Isnin, Julai 28

Berniaga di dalam premis makanan

Nak dijadikan cerita, lunch makan kat luar, malamnya makan kat Q Bistro ajer. Saya dan Dania order Mee Sedap goreng dengan telur mata. 


Hubby order rojak tapi terlupa nak ambik gambar. Sedap jugak. Kadang kalau makan area Putrajaya, pasti datang bawa jualan keknya. Pernah juga datang tapi kami tak beli kemudian dia bebel2 dan buat memek muka masam. Hmmm...yang ni kalau dah buat sekali....potential customer dah boleh ingat dah. Kesian memang kesian sebab nampak beban yang dibawa tu berat. 

Ada juga datang jual mempelam muda dengan asam. Haaa yang ni anak kecil sekolah rendah ajer. Kemudian, pernah juga disapa dengan bro yang jual kerepek. Tapi.....ada juga premis makanan yang tidak menerima kehadiran mereka ni sebab mungkin mengganggu pengunjung yang datang makan kat kat premis makanan tersebut kan....jadi ada tulisan tidak boleh menjual di sini. Kat Q Bistro ni macam ok je...takde la pulak kena halau ke apa. 


Pernah je saya membeli mempelam muda dengan asam dari budak sekolah rendah tu....

You alls pernah membeli ke kat yang approach you alls tu? Beli apa?.




XOXO,
Ezna




 

13 ulasan:

  1. Kdg beli, kdg tak..bila tak beli rasa tak sampai hati..tapi, kdg² rase tak selesa kan...

    BalasPadam
  2. biasanya beli kerepek la..haha. tapi last beli dapat kerepek dah tengik baunya. kuih ros pun dah tak sedap. sejak tu dah malas nak beli lagi

    BalasPadam
  3. rojak dkt qbistro sedap..kita suka...yg org dtg meniaga tu biasa dkt kedai2 makan biasa...kalo mcm dkt restoran gini biasa dorang tk bg...pernah beli kerepek ubi pedas

    BalasPadam
  4. siap bawak bag besar...pernah beli kek sebab kesian...sebaya anak-anak kita....

    BalasPadam
  5. Kami selalu jgk kena sis..Tapi biasa beli yg jual kerepek..Kids suka..Tapi beli skali skala aje la..Sy jarang jmp yg buat muka bila kami x beli...=)

    BalasPadam
  6. kadang beli, kadang bagi duit ja. itupun weols select, scan dulu nak bagi or tak.
    pernah beli kerepek.

    BalasPadam
  7. Selalu gak..tapi bukan restoran besar2 la macam kedai- kedai biasa macam kedai tomyam ke..kat PD banyak..kadang jual buah, kadang jual kek dan macam- macam..bila x beli tu kadang ada yang paksa..sekali boleh la..lepas tu datang lagi..memang rasa sedikit terganggu..tapi tolak je elok2 kata x mo beli..

    BalasPadam
  8. x beli sebabnya bukan benda yg kami nak (terasa) makan. tp kdg kami bagi duit je. anggap sbg sedekah...

    BalasPadam
  9. I selalu jugak beli..kerepek ubi kayu dan keropok belon(yg warna warni kat tepi tu)

    BalasPadam
  10. saya pula akan semak betul betul muka mereka yang membuat jualan tu...lagi lagi bab tisu...kebanyakan dia jual tisu sahaja dengan mengatakan dirinya yang susah...tappi hakikat nya menaiki kenderaan yang mewah...

    BalasPadam
  11. Di sinipun banyak yg begitu kak. Cuma saya suka kasian, JD kadang beli. Tapiiii pernah juga saat itu saya tak bawa cash. Sementara mereka tak bisa dibayar pakai QRIS. Seharusnya jika memang nak berniaga begitu, sediakan QRIS juga. Jadi bisalah dibeli barangnya

    BalasPadam
  12. Kadang kesian dengan yang menjual tu kecik2 je, bila tanya semua nya masih sekolah rendah.

    BalasPadam
  13. Selalunya kitaorang tak beli Kak Ezna..sebab benda yang dijual bukan benda yang suka makan..so setiap kali yang datang approach tu kitaorang mesti dok tergeleng-geleng cakap terima kasih...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Teringin nak makan apa di Pelita?

Dah lama tak singgah Pelita. Jadinya lepas pick up Dania lepas kerja, zummmm ke Cyberjaya pulak. Ada yang saya teringin nak mengunyah kat Pe...