Jumaat, Julai 18

Buah cempedak goreng

Cempedak goreng ni kalau nak beli memang mahal la kan....kadang RM2 dapat berapa biji je. Baru-baru ni ada beli buah cempedak kat Pasar Borong Selangor. Dah masak elok dah buahnya. Manis betul. 


Bancuhan tepungnya dah ngam. Saya letak sikit serbuk kunyit sebab nak bagi warna sikit pada bancuhan ni. Idak la warna dia pucat sangat. Dalam gambar nampak pucat tapi sebenarnya dah ada warna kuning sikit. 


Cempedak dimasukkan dalam bancuhan. 


Setelah selesai digoreng. Alhamdulilah....puas makan. Dania memang tak makan cempedak. Nangka pun tak makan. 


Kalau beli kat luar siap goreng cempedak ni....sebanyak ini mahal. Jadi....kita masak sendirilah lagi berbaloi. 

Ada yang suka cempedak goreng?



***Hari ni Dania nak menghadapi Final Exam Bahasa Korea. Dania kata dah prepare Insya-Allah tetapi badan agak panas rasa nak demam jadi siap makan panadol dan tidur pun awal semalam. Moga Dania boleh menjawab paper Bahasa Korea dengan tenang dan dapat markah yang cemerlang. 





XOXO,
Ezna

 

18 ulasan:

  1. Saya suka betull ni Kak Ezna...
    Tengoklah kalau jumpa, nak goreng sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cari buahnya tu. Berbaloi goreng sendiri dari beli siap goreng..mahal sangat.

      Padam
  2. Aduhai...Terliur betul sy tgk...Mmg kena cari la nnt =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila cari Niza tapi kadang buahnya bila kita cari tak jumpa pulak.

      Padam
  3. Betul tu, berbaloi lagi beli buahnya dah buat sendiri. Ada juga yang jual RM2 sebiji. Lagi haruuu...
    Semoga Dania dapat jawab exam dengan tenang dan lancar. Semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin untuk doanya....RM2 sebiji....ish ish ish memang mahal la.

      Padam
  4. puas hati kak kalau masak sendiri...kalau beli mahal dan tak puas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Taufik...kalau beli siap memang mahal la. Kita goreng lagi puas hati.

      Padam
  5. sedap kak..berbaloi goreng sendiri puas makan..
    moga Dania cepat sihat,dapat jawab exam dengan baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin untuk doanya. Sedap Afzan sebab puas kita makan berbanding yang kita beli. Mahal pulak tu.

      Padam
  6. Maunya tak suka hehe.... Betul kalau yg dah siap goreng tu mahal, makan pun tak puas.

    BalasPadam
  7. All the best utk Dania.

    #tak sempat wish, tertekan publish 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin....terima kasih PH selitkan doanya.....bab tertekan publish tu pernah terjadi gak. Laju je tangan ni kan.....hehe

      Padam
  8. cempedak goreng dah jadi kudapan mahal....seronok grg sendiri, puas makan. All the best buat anakanda Dania , moga cepat kebah demamnya. Musim demam dan covid skrg, minta dijauhkanlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin untuk doanya. Ya goreng sendiri memang puas hati sebab boleh makan sampai puas. Kalau nak beli siap goreng mahal sangat la.

      Padam
  9. aaa sedapnya, puas hati dapat goreng sendiri. terkadang bila beli bancuhan tepung tu kureng sikit banding buat sendiri.
    goodluck Dania!

    BalasPadam
  10. sedapnya..makan plak panas2...emmm..alhamdulillah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buah cempedak goreng

Cempedak goreng ni kalau nak beli memang mahal la kan....kadang RM2 dapat berapa biji je. Baru-baru ni ada beli buah cempedak kat Pasar Boro...