Wednesday, March 14

Makan Time - Mee udang Mak Jah Kuala Sepetang

Haa.....ambik sanggup meredah banjir untuk makan mee udang punya pasal. Agak menyeramkan kerana ada 3 kawasan, air sangat deras naik kat jalanraya. Rumah2 pun ditenggelami air. Tiba kat satu spot tu, banyak kereta plet W yang hubby agak mungkin nak makan mee udang Kuala Sepetang patah balik. We alls meneruskan perjalanan. I cakap kat hubby, kalau hujan masa tengah makan, kena terus balik takut we alls stranded tak dapat balik lagi la haru.

Mee Udang Mak Jah ni rupanya mee bandung yang diletakkan udang. Sebab i hantu udang so i pilih yang special. Hubby mee udang biasa je. Mee udang i ada 6 udang yang besar. Hubby punya udang sederhana tapi banyak jugak udangnya. Dania makan nasi putih dan telur goreng. I bagi kuah mee bandung i dan udang besar gedabak i. Not bad jugak rasanya yer.....Nyummmmms....total bil dalam RM20++ termasuk air (kopi panas 1, sirap 1 dan teh o panas 1). Harganya taraf bandar pulak i rasa. 

Kalau GPS Papago, mee udang mak jah takde cuma ada mee udang mak teh. So, pengguna GPS Papago, terus je lagi selepas mee udang mak teh yer. Tak jauh mana pun. Masa nak balik dalam pukul 8.00pm, kawasan sekitar mee udang mak jah ni gelap sebab takde lampu jalan. Nasib la bila nak balik tu banjir agak surut. Selamat kami tiba ke resort penginapan kami. Alhamdulilah.

Rumah ditenggelami air

Kalau tengok orang ni redah air dalam paras betis

Air belah kanan dah naik tinggi

Akhirnya tiba juga kami kat sini

Kedai Mak Jah ni biasa je

Ada juga tempat makan bersila

Ada tergantung keratan akhbar mee udang Mak Jah

Mee udang biasa RM7

Mee udang special RM11

Mee Udang Mak Jah terletak kat tepi jalan


****Kalau gi mana2 me and hubby suka cari keistimewaan makanan kat area tu. Mesti kami terjah dan jugak tempat2 menarik untuk dilawati....

9 comments:

  1. Alahai sis!!
    X sampai lg kat sini..
    Terliur nengok udang tu..
    Grrrrrr!!

    ReplyDelete
  2. sama la kita
    klw g satu tempat
    sure carik makanan special kt situ
    ni mmg dah lama tingin nak makan mee udang kuala sepetang
    nanti klw g perak harus terjah

    ReplyDelete
  3. sedapnya mee udang..favourite nih..

    ReplyDelete
  4. kt penang ila makan mee udang.. rasanya tak best mcm cili curah air je...

    ReplyDelete
  5. Ja balik Tepen last weekend tapi singgah Kotiaw Doli. Mee Udang tak minat sangatla. Tak taula sbb hari tu singgah kedai yang bukan mak jah atau mak teh. Hahahaha.

    ReplyDelete
  6. waaa banyak cabaran nak sampai kedai MAK JAH nie .. harung banjir tuu ;)

    aduhhhhhhhhhhh mee udang diaaaa
    mewh dengan udang2 .. nampak sgt2 segar udang dia .. huhuhuh lapoor lah pulakkk

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails