Pada 6 September 2024 (jumaat), Dania ada terima 3 call dari Fakulti masa kerja jadi Dania call balik dan pegawai fakulti Dania pun dapat bercakap dengan Dania. Pegawai tu kata kena kembalikan borang pada hari yang sama tapi mana nak sempatnya sebab Dania kerja kan. Akhirnya dokumen kena ready hari isnin.
Esoknya pada 7 September 2024, Dania kerja full (10 pagi - 10 malam) jadi saya la kena sediakan dokumen bagai ni. Pergilah ke Seri Serdang ni sebab kalau fotostat kat sini harga dia murah sikit. By Isnin tu dah boleh submit ke Fakulti dah. Sementara itu, hubby pula pergi solat kat surau berdekatan. Selesai fotostat, ok saya pun nak habiskan masa dekat kedai motor ni.
Kalau di Seri Serdang ni memang kedai motor ni ramai orang la.
Motor yang dipamerkan di luar.
Memang famous agaknya kedai motor ni sebab kalau ke area sini bila kedai motor ni bukak mesti meriah betul parking kat sini.
Pakcik ni sibuk menanya pasal aksesori motor ni.
Motor yang saya tengok ni berkuasa tinggi.
Menyerlah betul motor Ninja warna hijau pucuk pisang ni.
Kotak aksesori yang diletakkan di motor. Hubby pun ada kotak aksesorinya juga untuk motornya.
Kalau tengok kotak berbentuk segiempat ni selalu nampak kat motor-motor besar macam BMW etc...yang motor ride konvoi tu.
Tengok motor je la eh sebab nak habiskan masa. 😅
Smart juga warna hitam ni.
Ni lah motor yang pakcik tadi berminat dengan aksesorinya. Nampak banyak pula pemegang GPS, handphone kat motor ni.
Keseluruhan bentuk motor ni. Ni lagi satu warna yang menyerlah.
Peminat motor memang minat la nak explore motor kat sini. Saya sekadar nak menghabiskan masa je.
XOXO,
Ezna
Cantik motor tu.. boleh la beli satu utk dania.. senang nak gi keje dgn kuliah nanti hihii
BalasPadamDania cuma ada lesen kereta je....motor tak reti bawak. Yg reti ayah dia je.
Padamrajin ezz u snap2 pic motor2 tu hehehe
BalasPadamHaha...mulanya i tunggu depan kedai je. Lepas tu eh eh ramai pulak yang masuk. I pun join la sekali.
PadamEzna takde follow husband join konvoi ride motor ke?
BalasPadamBiasa nampak kalau kat RnR atau gerai2 ramai rider berpasangan berhenti rehat atau makan2. Nampak santai betul mereka tu.
Takde. Saya takut naik motor sebenarnya. Kalau tempat duduk flat ok lagi. Ni husband punya tempat duduk tonggek jadi memang tak la.
Padamdr dulu memang x minat sgt bab motor2 ni.. and x pandai, he he
BalasPadamYa pun jenis tak minat MA tapi cuma nak habiskan masa je. Tengok pun tak berapa nak faham ya. Haha.
PadamWow..Nice semuanya...
BalasPadamNice...harga pun nice juga....
Padamrajin akak masuk kedai motor...saya kalau kena tunggu macam tu lagi rela duduk dalam kereta(kito nyo pemalu)hahaha
BalasPadamKeretanya dah dibawa ke surau Afzan....itulah pasal akak kena tunggu kat depan kedai. Bosan dok berdiri depan kedai sampai akak masuk dalam....kalau ada kereta confirm akak pun dok dalam kereta je la....
PadamDulu mantan boyfriend ada yg suka bawa motor besar macam nih. Saya pernah ikut, tp jujur tak suka. Mau semahal apapun harganya, tetap saja kepanasan dan kehujanan hahahahahah. Lagian duduk pun tak nyaman. Krn tinggi kan.
BalasPadamUntunglah hubby tak ada hobby bermotor besar. Dia pun LBH suka bawa mobil 😄. Jadi saya tak perlu protes saat nikah 😅