Pada 31 Mei 2025, masa cuti panjang baru-baru ni kami ke Mak Kimbong untuk bersarapan pagi. Rupanya banyak kedainya tapi nak pilih makanan di satu kedai Mak Kimbong kemudian duduk la kat mana pun. Baru tahu kewujudannya. Masa Dania sekolah menengah berdekatan, saya setakat isi minyak kat Petronas Seksyen 4 tapi tak terus ke depan. Kalau ke depan tiba la kat Mak Kimbong ni.
Ni dah ambik makanan. Kami kat tempat makan selang 1 kedai dengan HQ Mak Kimbong tu. Tanya adik yang kemas makanan dia kata kalau nak order air kat Mak Kimbong hujung sebab kami ni berlainan negeri 😅

Dania peminat nasi dagang.

Hubby dengan pulut dan ayam.
Cantik pulutnya dah siap-siap dibentuk dengan mangkuk.

Kuih-muih punya banyak.
Nasi lemak.
Cucur udang.
Aneka mi, bihun dan kuetiau. Saya pilih bihun sup. Siap dia letak cili terus. Kalau tak nak boleh cakap siap-siap. Tapi....letak cili tu sedap. Lauk pula saya pilih daging. Takde gambar pulak sebab terlupa nak ambik.
Ubi rebus.
Roti jala.
Lempeng dan roti jala.
Eh....banyak betul la menu sarapan pagi ni. Boleh la repeat lagi ke sini. Kami siap-siap berbaju kurung dan batik sebab nak menuju ke Ipoh sebab ada kenduri kahwin anak kepada sepupu saya.
XOXO,
Ezna
meriah betul pilihan mknnya tu ezz! semua nampak sedap
BalasPadammcm2 menu sarapan tu..julia pernah mkn sini tp menu lunch..meriah juga laukpauknya
BalasPadamSeronok kan makan kat Mak Kimbong tu...rambang mata nak pilih makan apa
BalasPadamPernah pergi jugak dulu, tapi untuk lunch..
BalasPadamTapi untuk breakfast lagi menarik nih..
Sini mmng port breakfast terbaik sbb banyak pilihan. Pagi2 lagi dah penuh kedai
BalasPadammeriah makanannya...senang nak pilih mana satu nak makan
BalasPadamMemang meriah banyak pilihan kan. Kami pun belum sempat nak repeat lagi. Nak try menu lain pulak.
BalasPadamwahhhh ada pulut kuning ke tu
BalasPadamWahhh..Menarik betul menu2 dklt sini..=q
BalasPadamjarang jumpa kedai jual ubi rebus. lempeng tu pun nampak menarik
BalasPadamwaahhh meriah sgguh menu di Mak Kimbong ni!
BalasPadamMeriahnya tu rambang mata nak pilih.
BalasPadamWah rambang mata nak pilih ni... Kuih muih beraneka macam, bestnya!
BalasPadamPengen saya datangi tempat ini lah kak 😍😍😁. Bisa kalap betul pilih makanan kalo ada pilihan sebanyak ini. Lempeng itu yg saya dari dulu nak coba. Kalo nasi dagang dah pernah, yg disini porsi agak banyak ya. Selalunya beli nasi dagang keciiiil je 😄
BalasPadam