Khamis, Jun 5

Ke Zoo Taiping la kita

Sebenarnya masa briskwalk tu kami jalan sampai ke depan pintu gate Zoo. Apa lagi....anak ummi kan suka haiwan ni....

Dengan bayaran RM16 untuk seorang dewasa. Hubby meneruskan briskwalk lepas tu boleh cerita terserempak dengan kawan office. Hehe. 

Gambar Dania ni nak tiru gambar Dania tahun 2012. 


Masa ni Dania kecik lagi dia kata korek hidung gorilla. 😆 Kami masa ni melawat night safari kat Zoo Taiping ni. 


Naik tram je la dulu. Balik karang baru jalan. Hehe. Naik tram ni free je. 


Bila tram berjalan adalah penerangan. Burung ni elok je bertenggek atas tiang penghadang ni. 


Spesis rusa. 


Singa tengah berehat atas batu tu. 


Beruang matahari tengah tidur. 


Zirafah....


Flamingo sini macam tak berwarna pink pun ke bangau biasa. 


Kuda belang tapi bahagian putih kuda ni nampak kuning. 


Dania tengah mengintai Antelope. 


Bila tram berhenti je....Dania kata nak cari orang utan. Orang utan ni menarik perhatian sebab dia datang duduk kat tepi ni kemudian ambik daun dok kipas badan dia. Eh cerdik gak dia ya?. Ada sekali tu saya buat melambai kemudian dia angkat tangan dia macam melambai jugak. Mungkin musykil juga kenapa la derang ni dok pandang aku ni? 😆. Ramai yang tengok dia kat depan ni. 


Video orang utan. 


Ini pula Chimpanzee. Dua-dua haiwan ni Dania cari nak tengok lagi. Comelnya anak dia ni. Ini juga yang ditonjolkan dalam movie Planet of The Apes dan King Kong tapi edisi gergasi la. 


Selesai je kat zoo nak kena balik la sebab nak check out dah jadi hubby ambik kami naik kereta. Tak larat la pula nak jalan satu pusingan nak sampai ke tempat kami parking tu. 




XOXO,
Ezna










 

8 ulasan:

  1. Alahai..Seronok tengok gelagat binatang ni..Terhibur sekejab...=D

    BalasPadam
  2. Bawak anak2 masa sekolah je dulu, sebab banyak masa, sekarang balik macam touch n go, keliling tasik je lah. Memang best zoo ni.

    BalasPadam
  3. Eh kenapa si gorilla dah tak sehitam dulu warnanya 😅😅?

    Paling suka lihat gorilla, simpanse dan sejenisnya. Hewan pandai. Saya suka hewan2 cerdik pandai begini. Macam gajah juga

    BalasPadam
  4. Hewannya sejahtera semua ya, gak ada yang kurus bahkan bulu beruangnya lebih kemilau dari rambut kita yang sampoan

    BalasPadam
  5. Kalau pi tepeng taktau nak ke mana masuk zoo la. Walaupun naik tram tu kejap je pusing tetap la enjoy tengok animals.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jumpa Hantu Kak Limah? & pokok getah pertama Malaya

Berdekatan dengan Victoria Bridge terletaknya Warung Pak Jabit yang menjadi lokasi penggambaran filem Mamat Khalid iaitu 18 puasa di Kampung...