Isnin, September 2

MC pula…

Pada pagi 27 Ogos 2024 tu, pagi lagi kami dah keluar rumah sebab Dania kerja syif pagi. Breakfast dulu di Haura Cafe dalam UPM. Ternampak ada orang bawa bendera dalam UPM ni. Mungkin staff atau student UPM la kot. 


Lepas tu dalam persimpangan nak ke tempat kerja Dania kata nak rehat sebabnya dari malam sebelumnya dah rasa seram sejuk. Tekak pun sakit. Terus ke persimpangan nak ke rumah. Kemudian, hubby balik rumah dan saya dan Dania ke UPM. Dania dah siap uniform kerja dah ni. Masuk sebelum jam 10 pagi. 


Tadi makan dalam UPM lepas tu balik, datang masuk UPM lagi. Rumah dekat jadi ok je ulang alik. 


Ok tiba dah Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Gunakan kemudahan yang ada. 


Dr yang merawat Dania pun siap berborak lagi. Dania kata friendly dan motherly sangat. Tanya asasi kat mana, kursus apa, kerja kat mana....Dania bila Dr tanya kerja kat mana...tunjuk je landyard yang Dania pakai. Kat UPM hanya ada student asasi je jadi PKU ni lengang la juga. 


Dania dapat la MC. Sebelum ke PKU dah siap2 whatsapp kata Dania tak sihat kat group whatsapp F.O.S. tu siap ada yang ingatkan supaya bawa sijil sakit nanti bila kerja. Dulu pun masa lepas SPM ada sekali Dania MC juga dan kat slip gaji Dania ada tertera F.O.S. bayar jika MC ni. Lately ni Dania kata ramai orang ke F.O.S. berbanding sebelum ni. Mungkin sebab ada Floria kat Putrajaya. Peak tu time malam. Bekerja keras sangat anak ummi ya. Hari ni Dania MC...esoknya ada seorang staff pula MC. Ummi kata ada berborak ke dengan dia?. Dania kata ada. Berjangkit dengan Dania agaknya....😅

Dania MC 27 Ogos....28 Ogos pula off day Dania. Penyudahnya 2 hari Dania dapat berehat. Alhamdulilah. 





XOXO,
Ezna

16 ulasan:

  1. rindunya UPM... dlu di PK ni la sy buat medical check up masa matrix, terpaksa buat di upm sbb offer letter x sampai-sampai tapi nak jugak register awal... harapnya dania dah sembuh la sekarang ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau masuk UPM ni yang senangnya medical check up buat di PKU ya mim. Jadi, kalau Dania sakit bila cuti semester pun nak ambik ubat kat sini je sebab dah tak payah bayar dah sebab pelajar UPM.

      Padam
    2. ya.. rajin x rajin je nk ke pk tu... dlu sy kalau dh teruk sgt br ke sana... kalau x ambik panadol je... sbb dlu sy stay di kolej cancelor jauh jugak nk menapak naik atas bukit nk ke pk... hehehe

      Padam
  2. take care dania! i pun runny nose ni. berjangkit dgn mr hubby..hrp2 tak melarat la sbb esok i kena jd trainer kat subang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Aunty Suzi. I pula fasa running nose dah berlalu. Sekarang ni dok batuk-batuk. Tak selesa betul la. Hopefully semua smooth untuk you jadi trainer nanti.

      Padam
  3. Balasan
    1. Ya....alhamdulilah. Kebetulan MC sehari sebelum off day. Boleh la rehat 2 hari terus.

      Padam
  4. Alhamdulillah kemudahan yg ada jgn disia2 kan.. Semoga cepat sihat si Dania.. Ada surat mc mmg dibayar gaji.. lagi2 kalau bukan jenis buat hal.. mmg ok je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah anak ni kerja rajin sangat kot. Sesekali allah nak bagi rehat. Lega dah sembuh dah dia.

      Padam
  5. Musim skrg ni sis...Sy pun bln 8 dah 3 hari MC..Ini pun batuk x baik2 lg =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lamanya batuk tu....Sis pun sebelum ni badan panas, sakit tekak, selsema pula dah sembuh datang pula batuk-batuk. Moga cepat la sembuh batuk kita ni ya....

      Padam
  6. ammi ke KK haritu sangat friendly doctornya...siap ajak borak lagi. ammi yg risau sbb masa ammi masuk bilik ramai lagi patient kat luar bilik dia.

    BalasPadam
  7. kita mc arini...vkend ngadap report..berdenyut2 pale+ period pain...actually blk dr penang workshop lg tkde rest tu yg lemah rasa

    BalasPadam
  8. Lagi banyak sakit yaaa... 😔. Tapi yg saya kuatirkan monkey pox ini. Sebab di bandara2 pun dah ketat sangat diawasi.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Penjara Wanita Kajang?

Untuk pengetahuan semua, Penjara Wanita Kajang ada menyediakan produk sejuk beku yang dibuat oleh banduan wanita di Penjara Wanita Kajang.  ...