Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, December 31

Selepas berbasikal kita pekena kambing | House of Kambing

Semenjak dua menjak ni dah mula beraktiviti sihat samada berbasikal atau berjalan kaki. Selalunya buat weekend atau lepas hantar Dania ke sekolah. Mula la cari port nak berbasikal. Nak dijadikan cerita ada sekali tu berbasikal di tepi tasik di Cyberjaya Perdana Lakeview East sehingga ke Ayer 8, Putrajaya. Kami tak berbasikal di jalan besar ye cuma tepi tasik je. Kebetulan kat sini tembusnya ke Ayer 8. Fuhhh penat sungguh oiii. Boleh tahan la bagi saya ni haa....lepas tu lalu tepi tasik ni kena la bawak sekali basikal menuju ke restoran Ore Kampung Ayer 8 tu untuk breakfast. Parking la basikal depan restoran ni ha.... 

Nasib baik pakai topi. Panas ya amat la....


Kena cari tempat depan2 je sebab nak tengok basikal tu. Dah cakap dalam hati suruh hubby ambik je kat sini. Tak larat dah nak patah balik naik basikal dari Ayer 8 ni ke Cyberjaya. 


Lepas breakfast, ok la kayuh pelan-pelan la....semangat balik nak berbasikal. Berlatarbelakang Masjid Besi, Putrajaya. 


Berhenti jugak kat jambatan tak siap ni. 


Ni gambar depan jambatan. Hairan kenapa tak sambung ye?. 


Hooray dah tiba kat Cyberjaya dah. 


Beli aiskrim kat ane bawak motor aiskrim Nestle. Panas-panas makan aiskrim nikmat betul. 


Alhamdulilah muat 2 basikal lipat dan 1 basikal road bike. Road bike tu kena bukak tayar depan dia nak masukkan dalam kereta. 


Haaa tudia....2 seat sebelah Dania utilised jadi tempat letak basikal. 


Kat sinilah tempat mula kami berbasikal di Cyberjaya. Ni pintu masuknya. Ada juga scooter dan basikal untuk disewa kat sini. Cantik tau permandangan kat sini. 


Ni lah permandangan tepi tasik kalau berbasikal kat sini. 


Parking tepi jalan je ni tapi memang ada space pun. Tepi ni ada line putih sepanjang jalan. 


Kami menuju ke Maeps pulak untuk lunch. Ke mana agaknya?

Tepi tempat kami parking ada nampak kambing sebelah pagar dawai. Kambing tu makan pelepah kelapa ni. Nampak susah je dia makan sebab pelepah tu kat pagar sebelah kami. Saya suruh Dania balingkan pelepah kelapa tu kat sebelah. Tengok apa Dania buat?? Hehe.


Apa menu pilihan kami? 

Air sejuk pilihan kami. Fuhhh cuaca sangat panas ni. Saya order air soda yang ada limau nipis, lemon dan pudina. Rasa refreshing sangat. 


Dania order ayam bakar tak silap saya (mana mau kambing...tapi makan juga sikit2) dan hubby dengan nasi dengan sup kambing. Dah house of kambing kan?. Saya makan kambing goreng yang ada fries ajer. Nak makan nasi tak lalu dah tapi suap juga sesudu dua nasi hubby tu dengan hirup sup kambing. Rasa kambing goreng saya tu sedap. Rasa rangup di luar. Saya makan dengan sos cili. 


Ramai juga yang makan kat sini. Mostly family la. 


House of Kambing anyone?.....


House of Kambing ni 2 tingkat you....

Alamat : Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor. 


 Teringin kambing? Boleh la ke sini ye....



XOXO,
Ezna


5 comments:

  1. Wahhh best nya buat aktiviti mcm nie dengan keluarga. Teringin juga berbasikal satu family keliling kawasan2 cantik. Tp tulah, masing2 busy. Masa baca House of Kambing dekat tittle tu ingatkan dekat Johor. Rupanya area Kajang. First time dgr nama kedai makan tu. Nanti boleh cuba makan situ

    ReplyDelete
  2. aktiviti ni nampak fun sangat. especially kalau dapat berbasikal satu family. los tu boleh pg makan2 mmg syok

    ReplyDelete
  3. Pakai kereta apa boleh muat banyak basikal ni

    ReplyDelete