Berdekatan dengan Victoria Bridge terletaknya Warung Pak Jabit yang menjadi lokasi penggambaran filem Mamat Khalid iaitu 18 puasa di Kampung Pisang, Hantu Kak Limah dan Kampung Pisang bersiri siri.
Kalau nak pergi Warung Pak Jabit ni kena lalu bawah Victoria Bridge.
Kami mengabadikan photo depan Warung Pak Jabit.
Dalam warung ni ada gambar pelakon-pelakon.
Tempat ni memang tempat makan pun tapi katanya masa penggambaraan filem tu tempat ni memang tak ada orang buat perniagaan makan-makan jadi Mamat Khalid menyewa untuk menjadikan set dalam filem dan bukannya tempat makan pun. Baru-baru ni ajer ada yang membuka perniagaan di sini balik. Masa kami pergi ni Warung Pak Jabit tutup.
Kami akan ke Pokok Getah Pertama Malaya. Perjalanan dari sini dalam 12km. Kena lalu bawah Victoria Bridge.
Ok dah tiba dah. Inilah pokoknya. Berumur beratus tahun dah ni.
Tinggi pokoknya.
Ini mesin untuk menipiskan getah kalau tak silap saya.
Pokoknya tinggi kemudian kat bawah berlubang.
Baru tahu yang biji benih pokok getah ni dipungut di hutan amazon nun kat Brazil.
Mulanya asal usul biji benih getah di Malaya dibawa melalui kapal ke England. Ada 70,000 biji benih.
Anak pokok getah yang disemai di Kew dibawa pula ke Singapura. Dari 70,000 biji benih tu dapat sikitnya kat Singapura. 9 je yang Singapura ambik.
Anak pokok getah ni yang pertama berasal dari Kuala Kangsar ya. Maknanya pokok ni dah berumur lebih 100++ tahun la.
Ok dah cover 2 tempat kat Kuala Kangsar ni kat post ni dan 1 tempat di post sebelum ni di Victoria Bridge, jom la kita jjcm. Lapar dah ni.
Siapa yang dah pernah sampai 2 tempat ni?
XOXO,
Ezna
wahhh best nya dapat gi situ hehehe
BalasPadammmg ada jual makanan la ye warung pak jabit tu..ingtkn sekadar lakonan je
BalasPadamAna yg anak kelahiran negeri Perak pun blm sampai ke sini lagi hehe
BalasPadamBesarnya pokok getah tu.
BalasPadam