Isnin, Jun 23

Healing di Tadom Hill Resorts | Ansci Day Out

Pagi lagi ummi dan ayah hantar Dania ke Cafe Kolej Serumpun UPM. Rasanya tiba sebelum jam 7 pagi. Dania dah siap2 Roti Boy yang beli lebih sebab nak bagi kawan-kawan. Hari ni Dania dan kawan2 Ansci (Bacelor Sains Haiwan) dari junior ke senior akan ke Tadom Hill Resorts untuk Ansci Day Out. Bayaran yang dikenakan RM25. which is sangat la berpatutan. Dania naik bas UPM. Boleh je pergi sendiri tapi bab ni biarlah Dania bersama-sama kawan-kawan. Tak nak kacau la. Kena bagi kebebasan kat anak juga. 

Dah siap dengan pakaian lebih sebab nanti nak mandi-manda kat situ. 


Aktiviti yang akan mereka lakukan di situ. Since Dania Year 1 jadi saya galakkan Dania join la aktiviti macam ni supaya dapat la gather dengan kawan-kawan sekelas dan senior. 1 hari ajer dan tak ada menginap pun. 

Credit : IG Ansci

Ini gambar sekelas Dania. Tak cukup korum juga sebab ada je yang tak pergi sebab ada kokurikulum. 



Haa ni gambar Dania dan dua kawan yang dia baik kat kelas. Nampaknya banyak gambar yang Dania ambik masih orang yang sama je. Dania ni dia pendiam jadi siapa yang dapat approach kiranya pandai la approach Dania kan. Kedua mereka ex Diploma Kesihatan dan Peternakan di UPM, Bintulu. Ada seorang lagi tak dapat attend. Kalau tak mereka berempat. Kiranya Dania muda setahun dari mereka. Alhamdulilah. Ummi bersyukur. 


Apa aktiviti yang ada di Tadom Hill Resorts ni?. Ini salah satunya iaitu aktiviti berkayak. Jangan lupa mengenakan sunscreen ya. Topi pun jangan lupa. Nak nak sekarang ni punya cuaca memang panas. 


Lepas berkayak boleh la mandi ya. Sebenarnya ini dipanggil Emerald Lake. Ini sebenarnya ialah bekas lombong. Bab ni saya seram sikit la. Lombong kan agak bahaya sebab ianya dalam. Setiap mereka kena pakai life jacket tapi pakai life jacket pun kalau nak buat aktiviti jangan buat sorang-sorang. Kena dengan kawan atau dalam satu kumpulan. 


Aktiviti mandi dan berkayak tu dah termasuk dengan Day Pass tapi kalau nak main go cart, kena bayar asing. RM35 untuk bermain go cart. Eh mana pulak dapat cermin mata hitam ni?. Dania kata ada sorang kawan dia siap-siap bawa 3 unit cermin mata hitam untuk Dania dan kawan pakai. Amboiii....Dania pun siap pakai stokin renang safa. Dalam air memang pakai stokin renang ni. Bawa spare jugak tu lepas mandi pakai yang baru. 


Cantik permandangan kat sini. Emerald Lake dan bukit batu kapur. Kawasan sini dulunya adalah perkampungan Orang Asli Temuan yang terletak di dalam hutan. Sekarang ni didirikan resort ala buluh yang sangat unik. 


Ini masa nak balik agaknya sebab semua pun dah bertukar pakaian yang lain. 


Bila Dania whatsapp kat saya kata bas dah berada kat Putrajaya, terus saya siap-siap untuk ke UPM. Elok je saya tiba masa Dania dah turun bas. 


Aktiviti yang menarik Dania kata sampai lenguh-lenguh la berendam dalam lombong tu. Sesekali nak kena pergi healing juga tak adalah asyik nak study ajer. Recharge balik. 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Tadom Hill Resorts, Banting boleh ke https://tadomhillresorts.com Boleh datang sehari atau plan nak menginap kat sini. 

You alls dah pernah sampai sini?. Saya cuma pernah dengar ajer....





XOXO,
Ezna

 

26 ulasan:

  1. Wow..mandi lombong tu..Sy pernah sekali je masuk lombong..itu pun abg ipar tak bagi pegi jauh2..Limit takat lutut je =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lombong ni kan bahaya sikit tapi ada life jacket la. Itu pun kena berhati-hati juga supaya tak terpisah dengan kawan-kawan. Kena beringat selalu. Limit takat lutut tak dalam la...ini Dania kata tak jejak kaki jugak.

      Padam
  2. dulu tandom hill ni viral sebab air dia berwarna biru.. sekarang tak tahu la warna apa.. tapi kawasan situ cantik sebab dihiasi dengan bulu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke?. Macam tak ada warna biru pulak sekarang ni....buluh kan? bukan bulu kan?.

      Padam
  3. mcm2 aktiviti dania join..bgs ...tisya kalo berkayak tu mau gayat die..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama juga Amy. Dania bukan jenis outdoor tapi bila ada kawan yang jenis outdoor dia pun automatik jadi berani.

      Padam
  4. Tak pernah sampai lagi tempat tu. Tak tahu bila dapat jejak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama juga tak pernah ke sini. Photo ni ajer anak share.

      Padam
  5. Ada chalet juga rasanya, sbb sy pernah survey dulu utk staycation.
    Betul kena ada aktiviti luar kelas juga baru enjoy belajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah ada PH. Pernah tengok orang share kat sini cumanya tak pernah la pergi. Kena join akiviti gini untuk pengalaman. Dapat pula kenal senior.

      Padam
  6. i pernah nampak lah org share psl tmpt ni/ker i tgk dlm tv..tp quite familiar la cuma lom pernah sampai lagi. best tu dania join aktiviti gini. dpt healing2 sambil buat task

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sama I pun pernah nampak orang share. Tak pernah pergi je. Seronok juga aktiviti macam ni. Boleh la mengeratkan ukhuwwah sesama rakan sama course dari kelas sendiri ke senior.

      Padam
  7. bagus nya prog2 mcm ni...seronok dgn kawan2, have fun sesama lepas penat belajar kann

    BalasPadam
  8. Syok ni, thanks for sharing Ezna.

    BalasPadam
  9. Pic yang last tu nampak happy sungguh Dania..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah bila nampak ummi dia ambik gamabr dari dalam kereta.

      Padam
  10. Uncle lagi tak pernah sampai...

    Jarang nampak dania senyum cam tu

    BalasPadam
  11. Seram jugak mandi air lombong gitu. Sekali sekala bagi anak join aktiviti macam ni dapat la tingkatkan keberanian, dapat bergaul dengan rakan2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul bab air lombong tu dah suspens dah tapi bila kena pakai safety jacket dalam air ok la juga kan. Sebenarnya lombong ni kena berhati-hati.

      Padam
  12. Aktiviti yang bagus dan menarik. Seronoklah Dania dan kawan-kawan. Tadom Hill ni dulu popular kan. Saya pun tak sampai² sini lagi. Lalu je lah pernah. hihi...Bekas lombong ni macam seram sikit. Ada life jacket tu confident lah sikit kan nak buat aktiviti dalam air.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bila google bekas lombong rupanya...terus macam seram....nasib baik pakai life jacket.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Healing di Tadom Hill Resorts | Ansci Day Out

Pagi lagi ummi dan ayah hantar Dania ke Cafe Kolej Serumpun UPM. Rasanya tiba sebelum jam 7 pagi. Dania dah siap2 Roti Boy yang beli lebih s...