Khamis, September 5

Sambutan Hari Kebangsaan

Ada juga sambutan Hari Kebangsaan di kawasan saya. Saya tak join la sebab kena hantar Dania kerja. Dania kerja masa Hari Kebangsaan jadi insya Allah la dapat triple pay nanti.

Ada banyak kumpulan juga kata suami. Majlis ini diadakan berdekatan Tasik di rumah kami. 


Penglibatan dari pelbagai pihak. Dari Surau rumah pun ada peserta lelaki dan wanita. Sekolah berdekatan pun ada yang join. 


Ada juga kuda dari Ikhwan. Pernah juga masuk kawasan rumah saya. Nampak juga kadang-kadang kat area sekitar kawasan sini. Dah nampak juga Ikhwan ni berniaga kat satu gerai di kawasan saya ni. Katanya berniaga cakoi. Memang banyak betul perniagaan Ikhwan ni ya. 


Hubby pun join perarakan untuk Surau Al Ridhwan. Tema dia kampung. Jadinya baju berkotak dengan kain sarung. Seluar pula bukan seluar Yankee Pak Maun. Hehe. Berkaca mata gelap. 😅


Dua gambar di bawah dikongsi oleh Muslimat surau. 


Ada juga penglibatan Legasi Haji Surib. Anak cucu semua bergabung tenaga masuk perbarisan.


Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 67. Moga kita sebagai rakyat Malaysia dapat bersatu padu dengan tak mengira warna kulit. 

Lambat sikit la keluar post yang ni ya.





XOXO,
Ezna

7 ulasan:

  1. bagus husband ezna nk join ye..siap berkain pelikat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Last minute kena tarik masuk sebab tak cukup orang.

      Padam
  2. Seronoknya...taman SA ni banyak golongan muda so takde pun sambutan..sunyi sepi je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sini ramai golongan berumur sikit SA jadi selalunya golongan ni la yang menggerakkan aktiviti.

      Padam
  3. bagus betul aktiviti gini, dpt mengukuhkan semangat patriotisme :)

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...