Malam, selepas hubby balik kerja dan solat di surau....kami pun keluar la.
Dah lama tak makan kuay tiaw sedap kat Selera Laman Perdana ni. Dulu banyak kali juga la. Orang ni masih mengenali hubby lagi setelah selepas PKP tak datang-datang. Katanya lama tak nampak. Hehe
Hubby kuay tiaw kering.
Saya dan Dania kuay tiaw basah. Kena letak tisu kat tudung ya. Mau terpercik kuahnya nanti.
Lepas makan, kami parking berdekatan dengan Floria. Meh saya bawakan you alls ke pengembaraan di Floria pada waktu malam pula...
Macam masuk dalam cerita magikal pula bila nampak pokok dengan lampu-lampu ni.
Rumah barn yang saya pergi waktu pagi tapi nak tunjuk hubby la tapi kali ni cover waktu malam pula.
Ada binaan dari buluh. Macam ada lalu siang tadi.
Cantik pula kat sini.
Kalau perasan siang ada saya singgah barn merah. Rupanya baru perasan di bawah Risda.
Dania bermain dengan kambing biri-biri. Nampak juga kincir angin kat situ. Adakah lepas ni Dania akan lebih berinteraksi dengan haiwan?. Kita tunggu dan lihat....
Belakang Dania tu jerami. Dania dah pernah deal dengan jerami ni masa tanam bayam.
Pokok ni pun cantik bila ada berwarna-warni suluhan lampu.
Ni nak promote tempat Glamping nama Glow di Putrajaya.
Jumpa lagi Meridian ni. Tukang jaga lepaskan. Kuda ni tidak ditunggang tapi dibawa berjalan ya sebab tukang jaga ni kata kalau ditunggang...dia meragam. 😅. Bukan kuda baka tempatan ni. Kuda oversea ni dari Argentina.
Ni lah Iskandar Puteri waktu malam. Saya pilih waktu malam berbanding siang untuk binaan Iskandar Puteri ni.
Ni kat belakang rumah hobbit. Macam mendaki sikit dan sayur ke buah belah kanan tu yang besar....
Ini yang Dania masuk berjurai waktu siang tu. Ni pula waktu malam.
Teringat kawan Dania orang Labuan ya?. Ayuni.....
Ini pula replika Perbadanan Putrajaya.
Gambar kami bertiga.
Di satu sudut di sini.
Bergemerlapan lampu-lampu ni. Macam bintang-bintang di langit.
Saya dan Dania ada masuk sini waktu siang yang Dania bergambar dengan baju sari tu.
Macam ala ala Tanglung di pokok.
Bunga kebangsaan kita.
Bunga orkid dengan pelbagai spesis dan warna untuk dijual.
Sudut bonsai.
Ini bonsai pokok bunga bluebell yang merupakan salah satu bunga dalam produk The Body Shop.
Cantik bunga ni sampai ada 3 warna.
Bunga Heliconia (sepit udang). Saya ada spesis ni di rumah. Sejenis tumbuhan yang beranak-pinak....kalau tak maintain habis semak.
Cantik pula pasu diletak macam ni.
Kami tiga beranak....Dania seronok la tu. Hari sebelumnya demam. Hari selepas tu (hari yang ke Floria) kebah dah. Dania cakap sebab peluh banyak keluar agaknya. 😅
Bagi saya, kalau nak ke Floria baiklah pergi waktu siang sebab nama pun nak tengok bunga-bunga kan. Kalau pergi waktu malam macam kuranglah tengok keindahan bunga tu. Kalau nak tengok lampu boleh la. Kalau nak lagi best boleh cover siang dan malam. Itu pun kalau time tu 1 tiket boleh masuk 2 kali pada hari yang sama ya. Kalau hanya ada satu peluang ajer boleh la tengok bunga pada waktu siang ya. Memang puas hati.
Kali ni 1 tiket boleh masuk siang dan malam jadi memang puas hati saya dan Dania dapat cover 2 jam kat Floria waktu siang dan 1 jam pada waktu malam. Puas jalan. Entah berapa steps agaknya ya...
Siapa lagi yang pergi Royal Floria Putrajaya 2024?.
XOXO,
Ezna
Alahai.. Tak pergi pun kak.. Niat nya nak pergi..tapi tak sampai...
BalasPadamAkak ni memikirkan dekat je Putrajaya dengan tempat akak tinggal ni tu yang singgah.
Padambestnya..cantik2
BalasPadamtapi tu la. x rajin sgt nak gi.. he he.. tgk pic pun ok la.. tq for sharing!
Kalau ada gang memang ok la MA. Pencinta bunga boleh la datang menjenguk.
Padamsyok tu bole masuk siang & malam utk 1 tiket tu ye...cantik pokok color ful tu..kita tk pernh pegi
BalasPadamKalau nak pergi in future kena datang hari biasa Amy. Kalau hari minggu memang penuh.
Padami baru BW ni ezz...semlm memang full day bz keje...anyway nice jugak wpun gmbr waktu mlm
BalasPadamThanks Suzz sebab BW ke blog I.
PadamMy mom sempat pergi Sabtu lepas dengan adik saya. Tapi kiteorang malas sebab jauh 😄 Ingatkan nak pergi lepas tengok acara perbarisan tapi tak sangka waktu tu tiba2 heart rate naik mendadak tu yg terus balik hotel berehat.
BalasPadamYe ke heart rate tinggi Carneyz. Nasib baik la Carneyz balik hotel rehat. Mujur semua ok ya....
PadamBaru tercakap dalam hati, Floria nih kalau siang puas tengok pokok-pokok n bunga..malam puas tengok lampu hihi
BalasPadamExactly. Nak tengok bunga datang la siang. Malam...bunga tak secantik waktu siang. Lampu2 paling cantik waktu malam.
PadamIni tiap tahun kak diadakan? Teringin juga kesana kali sedang event lagi.
BalasPadamView dia di saat malam beda yaa. Tp samaaa cantiknya. Hrs foto pakai kamera night mode.
Wah! Malam lagi lit!
BalasPadamTiap² tahun nak pergi, tapi tak pergi² pun lagi huhu...
BalasPadamBerbaloi kan masuk sini, tengok semua cantik², all out depa hias & set up semua tu 👍
Adik SA ajak pi masa siang...tp SA fikirkan crowd, jammed dan panas..sudahnya x pi..rasa tak sanggup..tgok Ezna share terus rasa menyesal
BalasPadam