Kalau kerja part time ni, time Public Holiday kalau kena kerja...ada peluang la dapat triple pay. Dania pula masa Hari Malaysia kena kerja full pulak. Drop kan Dania dulu kat sini kemudian hubby cari parking.
Cari tempat duduk yang berdekatan dengan F.O.S ni. Ada sofa boleh duduk. Dania pun baru masuk ke F.O,S sebab hari ni terawal pula. Saya dan hubby nak tunggu sini sebab nak tunggu semua kedai dah buka la. Nak ronda-ronda dalam ni.
F.O.S pun buka sikit je nak bagi staff masuk.
Ada sofa, ada kerusi dari Maju Homes.
Kat tengah ni petang sikit ada meet and greet dengan Lee Min-Ho. Artis Korea. Dania kata nak minta rehat jam 5 petang.
Singgah AEON dan nampak ada promo cadar.
Promo ni cuma sehari sempena Hari Malaysia. Saya beli cadar size Queen.
Hubby mencuba sandal baru.
Dah cuba yang atas rasa yang bawah pulak lagi selesa.
Kanan ke kiri?. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Try yang ni pulak. Akhirnya beli la juga sandal. Jenuh try banyak kali ya.
Lepas tu singgah The Body Shop sebab nak beli sabun.
Balik rumah....rehat kejap makan la pau yang beli dari sedara saya di Maha. Ini pula pau nasi lemak. Ada telur dan pau dia memang inti dia ada rasa nasi lemak.
Tak ke mana pun hari ni....tunggu Dania balik malam karang.
XOXO,
Ezna
meriah la ioicity mall Lee Min-Ho dtg situ meet & greet...julia time tu ada kt situ...die tk tau psl Lee Min-Ho tp dia ckp ramai la org hehe...kita minat Lee Min-Ho
BalasPadamTau tak Dania kata dia kuar 5 minit je situ. Dah la datang lambat. Lama tu untuk private event yang menang peraduan dpt jumpa LMH. Itu yang dapat up close and personal dengan figura tu.
PadamOh Julia ada ya....tapi kalau tengok gambar Dania tu memang ramai pun.
Wahh..Sy suka lee min ho xD..Sy ni kllo shopping dgn Hata pun gitu jgk la sis...=P
BalasPadamHehe.....LMH kebetulan datang IOI City Mall.
PadamSabun yg u bg semlm i dh try guna.wangi sgt ezz.love it! Face mask pun i dh pakai semlm🤩🥰 tq tau
BalasPadamSuzz, sabun tu dari Bathing Tapir yang guna natural ingredients. I beli Rose sebab you suka Rose. You are welcome Suzz.
PadamEh murahnya bedding tu, king sized RM59 je. Tapi promosi sempena Hari Malaysia je la ye. Takde rezeki 🤭
BalasPadamYa Carneyz cuma Hari Malaysia sahaja sehari je.
PadamDapat masuk mall cuci cuci mata sekejap pun saya rasa seronok...
BalasPadamCuci mata tu memang ya. Lepas tu banyak pulak produk yang menarik. Kena kuatkan hati. Hehehe.
PadamSA pun x kemana...impian nak ke MAHA musnah sebab Pak Zain sakit dan warded
BalasPadamMoga PZ sembuh dan dikurniakan kesihatan berpanjangan. Maha ni selalu ada. Kena tunggu setiap 2 tahun kalau tak silap.
PadamEh cadar ini maksudnya bed sheet ya kak 😅. Tadi saya pikir kakak nak beli cadar yg semacam burqa 😄
BalasPadamYa Fanny cadar tu bedsheet. Hehe. Ohhh kalau burqa tu kakak yang tutup. Cadar ni...katil yang tutup. Hehe.
Padam