Ni masa saya jalan-jalan kat IOI City Mall ni. Dalam kepala fikir nak makan apa la berbuka nanti?. Jalan sampai ke Rizman Ruzaini ni haa ada event kat tengah ni.
Boleh tengok secara dekat Rizman & Ruzaini juga artis nama Mimi Fly. Saya pun tak kenal siapa Mimi Fly cumanya ramai yang kata tengah ni Mimi Fly. Kalau Mimy Fly ni yang menyanyi lagu 'ada ketupat ada rendang'...Serumpun tu🎵🎵🎵. Ruzaini baju biru, Rizman pula baju putih.
Memang dekat betul saya dengan mereka masa ni.
Ada promosi juga baju-baju Rizman Ruzaini ni.
Saya sekali lalu je sebab nak beli makanan untuk berbuka nanti.
Masa ni tengah menunggu makanan saya siap. Akhirnya beli kat MarryBrown. Masa ni duduk dulu menghadap ice rink sementara nombor nak dipanggil.
Tengah menunggu nombor saya naik. Tengah beratur ada yang tepuk bahu saya. Lar kawan Dania yang part time kat kedai dalam IOI City Mall ni tepuk bahu saya. Berborak la kejap. Iman ni takpelah makan kat dalam kedai yang dia kerja. Saya je la kena mencari tempat duduk.
Masa berbuka tu, saya tak berbuka kat tempat duduk MarryBrown tu sebab penuh. Just duduk kat kerusi bulat yang disediakan depan Dr Cardin. Belah kanan ada bapa yang suapkan anak perempuan makan. Belah kiri ada ibu yang menyuapkan anak lelaki makan. Bila dah tiba waktu berbuka...ada announcement kata dah masuk waktu maghrib. Azan tak ada la kan. Jadi, kat sinilah saya berbuka. Saya makan bubur nasi dan air ajer. Jenuh juga nak makan sebab tak ada meja kan. Mejanya tu handbag saya atas lap saya.
Selesai semuanya, barulah jalan-jalan pula kat Parkson ni. Ternampak baju yang cantik-cantik ingat anak dulu....
Baju kemeja ni fabrik codroy. Lembut je.
Ni ada saya belikan untuk Dania. Ala ala baju Poplook Dania je. Fabrik dia cotton yang buat saya lagi suka. Cotton selesa la dengan cuaca kat Malaysia ni. Warna dia dusty pink. Boleh la tambah koleksi baju-baju ke Universiti. Walaupun sekarang ni kelas online je. Lepas raya nanti bolehlah pakai. 😊
Jalan-jalan lagi. Rasanya memang tunggu sini la sampai Dania selesai.
Dania whatsapp kata ummi ada Hael Husaini kat Rizman Ruzaini. Ummi pun terus la ke sini. Hehe. Gambar zoom saya sebab depan ni ramai orang.
Hael ada menyanyi lagu raya juga kat sini.
First time la nampak Hael ni dekat2. Macam ala Korea jugak sebab makeup.
Event Rizman Ruzaini ni berdekatan dengan Dotty's.
Lepas tu malas dah nak bersesak kat sini, terus cari tempat duduk berdekatan. Eh eh Ruzaini lalu jadi saya pun minta nak wefie. Hehe. Mulanya saya minta maaf la sebab nampak laju je Ruzaini ni berjalan. Akhirnya dia kata takpe sambil sambil.
Setakat ambik gambar je dengan pereka fesyen tersohor. Baju jenama RR tak beli jugak. 😅
Dania selesai nak dekat-dekat jam 10 malam. Dalam 9.45 macam tu gerak keluar....tudia....jam 11 malam baru tiba rumah ya. Jam depan IOI City Mall ni ha....letih kaki tekan brake. Ikutkan dalam 20 minit je boleh tiba rumah. Ni nak dekat 1 jam....huhuhu.
XOXO,
Ezna
sempat bergmbr dgn designer tu...mimy fly tu tgh viral lagu raya serumpun..ramai dok buat challenge...meriah lagunya
BalasPadamHaha kena tahan Amy...dah dia lalu tepi kita. Lagu Mimy Fly tu catchy pulak kat halwa telinga.
PadamMemang sesak kalau ada event di IOI Mall ni. Nak sangat pergi mall tengok event Raya tapi semuanya malas. Sekali dengan maknya ni hehe.
BalasPadamHehe...kebetulan Dania berbuka kat sini. Tu yang keluar...kebetulan ada pulak RR ni. Tak tahu pun....haaa kauuu balik tu jam sangat.....
PadamWah..jumpa artis lagi
BalasPadamWahhh u iftar kat luar yer ezz..i thn ni tak de iftar kat mall or restoran pun.kira mcm sejarah jugak🤣🤣🤣
BalasPadamLagu mimi fly tu asyik bermain jr kt otak sebab benda tengah viral haha
BalasPadamSaya skr nih nak beli baju lihat sangat bahannya kak. Prefer cotton dan linen. Sebab saya mau lebih ramah lingkungan, sejak tahu kalo bahan Polyester tidak bisa hancur dalam waktu lama, jadi tak terlalu suka pakai itu. Skr ini limbah pakaian jadi penyebab utama juga perubahan iklim. Terutama dr bahan2 yg susah recycle.
BalasPadam