Khamis, Jun 5

Lepas breakfast ke Tasik Taiping

Paginya kami breakfast di hotel ajer. Makanan yang disediakan takdelah banyak tapi ok je sebab breakfast sebab makan pun bukan macam makan tengahari. Walaupun begitu harga breakfast di sini untuk 1 pax ialah RM40 which saya rasa cam tak berapa berbaloi dengan makanan yang disediakan. Patut slightly cheaper la sebab pilihannya terhad. Bayar untuk Dania je. Kami punya dah masuk dalam harga bilik. 


Tempat kami breakfast masa ni tak ramai orang. Tenang tenang ajer. Hotel sebenarnya fully booked. Saya suspect ada yang attend kenduri menginap di sini. Kenduri perkahwinan berlangsung dalam dewan hotel ni. 


Deko di satu sudut kat coffee house ni. 


Geram pulak nampak buah-buahan ni tapi tak ambik pula. 


Samosa. 


Kuetiau. 


Nasi lemak. 


Lepas breakfast, kami menuju ke Tasik Taiping. Lalu penjara kamunting ni. Rasanya dulu tahanan ISA ditempatkan kat sini. 


Tasik Taiping yang cantik. Pagi ni kami briskwalk. Dania bising sebab ayah dia tak cakap nak briskwalk kat tasik ni. Dia tak pakai proper. Dania ni setiap aktiviti ada baju tersendiri. Hehe


Cantik jambatan ni zig zag. Air tasik ni pun sikit lagi nak sampai jambatan ni. 


Pokok yang masih utuh. Entah berapa la usianya ya?


Berjalan dan berjalan. Ni kat Raintree Walk tempat di mana pokok besar cantik-cantik kat sini. Boleh la kita berposing kat sini. 


Ni tempat duduk nak healing mengadap tasik. 


Throwback : 
Di salah satu tempat duduk ni yang gambar saya dan Dania memenangi Monthly Prize Fujifilm Print Your Best Moments Contest 2013 untuk bulan Julai.

Dania masa ni pakai baju dan tudung satu set dari Fareeda. Payung pun comel dari Kiko. 


Tengok la budak atas ni dah sebesar ini pada tahun 2025. 


Pokoknya sangat rendang ya. 


Ni gambar jauh pulak. Boleh tengok betapa besarnya pokok ni. Kalau kat jalan masuk pintu utama UPM, pokoknya kecik sikit daripada ni tapi saya rasa spesis yang sama juga. 


Pokok belakang ni macam dah menunduk dah. Kena tongkat batangnya tu. 


Cantik cuaca pagi ni. Berhandbag bagai. Hehehe.....kalau yang proper pakai la tracksuit dan bawa beg kecik sandang tu. 


Arah sini pulak. 


Briskwalk ni dapat la kami 3km. Hubby lebih lagi. Lepas ni saya dan Dania akan singgah satu tempat. Tungguuuuu....




XOXO,
Ezna

7 ulasan:

  1. Dah 2,3 kali balik taiping.. Tak sempat nak g Taman Tasik

    BalasPadam
  2. Jambatan zig zag tu baru rasanya kan... Seronok jalan² ambil angin Di TTT ni. Tenang dan sejuk je sbb pokok² banyak dan besar
    Ye Penjara Kamunting mmg tempat tahanan ISA dulu.
    Cute-nya gambar Ibu & anak tu. Mmg patut memang 👍🏻

    BalasPadam
  3. Bestnya Taiping, sejuk sebab banyak pokok dan ada tasik.

    BalasPadam
  4. Wahh menang foto best moments dulu ya. Belated Tahniah.

    BalasPadam
  5. ak pernah pergi...tapi nak pergi...cuma masanya x tau la bila

    BalasPadam
  6. Oh saya ada baca tempat Ini sebelumnya di blog kak Fiza. Cantiiiik pohon2 nya kak. Kliatan sangat dah tua, semoga akan tetap terjaga.

    Saya sama dengan Dania, kalo utk aktifitas, ada baju masing2 😄. Jadi kalo tak sesuai, memang malas jadinya hahaha

    BalasPadam
  7. Tak pernah lagi ke sana...kena pergi jugak satu hari..in sha Allah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jumpa Hantu Kak Limah? & pokok getah pertama Malaya

Berdekatan dengan Victoria Bridge terletaknya Warung Pak Jabit yang menjadi lokasi penggambaran filem Mamat Khalid iaitu 18 puasa di Kampung...