Selesai breakfast dan menghantar Dania ke ICM, saya pun menuju ke rumah.
Dah masuk pintu ni saya pun beredar.
Saya ada bagitau hubby ada ceramah Ustazah Asma' Harun kat Masjid Hijau Bangi. Kalau Masjid Hasanah ni memang saya panggil Masjid Hijau. Bila balik rumah tengok jam banyak lagi masa kalau nak pergi memang sempat jadi saya siap la gosok jubah saya.
Kuliah Dhuha ni bertajuk Al-Quran penyejuk hati, penghapus kesedihan.
Setibanya kat Masjid Al Hasanah ni majlis baru bermula.
Memang ramai muslimat yang datang.
Saya lebih suka mencatat di dalam buku nota.
Masa ni saya mengurut bahu orang sebelah saya. Ustazah nak bagi tak mengantuk agaknya. Muda lagi orang sebelah saya ni dalam 30an.
Ini pula saya mengurut pinggang makcik sebelah saya. Yg tak bestnya makcik sebelah saya ni tak urut pun bahu saya. Dia sibuk menulis je. Macam tak adil je saya mengurut pinggang makcik ni 😅. Akhirnya yang adik umur 30an tu bila nampak makcik tu tak mengurut saya....dia ambil inisiatif mengurut saya. Terima kasih.
Diantara intipati ceramah Ustazah ni ialah mengenai kisah sepasang suami isteri ni. Suaminya hafiz dan isterinya hafizah. Suaminya memang selalu ke surau/masjid dan mengajar mengaji anak-anak di kariahnya. Bila ustaz ni meninggal....anaknya ada 7 orang dan isterinya pula surirumah. Nak dijadikan cerita....kesemua anaknya 7 orang ada yang taja sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Si isteri pula ditaja untuk menunaikan haji dengan pakej RM80000.
Ustazah kata allah menjaga keluarga yang ditinggalkan itu dengan asbab istiqamah membaca al Quran. Inspiring betul cerita ni. Al Quran ialah penyejuk hati dan penghapus kesedihan. Jika serabut dan ada kekalutan....baca Al-Quran. Ada jawapan kepada persoalan kita nanti. Kesedihan akan cepat berlalu.
Al Quran akan datang pada hari kiamat kepada sahabat Al-Quran. Kita sebagai ibu bapa digalakkan untuk mengajar anak Al Quran kerana bila anak itu membaca Al-Quran....pahala akan mengalir kepada kita juga. Ibu dan ayah Ustazah mengajar sendiri Al Quran kepada 10 beradik Ustazah sehingga khatam. Bapa Ustazah seorang ahli perniagaan dan ibu Ustazah guru subjek Sains Tulen sekolah.
Jika kita di surau/masjid, ada yang baca Al Quran melalui handphone tapi lebih afdal jika membaca menggunakan Al-Quran sebab pandang, pegang dan baca Al Quran akan mendapat pahala.
Ustazah pun ada kongsikan ayat ni. Jika ada kehilangan atau ditimpa musibah seperti kehilangan orang tersayang, barang etc....boleh amalkan ayat ini dan yakin allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Sebelum tu kita kena redha dengan apa yang berlaku.
Saya ada share ayat ni kepada seorang junior saya masa belajar sebab beliau kehilangan isteri tersayang disebabkan kanser ovari. Anaknya yang sulung baru nak nak masuk UITM, anak kedua nak ambil SPM tahun ni dan anak ketiga baru nak masuk Tingkatan 1. Menurut kata seorang kawan saya yang satu batch dengan beliau.....beliau memang rapat dengan isterinya.....kehilangan pasti terasa kan....kehilangan belahan jiwa....ada satu ayat beliau....'doakan aku redha dan ikhlas ya'. Sedih pula saya....hidup perlu diteruskan.
Selesai ceramah ada jamuan disediakan. Teh O dan nasi lemak. Ambil ala kadar je.
Boleh pulak masa duduk bersimpuh tengah makan terjumpa sepupu papa saya Aunty Nelly ni.
Semua tengah sibuk ambil makanan. Saya awal-awal lagi dah ambik. Hehe. Nak elakkan traffic jam tu.
Masa saya lalu lepas makan nak ambik gambar juadah....dah tinggal macam ni dah.
Mungkin masjid ni dipanggil masjid hijau disebabkan kubah dan bumbung ni berwarna hijau.
Nak keluar parking ya ampun....jam dan hampir tak bergerak kereta. Takde orang yang jaga parking / Rela time ustazah selebriti bagi ceramah. Berapa lama saya kat tempat parking. Give up terus.
Singgah la cafe dalam masjid ni. Ada Media Rasmi UAH la. (Ustazah Asma' Harun).
Saya beli kat cafe kecil ni la. Nak habiskan masa nak keluar parking pun payah.
Ada beberapa muslimat juga dilihat makan kat sini.
Saya order air ni. Macam air detox je. Ada pudina, lemon....
Sorang-sorang je kat sini.
Tak dapat bergambar dengan Ustazah Asma' Harun, dengan produksi media rasmi beliau pun on. Bagi saya yang dah 2 kali menghadiri ceramah Ustazah Asma' Harun ni....2 kali juga takde sesi ambik gambar dengan mereka yang datang ceramah. Pasti alasannya ada program selepas ini dan kena tiba ke program selepas itu jam sekian-sekian. Mungkin Ustazah ada alasan tersendiri. Tak nak beramai-ramai....ye lah kena serbu ramai-ramai tu zaman sekarang ni kena berhati-hati juga takut terkena penyakit ke apa ke....dah namanya Ustazah selebriti pastinya sibuk kan.
Lepas tu saya ke kereta, hmmmm masih juga slow moving. Dalam 20 minit juga nak keluar dari masjid ni pun. Lain kali kena parking hujung2 nak ke gate keluar baru ok kot. Idak stuck la dalam ni ya. 😅. Sekurang-kurangnya saya ok lagi cuma nak balik rumah. Ada yang nak ambik anak balik sekolah.....
Moga apa yang dikongsikan tentang ceramah Ustazah Asma' Harun di sini dapat memberi manfaat ya. Kalau ada masa yang terluang boleh ke majlis ilmu untuk memberi makanan kepada 'jiwa' kita. Insya-Allah.
***Pada 12 tengah malam ni.....(13 Sep 2023) keputusan final exam Dania untuk Sem 2 akan diumumkan. Dari pagi lagi dok berdebar tak habis lagi ni. 😩. Dania kerja sampai jam 10 malam ni. Dania pun cakap ummi jangan la cakap camtu. Mana taknya dari semalam saya dah tanya esok berapa haribulan? 😅. Dania pun berdebar tu.....
XOXO,
Ezna
ramai yg hadir kuliah dhuha ustazah asma tu penuh ruang masjid...alquran penyejuk hati..cantik tulisan nota...tq for sharing intipati kuliah
BalasPadamYou are welcome Amy. Ramai yang datang sampai sesak nak keluar parking.
PadamWow..Nice...Note is good for ourself & utk sharing bila perlu =D
BalasPadamAlhamdulillah... ramai yang hadir dengar ceramah. Pengisiannya pun sangat mendalam. Ustazah Asma' Harun ni company saya pernah jemput bagi ceramah satu masa dulu, memang suka dengar ceramah dia.
BalasPadamFirst time saya tengok dekat masjid ada kafe yang menarik 😃
alhamdulillah..ramai yg hadir & perkongsian nya..menarik sungguh kan.. tq for sharing kat sini...
BalasPadamwah...suspen, in sya Allah, moga result Dania cemerlang..aamiin...
bagusnya u attend kuliah gini ezz...i pun nak start jugak slow2 attend kuliah2/ceramah sbb masjid kat my area ni memang selalu ada aktiviti gini esp on weekends..anyway all the best utk dania. i doakan dania dpt dean's list. aamiin!
BalasPadamLama sungguh saya tak hadir kuliah fizikal. Teringin jugak.
BalasPadamMemang bagusnya menulis nota, nanti lebih mudah faham dan ingat.
Harapnya next time ada laa Rela jaga jalan, kesian susah orang nak keluar.
Masjid ni dulu selalu jadi tempat lepak saya sementara tunggu suami kerja. Selesa. Tapi masa tu tak perasan pulak ada kafe.
Semoga Dania dapat keputusan cemerlang.
Alhamdulillah best nya dapat attend kuliah Ustazah Asma.
BalasPadamMoga Dania cemerlang dalam exam nya, Aamiin
Seronok kan menghabiskan masa lapang dengan aktiviti gini, santai sambil menambah ilmu....
BalasPadamLinda dah lama tak pergi yang fizikal.. Dengar yang online je
BalasPadamTerima kasih atas perkongsiannya Ezna.
BalasPadamCantik tulisan tu. Cikgu baca pun seronok, satu².
Memang lah tiap kali sedih, lalu membaca Alquran, terasa hati JD lebih tenang. Krn itu saya pun usahakan utk selalu membaca walo hanya 1 lembar asal setiap hari. Bagaimanapun, Alquran ini juga yg menjadi teman kita di alam kubur nanti.
BalasPadamThank you sharingnya kak ezna. Saya pun hrs sering2 membaca yg seperti ini supaya tetap Istiqomah
ok i dh abih BW semua ur entries ;) sbb seminggu tak BW masa i gi cuti2 UK tu
BalasPadam