Selasa, Julai 22

Kisah anak beranak je...

Ada aktiviti ambil gambar kat Fakulti jadi Dania kena gi sana pagi. Kebetulan memang tak ada paper final pun. Nak kena pakai coat dan dalam tu blouse warna putih. Tudung pulak kena warna hitam. Alang-alang nak breakfast jadi ummi dan ayah hantar sekali la. Dania breakfast roti krim je. Later tapaukan untuk Dania sekali.  


Ni kami breakfast berdua kat dalam UPM je. Pagi ni nak makan pisang goreng je...goreng yang lain tak nak. Plastik tu tapau Dania punya makanan. Hubby pilih makan nasi goreng. 

Bila dah berdua ni memang akan bercakap hal Dania la. Kali ni hubby tanya jadi ke Dania nak kerja nanti?. Betul ke dapat kerja tu?. Saya kata ye lah. Dah orang tu yang tawarkan suruh masuk awal Ogos. Kalau ikutkan hanya cakap dalam whatsapp ajer tak ada black and white jadi tertanya jugak la kan... 


Eh eh memang orang yang tawarkan kerja tu dengar apa hubby cakap ke?. Tup tup bila balik je Dania cakap dapat whatsapp dari xxxxx tanya Dania free ke nak part time situ?. Dania kata free la kan....jadi orang tu suruh Dania sediakan salinan I/C dan statement bank dan minta untuk datang Alamanda untuk isi borang kerja pada tarikh yang dia akan maklumkan kemudian. Lepas tu Dania cakap la nak bank mana sebab ada 3 bank Dania ni. 2 buat untuk kerja, 1 pulak sebab kena buat untuk masuk pengajian Ijazah ni. Bukan sengaja nak ada 3 akaun bank ni. Nasib baik dia pun tak kisah bank mana pun. Kadang ada company nak certain bank je. Dah satu hal kena buka akaun bank baru pulak...(sekarang ni payah ya nak buka akaun bank). 

Apa lagi...ummi tak suka bertangguh, tengahari tu jugak pergi fotostat semua yang diminta supaya bila tiba masanya nanti dah ada dah salinannya. Bukan bila diminta datang...jam tu baru nak fotostat. Siap palangkan dah salinan. Haaa siap!!!. Tapi....pergi tengahari area situ nak fotostat kena pusing 2-3 kali baru dapat parking la. Lunch hour kan....

Teringat masa Dania kerja kat F.O.S. dulu...bila datang tu ada dokumen tak ada la salinannya. Kami datang tu pagi. Tup tup petang tu datang balik F.O.S. hantar semua dokumen. Hehe...sampai Supervisor terkejut sebab laju sangat. Tu lah gayanya orang yang suka selesai semua awal. 😆


Begitulah kisah anak beranak ni ya....





XOXO,
Ezna
 

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah...Nmpknya cmpny X mmg serius nk hire Dania..Sy dulu memula bukak akaun BSN sbb dpt biasiswa under negeri perak, tp dah tutup..Lps tu CIMB - keje kenny rogers, PBB - Celcom contact centre & MIB - ofis sekarang...tiga2 masih aktif..Cuma CIMB suram sikit =D

    BalasPadam
  2. murah dan mudah rezeki utk kakEzna dan keluarga.
    Kita pun suka selesaikan awal-awal, tak suka last minute.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.. kalau sis nampak dania nanti, sis hai2 ye.. hehe.. ^^

    BalasPadam
  4. Nampak smart ada gaya corporate lady dah Dania ni 😄 Bagus Dania, rajin bekerja time cuti. Tak membuang masa 👍🏻

    BalasPadam
  5. Awai tak kalut ya..
    Kak Widad dapat part time kat Aicha tapi tak dapat proceed sebab situ nak juga dia masuk 1/8. Masa tu pulak nak bawak dia gi jalan dan ada 2 hari dalam bulan 8 dia dah plan dengan kawan-kawan. Sebab mereka tak boleh kompromi walau dah bagitau awal-awal, tak ngapelah... bukan rezeki kak widad nampaknya.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Kisah anak beranak je...

Ada aktiviti ambil gambar kat Fakulti jadi Dania kena gi sana pagi. Kebetulan memang tak ada paper final pun. Nak kena pakai coat dan dalam ...