Rabu, September 25

Flora Cinta

Terjatuh cinta pula sebenarnya dengan design berbunga ni. Aduhhh manisnya. Pembelian ni kat Heejab.my 

Masa beli tu ada promosi. Kalau beli 2 hijab satu hijab akan berharga RM25. Saya ada beli 2 hijab untuk Dania dan saya. Lunalook Emily ni hijab untuk Dania untuk dipadankan dengan kain shantung berwarna rose gold. Bila tengok bunga kat hijab ni ada warna orange tu saya rasa ok...padan la dengan kain Dania tu. Design dia kat tepi ajer sebab Dania ni dia suka design yang clean tak nak bunga banyak sangat. Kalau saya, bunga lagi banyak...saya lagi suka sebab rasa sweet. 

Credit : Heejab.my

Ini pula saya punya hijab berwarna ungu dari Lunalook Bloom. Kalau beli sehelai harganya RM29. Ini pula saya akan gandingkan dengan kain shantung berwarna ungu lembut. Kain tu tak buat baju kurung lagi. Buat pembelian dengan personal shopper yang beli direct kat Bangkok, Thailand. 

Credit : Heejab.my

 Ada kain baru, nak kena pair pulak dengan hijab warna senada. Hehe...





XOXO,
Ezna

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Nampak Amy pakai yang corak floral ni pun nampak sweet je.

      Padam
  2. Baju baru, kena ada tudung baru.. Tak boleh pakai tudung lama.. Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni lah masalahnya Linda. Nampaknya kena gandingkan juga tudung ni dengan baju2 yang lama.

      Padam
  3. Cantik dua² design tu, sweet je...
    Tak sabar pulak nak tengok tudung dan baju digandingkan nanti :)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Ya kalau peminat bunga memang suka sangat design ni Mulan.

      Padam
  5. tudung dr lunalook bloom ni semua cantik2...kan? MA beli 2 hari tu, ni tgk ada design baru lagi..cantik2 jugak..alaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena beli lagi tu MA. Ya berkenan la dengan design dia.

      Padam
  6. nice n sweet la ezz design gini. sesuai sgt tu utk u ;)

    BalasPadam
  7. cantik, soft nampak design macam ni kan :)

    BalasPadam
  8. mmg lawa, tapi ammi tak pandai pakai tudung camni

    BalasPadam
  9. Sweet memang. Tapi skr ini saya lagi banyak beli hijab polos. Soalnya kebanyakan hijab di rumah bermotif semua 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...