Hubby nak mencari earphone. Dah alang-alang nak ambik Dania kat IOI City Mall, pergilah kami selepas Maghrib ke sana.
Niatnya nak ke bahagian kedai IT kat atas tapi kat bahagian tengah ada pameran IT la pulak. Pucuk dicita ulam mendatang namanya.
Belek la satu earphone ni tapi yang ni berharga RM79.
Kat sini ada beberapa jenama juga termasuklah Sony. Earphone Sony ni berharga RM30.
Ada pilihan warna seperti hitam, putih, kelabu, biru dan merah jambu. Kalau pilih yang bluetooth mahal lagi. Kalau biasa macam ni murah sikit.
Close up earphone Sony ni.
Akhirnya pilih earphone Sony ni dan dapat juga warranty selama 1 tahun. Lama juga. Selalunya Warranty 3 bulan atau 6 bulan je kan....
Meriah juga la pameran ni.
Pendek kata barang IT ada la dijual kat sini macam USB ni.
Keyboard logitech.
Jenis wireless earbuds ni mahal la harganya. Lawa la pulak warna purple tu.
Kat tengah ni macam-macam event yang dibuat.
Hubby nak berjalan lagi kat tempat IT tapi saya nak ke sini. Hehe.
Mengintai Dania dalam ni rupanya tengah termenung di balik baju kanak-kanak. Takde orang kat seksyen kanak-kanak. Nak nak dah nak tutup dah pun store ni. Menghampiri jam 10 malam.
Nak balik pula kena check beg. Takut ada kes kecurian.
Lepas tu barulah boleh balik dengan tenang. Kejap je masa berlalu. Next week Dania nak hantar surat berhenti kerja dah. Nak rehat 2 minggu kat rumah sebelum mula semester yang baru.
XOXO,
Ezna
Earbud wireless yg mahal biasa coverage dia lg strong & kalo on call tu suara kita lg clear & xde sangkut2. I wish I can have that one day..Skrg mampu masuk dlm wishlist aje dulu sbb nk kena fokus ke Melaka this weekend & company trip =D
BalasPadamMoga ada rezeki beli earbuds ya. Company trip lahi la best tu.
PadamTak mahal sgt ye earphones Sony tu, ada warranty lagi 👍
BalasPadamBulan 10 nanti naik sem baru ye Ezna? Anak jiran UIA dengarnya cuti sampai bulan 10
Dah la Sony lepas tu warranty 1 tahun. Memang menarik la kan....Dania masuk 14 Oktober 2024 nanti untuk sem baru PH. Tu yg nak rehat rumah bulan Oktober tu. Last kerja September 30. UIA masuk awal seminggu rasanya.
Padamsekejap je rasa..harap Pia besar nanti pun rajin macam kakak Dania,walau cuti sekejap tetap nak berdikari cari pengalaman kerja
BalasPadamAda kelebihan juga jika bekerja ni. Boleh mantapkan skill komunikasi. Buat anak yang senyap boleh cabar diri juga macam Dania ni.
Padamwahh dh nak abih yer temph bekerja dania tu...all the best utk new sem nanti...zharfan pun dh siap register utk mahallah (hostel)
BalasPadamWahhh dah daftar dah ya Suzz?. Yayyyy dekat dah dengan you akhirnya. Dania kata nak rehat la. Jadilah 2 minggu rehat.
PadamDulu2 suka merayau dekat Low Yat cari gajet2 mcm ni. Sekarang dah kurang sikit tapi still minat jugak bila ada gajet baru 😄
BalasPadamOh Low Yat tu macam2 kan Carneyz. Kadang2 kami mencari juga kat Low Yat ni.
PadamMA suka lagi pakai earphone ni dr earbud......lagi senang kot..
BalasPadamTu la hubby pun prefer earphone. Nak kena beli sebab dah rosak dah earphone sebelum ni.
Padamsekejap je rasenya dania kerja...
BalasPadamrehat2 dulu sebelum memulakan sem baru...
2 bulan la lebih kurang. Kejap je masa ni berlalu. Dah nak mula sem baru pulak.
Padamammi pakai earbuds itu pun sebab dapat free masa beli phone. Kalau nak beli sendiri memg taklah
BalasPadamWahhhh kalau akak le dapat earbuds tu memang guna la kan....harga earbuds ni mahal berbanding earphone.
Padamkt umh yg suka guna earphone husband & tisya..kita tk suka
BalasPadamAnak laki akak je pakai earbuds tu. Lagipun dia jenis teliti dan jaga barang. Yang lain pakai earphone je.. boleh beli murah².
BalasPadamTp yg JBL itu tahan lama kak. JD sebenarnya worth it lah nak pakai. Saya belikan utk Raka yg wireless JBL, dan masih bagus sampai skr, dah 3 rasanya. Anak saya pula pakai head phone Jbl yg model besar . Itu juga awet sangat.
BalasPadam