Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, November 7

Picnic Birthday | Surprise buat Dania

Pada birthday Dania ke 17 tahun ni nak buat something special sikit sebab sweet '17' kan. Jadi kita buat yang sweet ajer. 

Bila type picnic birthday keluar few la kat IG tu tapi paling menarik bagi saya @glamsurprisebyse sebab dah sedia tertera harga semua pakej dan IG dia nampak kemas. Ingat nak buat outdoor picnic sebab nak kelainan tapi Syahira Ilyana ni tak buat pulak outdoor sebab katanya zaman pandemik ni dia tak nak interact dengan ramai orang kat luar jadi indoor lebih selamat. Saya pun fikir la nak buat kat bilik hotel ke....survey punya survey ada yang berdekatan iaitu di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Harga pun ok dengan bilik Saya macam nak kat La Meridien sebelah IOI City Mall tu je tapi hubby kata tak macam bercuti je sebab dekat bandar. 😅

Birthday Dania ni hari ahad jadi plan hari ahad nak check in. Kebetulan ingatkan minggu 8 November 2021 Dania tak sekolah sebab bergilir minggu sebelum tu tapi sekolah Dania kata bukak dan takde penggiliran lagi jadinya dah booked bilik kita teruskan ajer cuma hari sekolah tu kena bertolak dari Cyberjaya la. Which dalam 25km. Hehe.....cari pasal je kan?. 

Hari kejadian tu jam 12pm, dah plan nak ambik kek yang ditempah kat Rumah Kueh Kak Zu. Ini pilihan ketiga ni patutnya nak order tower kek roti jala. Dah dia balik kampung pulak. Lepas tu nak order dengan cikgu sekolah rendah Dania dulu....nak bercuti ke Terengganu pulak...so rezeki Rumah Kueh Kak Zu lah. 

Kek yang ditempah Victoria Sandwich Cake yang sedap. Deko yang simple ajer takde fancy apa pun tapi rasa sangat sedap ye...Kak Zu bukan buat kek ajer tapi kuih muih melayu pun ada. Sedap2 juga. 


Finger food iringan, lotus biscoff tart, cream horn dan apple strudle. Ada lagi tapi kat dalam pinggan ini dulu la. Nak tambah ada lagi. Ni pun dari Rumah Kueh Kak Zu. 


Masa nak check in ke sini, Dania dah siap semua baju sekolah, buku2 sekolah. Hehe. Orang nak bercuti dia nak ke sekolah ye?....

Tiba ajer dekat bilik resort, dah nampak belon berwarna ungu dan merah jambu ni tapi Dania tak perasan lagi sehinggalah dia kata oh ada kat luar tu. Saya suruh Syahira set up kat balkoni sebab nampak dalam gambar besar balkoni dia. Elok je Syahira keluar, kami masuk. Suruh Syahira set up dulu sebab nak surprise kan Dania. 

Ambil dulu gambar birthday girl yang kena paksa pakai dress sebab kata nak ambik gambar dan picnic. Hehe. 


Picnic untuk family kecik kami ajer untuk kenang-kenangan. 


Guna smart function tapak tangan untuk ambik gambar ni. Satu family pakai party hat. Hehe. 


Gambar Dania lagi. Saya suka gambar yang ni. 


Ummi dan Dania anak yang mendengar kata....


Ummi dan ayah Dania. 


Memang cantik la balkoni ni mengadap taman. 


Dress yang Dania pakai ni berwarna pastel hijau jadi kena la dengan tema pastel ungu dan merah jambu ni. Kena juga dengan tuan punya diri yang tak lasak sangat ni. 😊


Ini gambar dari Syahira. Luas balkoni ni boleh muat dalam 10 orang kot kalau buat picnic kat sini. 

Set up di atas meja kami mengikut warna tema. 


Memang manis sangat deko daripada @glamsurprisebyse


Nak dijadikan cerita, sekarang ni kan phone penting sebab nak scan MySejahtera. Apatah lagi nak check in Cyberview Resort & Spa ni kena tunjuk sijil vaksinasi....7 November sebelum kami keluar rumah tu...phone hubby terjatuh. Habis hitam screen. Tak dapat diselamatkan dah. Nasib baik ada back up phone lain tapinya phone lain tu tak cukup memori. Hanya boleh masukkan MySejahtera je. Whatsapp tak boleh. Terus kena plan yang lain kan?. Kena slot in nak beli phone pulak. Nak cari bluecube dan nak makan kat Serai. Tempat favourite kalau nak celebrate apa2. Jadinya kami plan nak ke Paradigm Mall sebab kat sini ada bluecube dan Serai. Kami singgah balik rumah dulu nak hantar kek sebab peti ais kat Cyberview kecik ajer. Jadi siap solat Maghrib semua baru bertolak ke Paradigm Mall pulak. Saya kata bercuti tapi boleh balik rumah lagi. Hehe....

Ni yang kami order dekat Serai. 

Sang Har Ying Yong saya dan Dania. 


Hubby order mee kari. Nak order mee mamak dah habis. 


Hubby pun dapat la tukar phone lama kepada yang baru. Alhamdulilah. Ambil pakej Celcom yang Zero Upfront jadi kena kontrak 2 tahun je la. Jadilah...phone kan penting sekarang ni. 

Sementara hubby settle kat Celcom Bluecube tu...saya dan Dania ke Serai dulu order apa yang patut sebab jam pun dah 9 malam. Hubby datang, order pun dah sampai. In fact yang hubby order sampai dulu. 


Gambar birthday girl. Time ni dia tak keluar lagi lihat dunia 17 tahun yang lalu sebab Dania keluar 7 November 2004, 10.27 malam (Time kat Serai ni 9 lebih). Lagi seminggu nak raya aidilfitri. Dr yang bius ummi baru balik solat terawih kena on call. Masa Dr tengah keluarkan Dania boleh dengar Dr berborak dengan yang lain balik kampung mana?....😂. Dania keluar ikut tingkap. 


Esok, gelap2 lagi dah keluar nak ke sekolah. Nampak baju Dania warna putih pulak padehal warna biru. Pencahayaan nampak seakan warna putih pulak. 


Ummi dan ayah doakan yang terbaik untuk Dania. Berjaya dengan cemerlang di dalam SPM 2021 (SPM tahun 2021 akan berlangsung pada tahun 2022) dan dengan keputusan SPM itu dapat tunaikan impian Dania. Teruskan jadi anak yang baik dan mendengar kata, tak tinggal baca Al Quran dan solat di awal waktu dan buat baik dengan semua orang. Ummi doakan Dania disayangi dan disenangi oleh semua makhluk kat bumi ini. Dimurahkan rezeki seluas buih di lautan dan dikurniakan jodoh yang baik juga dilindungi Allah selalu....Aamiin....

Cikgu kaunseling Dania share ayat ni....
"Bukan kejar A+ tapi ilmu. A+ akan datang sendiri jika kita cintakan ilmu". 




***Cepatnya anak ummi dah besar....😭

XOXO,
Ezna







13 comments:

  1. Selamat Hari Jadi Dania.
    Lama plak rasanya tak pergi lepak makan-makan kat Cyberview tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah selalu kat sini buat review untuk puasa.

      Delete
  2. Happy Birthday Dania! Semoga menjadi wanita solehah, pelajar cemerlang dan dipermudah urusan dunia akhirat. Mama Dania juga selamat memperingati hari melahirkan Dania! The best parent ever!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sweet la doa Ruby. Terima kasih banyak2. Aamiin. Moga doa ini berbalik kepada Ruby dan keluarga juga terutama anak2 Ruby!.

      Delete
  3. wah seronoknya. meriah birthday! apa2 pun selamat hari jadi dania.

    ReplyDelete
  4. Konsep Picnin birthday ni dah makin popular sekarang ni hehehehe memang best lah selamat hari jadi moga jadi anak terbaik tuk mak ayah ok ..

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Dania..
    Alaa comel laaa Mama buat celebrate gini.. nak gak laa survey kat JB cari macam ni, untuk besday sendiri hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surprise yang anak tak sangka. Alhamdulilah....sis lin.

      Delete
  6. seronok dania... tema yg dibawakan pun mmg best.. makanan pun nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan yag finger food ajer sebab tengahari dah makan yang berat.

      Delete
  7. cute sgt besday deko tu
    happy besday dania...moga dimakbulkan segala doa, hajat, impian dan cita2..aamiin

    ReplyDelete