Hari tu kami dah cover rumah Pak Jabit kan?. Kali ni....kami ke kedai makan Mamat Khalid iaitu Sarang Art Hub yang terletak di Tanjung Malim. Ni kisah masa kami menginap di Taiping tu. On the way balik kami singgah makan di sini.
Nak masuk rumah ni kena tanggal kasut ya.
Setiap sudut diletakkan hiasan seni.
Setiap meja ada nama masing-masing. Meja kami meja Sarimah.
Jadi dekat bil kami nama Sarimah la.
Saya order nasi goreng daging rimo teghoyak. Teghoyak ni dalam bahasa Perak maknanya menangis. Rimo tu harimau.
Ini pula nasi goreng chicken chop. Hubby order ni.
Tengoklah meja kami ni sebenarnya dari mesin jahit lama. Unik kan?
Ni kalau duduk dalam rumah. Begini rupanya.
Siapa pula beliau?
Ingat tak dialog ni bila Pak Jabit cakap Eiii anak si Mamat ni asyik menembak je kerjanya. Ni buat aku tension ni. Ada seorang budak pegang senapang yang tembak Kak Limah yang masa tu berada di atas bumbung dan menyanyi lagu Enjit Enjit Semut dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Haaaa ni lah budak yang suka menembak tu. 😅
Nama beliau Adam. Anak kepada Mamat Khalid. Hubby yang perasan. Saya memang tak cam.
Ni rasanya motor Harley Davidson sampan yang Awie dayung dalam filem Hantu Kak Limah.
Ni kat tempat buat air.
Dari bawah sampai atas dihiasi karya seni.
Ni cerita seram apa pulak ni?.
Tandatangan di sini.
Kalau nak pilih muzik dulu-dulu.
Ada la props ala ala dalam set Zombi Kampung Pisang.
Muka ahli kumpulan Wings.
Muka ahli kumpulan Search.
Kat sini pun ada Warong Pak Jabit tapi ni bukan set yang sebenar.
Belah kiri sekali kat kontena ni muka Mamat Khalid.
Dari arah depan Sarang Art Hub. Sesekali ada keretapi lalu sebab tempat ni berdekatan dengan laluan keretapi.
Saya rasa makanan yang dipesan sedap. Kalau peminat seni boleh la datang ke sini.
Sarang Art Hub
Jalan Rumah Rehat
Taman Bandar
35900 Tanjung Malim
Perak.
3 petang - 11.30 malam
(Tutup Hari Isnin)
012-5258798
XOXO,
Ezna
Ni masih dalam wishlist SA..walau Tanjung Malim x jauh pun dari KL tapi masih x sampai lagi kami bertiga
BalasPadammenarik dan kreatif la cafe ni...teringin nak singgah if lalu area sini
BalasPadam