Malamnya, kami ke Kuala Sepetang sebab nak makan mee udang mak Jah. Pernah ke sini pada tahun 2012 sampai kena meredah banjir 😅 di sini. Masa tu naik kereta yang baru je kami dapat iaitu kereta Mazda 3 hadiah dari peraduan yang saya masuk. Kereta yang dimenangi berwarna putih di sini. Kenangan terindah....
Nampak la perbezaan kedai dulu dan sekarang. Ni adalah menunya.
Minuman yang dipesan. Air kosong, Teh o suam dan kopi o suam.
Kuetiau udang ni Dania punya.
Kuetiau basah ni hubby punya. Ada telur juga dalam ni.
Saya pula mi udang. Sedapnya bila hirup kuahnya. Terasa udangnya tu.
Udang ni letak dalam pinggan lain sebab nak kopek dia. Ada 5 ekor dalam satu mangkuk. Selebihnya Dania bagi kat saya. Udangnya fresh rasanya. Manis....
Kedainya besar daripada dulu. 13 tahun baru repeat balik ke sini.
Mee Udang Mak Jah.
Mee udang Mak Jah ni terletak di :
Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang
Perak.
XOXO,
Ezna






Tempat terkenal tapi saya belum pernah ke sini.
ردحذفTengok kuetiau basah tu menggoda pulak, ada kesempatan nak jugak singgah sini.
Kenangan manis sungguh tu Ezna…menang kereta Mazda3.
Dulu diorang ada cawangan kat area Wangsa Walk tu...pernah la SA makan 2 kali...x ingat tahun bila dan x tau masih ada lagi ke tak cawanga tu..nak cari la..ada ke tak..nak pi Kuala Sepetang tu, x tau la jauh ke dekat..hahahaha
ردحذفmeriah udang tu..dlu kt kl ada cawangan tp tk brp kena ngan tekak..kena pi mkn yg ori kt kuala sepetang gamaknya...stakat ni mee udang fav dkt Sg. Dua Penang
ردحذفTaufik suka makan udang tapi tulaaaa diri ini ada resdung pulaaaa sabar jelaaaa
ردحذفwaahhhhhh Mee Udang Mak Jah mmg antara yg famous.. wahh kenangan betul k.ezna menang Mazda!
ردحذفPernah pergi sekali dekat Mak Jah ni, datang belah siang. Ada RELA jaga sbb trafik sesak betul...
ردحذفBaru tahu Ezna pun pernah menang kereta 👍🏻
boleh try ni
ردحذفBestnya...tengok ni rasa macam nak try makan kat sana...
ردحذفnampak sedap kuetiaw tu.dengan togey nampak rangup. hehe
ردحذفLama tak pergi makan Mee Udang kat sini. Bestnya menang kereta.
ردحذفWow...Sy dr dulu tringin nk pegi sini sis...Tp belum kesampaian lagi...Nk kena cari best timing baru bleh pegi ni =D
ردحذفKuala Sepetang pun tak pernah masuk lagi, dah hampir 14tahun kawen.. Kikiki
ردحذفDah pergi 2 kali dulu2. Kena singgah jugak nanti ni.
ردحذفAiiiih teringat langsung saya makan mi udang di batu feringhi dengan adik dan teman2 kampus 😄. Rindu kan jadinyaaa
ردحذفnampak sedap laaa! dulu2 mcm ada restoran mee udg kat wangsa maju, then tak tau dh tutup ke masih ada now
ردحذفإرسال تعليق
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.