Sabtu, Jun 7

Tengok lembu & Ibadah Korban

Lembu ni datang hari khamis lagi jadi malam sebelum hari raya kami datang sini nak tengok lembu. Hubby pula ada taklimat untuk petugas-petugas korban. Kawasan ni sangat luas dan terletak berdekatan dengan tanah perkuburan islam. 

Insya Allah lembu No. 31 ini akan dijadikan korban untuk tahun ini. Bahagian lembu ini dikongsi oleh 7 penama. Dari jauh saya cakap dengan Dania kecik je lembu ni...Dania kata gemuk ummi berlapis-lapis badannya. Tak nampak sangat dari gambar ni. Nak pergi dekat kena lalu lembu-lembu yang lain. Ummi takut. 


Beberapa ekor lembu yang lainnya. Katanya ada 38 ekor lembu dan 1 ekor kambing bakal dikorbankan. 


Bukan sekadar taklimat tetapi ada juga bertakbir. Petugasnya pula di lapangan untuk lembu dalam 300++ orang. Ye lah ada berapa ekor lembu kan....belum termasuk yang memotong dan menimbang daging. Area sini semuanya diselia dan dilakukan oleh kaum lelaki. Perempuan tak ada. 


Pagi Aidiladha saya dan Dania ke surau. Saya suka awal ke surau sebab nak tempat di bahagian bawah. Kalau kat atas selalunya ada anak2 kecil. Surau bawah ni lebih sejuk juga dan tenang. 


Pada jam 9.30 pagi, petugas kena bersedia di lapangan. Saya minta hubby ambik gambar lembu atas nama Dania. Moga menjadi saksi untuk Dania di sana nanti....insya Allah. Setelah selesai haiwan dikorbankan ini juga bermakna Dania terlepas dari larangan memotong kuku dan rambut. Alhamdulilah. Dapat gambar ni pun jam 9.45 pagi. 

Dari sini barulah nampak lembu ni perut buncit dan banyak isi juga....


Moga ibadah ini diterima oleh Allah dan moga kami dimurahkan rezeki untuk membuat ibadah korban lagi. Insya Allah....




XOXO,
Ezna

 

8 ulasan:

  1. Salam Aidil Adha.
    Semoga ibadat korban mendapat ganjaran berlipatganda di sana.

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Aidil Adha Ezna...
    Banyaknya lembu korban tempat Ezna... Sempat ke selesai dlm sehari? Di masjid kariah kami 29 ekor, split 2 hari
    Semoga ibadah kita diterima hendaknya 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah macam cepat juga siapnya. Start 9.30 pagi. Dalam 11.30 pagi dah settle boleh ambil daging untuk yang ada kupon. Tahun lepas pun sama juga cepat juga siapnya. Kawasan penyembelihan lembu ada 300++ orang petugas. Tukang potong daging dan timbang asing. Tak masuk lagi dalam 300++ petugas tu. Jam 1 petang pula untuk lebihan daging yang tanpa kupon. Katanya selesai beri semua daging. Handle orang2 sakit pun ada JPAM juga ditempatkan di sini sebabnya HQ JPAM mmg dekat area Kg Dato Abu Bakar Baginda. Setiap petugas namanya dah ada dicatatkan sehari sebelum dan juga ada team simpanan juga PH.

      Ternyata selesai semua dalam masa sehari. Para petugas semua lelaki dan tak ada wanita.

      Padam
    2. Aamiin untuk doanya....moga allah pandang kita dengan rahmatnya....

      Padam
  3. Selamat hari raya Aidil Adha...
    Alhamdulillah, dah selesai...semoga diterima ibadah korbannya...
    Semoga ada rezeki linda untuk melakukan korban pada tahun hadapan..aamin

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tengok lembu & Ibadah Korban

Lembu ni datang hari khamis lagi jadi malam sebelum hari raya kami datang sini nak tengok lembu. Hubby pula ada taklimat untuk petugas-petug...