bunga-bunga itu.
Salam,