Dania kena bawa susu strawberry dan nata de coco je untuk kelas Bahasa Korea tapi ummi saje la nak bagi lebih sikit. Gigih malam sebelum order kat MBG melalui Grab Food je. Tibalah buah mangga dan anggur. Masukkan siap2 dalam bekas.
Ikutkan awal kelas jam 5 petang tu akan diadakan Test bertutur dalam Bahasa Korea. Lecturer tanya dan kita kena menjawab. Lepas selesai barulah kena sediakan Hwachae ni.
Esoknya ayah Dania pula tolong belikan susu dutch lady. Besar tak ada jadi beli yang kecik ajer. Bawak la 6 kotak ni haa....bekas pink tu nata de coco perisa strawberry. Kecik je bekasnya. Ada yang besar tapi besar sangat pulak. Dalam plastik tu siap-siap letak 2 bekas ais batu. Baru la sedap makan fruit punch sejuk-sejuk.
Dania bersedia dah dengan beg Ikea ni. Dapat masa kenduri kahwin. Berbaloi rasanya dapat beg ni.
Akhirnya inilah kejadian Hwachae. Kawan Dania siap bawa air sprite dan tin buah koktail. Lecturer pulak bawa buah tembikai dan tembikai susu. Gabung dengan kami punya memang banyak la buah buahannya. Share la 1 group. Ais yang Dania bawa guna 1 bekas je, bekas lain bagi kat group lain.
Bahagia dengar bila kawan group Dania happy sebab Dania bawa extra buah.
Resipi Hwachae group Dania :
Susu Strawberry
Sprite
Buah Anggur
Buah Mangga
Buah Tembikai
Buah Tembikai susu
Nata De Coco perisa strawberry
Buah-buahan koktail
Ais
Gabungkan semua, sedia untuk dinikmati. Minuman yang orang korea sediakan ketika musim panas (summer). Boleh juga masukkan buah seperti strawberry, blueberry dan lain-lain mengikut kegemaran kita. Makan ni Dania kata kenyang jugak la....Alhamdulilah.
Kelas ni merupakan kelas terakhir untuk semester ini. Jadinya minggu ini merupakan kelas yang terakhir sebab minggu depan mereka akan bercuti selama seminggu. Jumpa lecturer masa paper Bahasa Korea nanti yang dijadualkan pada 18 Julai 2025.
Kejapnya dah nak final exam dan nak naik Year 2 dah.
XOXO,
Ezna
wah..sedap nya. memang layan la panas2 ni kan....
BalasPadamkenyang sebab susu dgn buah-buahan. sedap dimakan waktu panas memerit.
BalasPadamYummyy..Sedapnya dpt mkn ni..Dah la cuaca panas skrg ni =D
BalasPadamada extra buah syok tu utk buat minuman korea tu ye...cuaca panas dpt sejukkan tekak
BalasPadamtudiaaaa nampak sedap
BalasPadamMemang best kelas Bahasa Korea Dania ni ye...
BalasPadamCepatnya masa berlalu, dah otw ke sem baru dah Dania ye...
yums sgt! terliur laa esp cuaca panas lately. all the best utk dania!
BalasPadam