Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, May 3

Hadiah Hari Ibu dan Hari Lahir

Hari lahir adik saya kena pulak time kita kena penjarakan sosial. Payah juga nak cari hadiah time ni kan?. Nak pergi shopping mall pun kalau mereka buka pun risau juga kalau kena bersesak-sesak. Kebetulan saya ni member The Body Shop Malaysia. Ada pulak promo hari ibu. Jadi saya pun belek la apa yang patut. 

Ni ha promo kat website https://www.thebodyshop.com.my/ Asal buka phone, promo ni pun menari-nari. Wajib la mengintai kat website ni. 😉😉😉. Ni promo Mother's Day Gift Set. 


Credit : The Body Shop Malaysia

Saya tengok la promo yang ada, ada range dari Strawberry, British Rose, White Musk dan banyak lagi wangian. 


Credit : The Body Shop Malaysia

Bila tengok satu-satu, yang paling menarik minat saya ialah range dari British Rose. Pernah tak you alls bau British Rose Body Shop?. Bau dia sangat menepati citarasa saya sebab wangi sangat. Saya kalau nak cari hadiah adik-adik saya ni mesti nak cari hadiah yang saya akan suka kalau saya dapat hadiahnya. 

Credit : The Body Shop Malaysia

Inilah set British Rose yang menarik hati saya ni. Apa yang ada dalam set Mother's Day ini ialah :

  • British Rose Shower Gel 250ml
  • British Rose Body Yogurt 200ml
  • British Rose Soap 100gl
  • British Rose Hand Cream 30ml
  • Pink Bath Lily made with recycled plastic
  • Enriched with the essence of Community Trade roses handpicked in England

Bauan bunga ros tu dari bunga ros yang dipetik dari England. Kotak berwarna merah jambu siap ribbon ni dah cantik sangat kalau nak bagi hadiah kan?. 

Credit : The Body Shop Malaysia

Ok selamat dah beli gift set ni. Hadiah Mother's Day ini pula akan dihantar kepada penerima pada 10 Mei 2020 sempena Hari Ibu. Pembelian mesti dibuat pada atau sebelum 5 Mei 2020. Tarikh hari lahir adik saya ialah pada 20 Mei 2020. Takpe lah hadiah tiba awal pun. Sekarang ni macam tak boleh nak agak bila akan sampai barangnya sebab selalunya barang akan tiba lewat daripada sepatutnya. Poslaju dah tak laju macam biasa dah. Mau dekat seminggu juga lah nak tunggu barang kan?. 

Harapan saya agar adik saya akan sukalah dapat hadiah ni dari kakaknya.....moga selamatlah tiba hadiahnya seperti yang dijanjikan The Body Shop Malaysia pada 10 Mei 2020. 

Kalau you alls minat nak bagi hadiah Hari Ibu boleh la ke website The Body Shop Malaysia ye?. 

10 comments:

  1. lama tk singgah bodyshop...menarik nmpknya set2 gift tu...pasti penerima tersenyum bila dpt..tq for sharing

    ReplyDelete
  2. Ooo tak pernah plak beli BodyShop guna online..nanti nak try laaa...selamat hari lahir buat adiknya...tahun ni pun anak Sis 2 orang sambut besday time PKP gak ...

    ReplyDelete
  3. lama sungguh aida x guna produk bodyshop.
    last time memang ni la perfume brand aida.
    time belajar di KL. white musk and another one, tak inga dah, ezna.

    ReplyDelete
  4. hampir terlupa mothers day ni. thanks ingatkan. sempat lagi nak beli mother gift ni.

    ReplyDelete
  5. Waaa dah ada promo hari ibu kat BodyShop. Tak sedar2 dah hari special nak mendatang. Siap warna pink sedondon lagi! Comel!

    ReplyDelete
  6. i nak jadi adik u boleh ahahahahah....tapi i suka produk body shop..semua kena dengan citarasa i hehehe

    ReplyDelete
  7. Body shop bau die best, bestnya jd adik u

    ReplyDelete
  8. Wow menarik betul lah set ni! Thanks for sharing sebab rasa mcm nak beli jugak!

    ReplyDelete
  9. bestnya dapat shopping macam ni. body shop pun memang produk yang diyakini kan

    ReplyDelete
  10. eh thebodyshop ada promosi lah. ni mahu saya beli bukan untuk hari ibu mahu beli untuk diri sendiri.sejenis mudah tergoda dengan produk macam ni

    ReplyDelete