Ahad, Jun 8

Sup Tulang Hari Raya Aidiladha

Saya dan Dania sediakan bahan memasak dulu sebelum hubby balik bawa tulang. Potong bawang besar, putih, bawang merah kecil, halia, cili api, cili merah dan buah keras. Saya juga sediakan 4 sekawan dan dalam 1 bekas tu campuran serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam secukup rasa dan rempah sup Mak Siti. Oh ya daun sup, daun bawang jangan lupa. Kali ni saya masukkan bay leaf. Bau bay leaf ni wangi sangat. Lobak merah pun saya masukkan juga. 

Alhamdulilah....tulang dah dicuci....


Masukkan dalam Noxxa dan masak 50 minit. Alhamdulilah kejadian sup tulangnya. Warna sup ni gelap lagi sebenarnya. Kat sini warna cerah sebab pencahayaan. 


Makan dengan telur yang dah rupa martabak pulak ni. 


Ini je lah hidangannya....Alhamdulilah kenyang dah. Hubby sebelum sup ni masak sempat la melelapkan mata. Penat sangat membantu tadi. Balik pula ngam ngam hari pula hujan. 




XOXO,
Ezna
 

2 ulasan:

  1. Dekat kg pun mendung2 je.. Alhamdulillah tak hujan waktu proses sembelih dan melapah..

    BalasPadam
  2. Plan nak buat sup daging hari ni dengan telur dadar. Sedap dah ni.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ozel

Dah sampai masanya beli baru kerongsang ni sebab kerongsang sedia ada banyak yang patah dan ada yang melarikan diri 😅. Ini masalah perempua...