Isnin, Jun 30

Sup tulang masak masa weekend

Weekend hari ahad pada 29 Jun 2025, plan nak masak sup tulang. Mulanya nak masak hari sabtu tapi sebab dah keluarkan udang dan terlupa nak masak sup tulang jadilah kejadian masak lemak cili api udang dan belimbing buluh. 

Hari ahad terjadinya lah sup tulang tapi ada masukkan juga daging sikit. Garnish dengan daun sup dan daun bawang yang banyak. 


Buat juga cili kicap untuk pertama kalinya masak sup daging. Bila masak sup daging tak pernah la saya sediakan cili kicap ni. Blender je bahan-bahan ni tapi tak hancur sangat la. Eh sedap la sebab boleh potong rasa lemak dari daging tu. 


Ada juga telur dadar. Saya suka letak bahan dalamnya seperti lobak merah, daun sup dan daun bawang, cili api, cili merah, bawang merah dan bawang besar. 


Alhamdulilah untuk rezeki ini. Bila hubby dan Dania kata sedap memang senyum la sampai ke telinga. Rasa bahagia je. Selagi boleh masak, saya akan cuba masak. Pengikat kasih sayang hubby dan anak juga. Tak kisah la you masak apa...pasti kasih sayang you curahkan dalam masakan you juga....😍

You alls masak / makan apa hari ahad? 


XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. SA masak seperti yang SA dah publish kat blog, sedapnya sup tulang...ada sikit lagi tulang rusuk lembu dalam fridge...weekend ni boleh la buat....

    BalasPadam
  2. perghhhh merecik shedapppppp 😍😍😍

    BalasPadam
  3. kita masak sup tulang time cuti awal muharram aritu

    BalasPadam
  4. agreed sgt! semlm pun i masak2 jugak (yg simple2 ajer setakat yg i reti hahah)

    BalasPadam
  5. ammi masak sarapan je hari ahad sebab lepas sarapan nak ke Melaka hantar anak balik asrama

    BalasPadam
  6. Tengok pun sedap nih Kak Ezna..inikah pulak yang makan tu kan hihihi

    BalasPadam
  7. daun bawang dgn daun sup tu memang ngam teruksss

    BalasPadam
  8. Sedap tu! Kalau taknak makan dgn nasi boleh makan dgn bihun jugak 😋

    BalasPadam
  9. Aduhai, sedapnya sup tulang. Semerbak aromanya dengan daun sup dan daun bawang. Tambahlah selera bila lengkap dengan kicap lada.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Sup tulang masak masa weekend

Weekend hari ahad pada 29 Jun 2025, plan nak masak sup tulang. Mulanya nak masak hari sabtu tapi sebab dah keluarkan udang dan terlupa nak m...