Selasa, Jun 3

Sarapan pagi yang meriah | Mak Kimbong

Pada 31 Mei 2025, masa cuti panjang baru-baru ni kami ke Mak Kimbong untuk bersarapan pagi. Rupanya banyak kedainya tapi nak pilih makanan di satu kedai Mak Kimbong kemudian duduk la kat mana pun. Baru tahu kewujudannya. Masa Dania sekolah menengah berdekatan, saya setakat isi minyak kat Petronas Seksyen 4 tapi tak terus ke depan. Kalau ke depan tiba la kat Mak Kimbong ni. 


Ni dah ambik makanan. Kami kat tempat makan selang 1 kedai dengan HQ Mak Kimbong tu. Tanya adik yang kemas makanan dia kata kalau nak order air kat Mak Kimbong hujung sebab kami ni berlainan negeri 😅


Dania peminat nasi dagang. 


Hubby dengan pulut dan ayam. 


Cantik pulutnya dah siap-siap dibentuk dengan mangkuk. 


Kuih-muih punya banyak. 


Nasi lemak. 


Cucur udang. 


Aneka mi, bihun dan kuetiau. Saya pilih bihun sup. Siap dia letak cili terus. Kalau tak nak boleh cakap siap-siap. Tapi....letak cili tu sedap. Lauk pula saya pilih daging. Takde gambar pulak sebab terlupa nak ambik. 


Ubi rebus. 


Roti jala. 


Lempeng dan roti jala. 


Eh....banyak betul la menu sarapan pagi ni. Boleh la repeat lagi ke sini. Kami siap-siap berbaju kurung dan batik sebab nak menuju ke Ipoh sebab ada kenduri kahwin anak kepada sepupu saya. 





XOXO,
Ezna

 

14 ulasan:

  1. meriah betul pilihan mknnya tu ezz! semua nampak sedap

    BalasPadam
  2. mcm2 menu sarapan tu..julia pernah mkn sini tp menu lunch..meriah juga laukpauknya

    BalasPadam
  3. Seronok kan makan kat Mak Kimbong tu...rambang mata nak pilih makan apa

    BalasPadam
  4. Pernah pergi jugak dulu, tapi untuk lunch..
    Tapi untuk breakfast lagi menarik nih..

    BalasPadam
  5. Sini mmng port breakfast terbaik sbb banyak pilihan. Pagi2 lagi dah penuh kedai

    BalasPadam
  6. meriah makanannya...senang nak pilih mana satu nak makan

    BalasPadam
  7. Memang meriah banyak pilihan kan. Kami pun belum sempat nak repeat lagi. Nak try menu lain pulak.

    BalasPadam
  8. Wahhh..Menarik betul menu2 dklt sini..=q

    BalasPadam
  9. jarang jumpa kedai jual ubi rebus. lempeng tu pun nampak menarik

    BalasPadam
  10. waahhh meriah sgguh menu di Mak Kimbong ni!

    BalasPadam
  11. Meriahnya tu rambang mata nak pilih.

    BalasPadam
  12. Wah rambang mata nak pilih ni... Kuih muih beraneka macam, bestnya!

    BalasPadam
  13. Pengen saya datangi tempat ini lah kak 😍😍😁. Bisa kalap betul pilih makanan kalo ada pilihan sebanyak ini. Lempeng itu yg saya dari dulu nak coba. Kalo nasi dagang dah pernah, yg disini porsi agak banyak ya. Selalunya beli nasi dagang keciiiil je 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jumpa Hantu Kak Limah? & pokok getah pertama Malaya

Berdekatan dengan Victoria Bridge terletaknya Warung Pak Jabit yang menjadi lokasi penggambaran filem Mamat Khalid iaitu 18 puasa di Kampung...