Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, November 11

Malaysian Earth Science Olympiad

Bertempat di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya pada 19 Oktober 2019, diadakan exam Malaysian Earth Science Olympiad (MYESO). Pagi-pagi lagi dah ke Universiti Malaya. Makan dulu kat cafe Universiti kemudian drop kan Dania kat Dewan Kuliah Utama, Pusat Asasi Sains. Selesai ajer daftar boleh la ummi dan ayah balik. 

Kalau nak tahu MYESO ni adalah exam dengan soalan seperti :

1. Geology
2. Geophysics
3. Hydrosphere
4. Astronomy
5. Meteorology

Adalah reading material yang kena baca disediakan online tapi kalau baca lebih daripada itupun lagi bagus. Ada 30 soalan objektif dan 3 soalan subjektif. Exam ni diadakan seminggu lepas habis PT3. Kena bayar fees RM35 untuk menduduki peperiksaan ini. Subject yang cover dalam exam ni agak advance la untuk Dania. Tengok la subjek 1-5 tu. 

Ardent Educational Sdn Bhd yang buat exam ni juga ada buat exam Kangaroo Maths. Dania pernah la ambik exam Kangaroo Maths ni masa sekolah rendah. 

Dari semua yang ambil bahagian dalam exam ni, 10% akan mendapat award gold, 20% akan mendapat award silver, 20% akan mendapat award bronze dan 50% lagi akan mendapat sijil participation. Ada 214 pelajar yang menduduki peperiksaan ni di bawah kategori menengah rendah umur 13-15 tahun. 

Dari 10% yang mendapat award gold akan training dengan lecturer Universiti Malaya yang kemudiannya akan pilih 4 orang pelajar untuk wakil Malaysia ke pertandingan Earth Science Olympiad di Rusia tahun 2020. 

Ambik gambar dulu kat banner ni. 



Seronok pulak ayah Dania tengok ni sebab mengingatkan pada cita-cita yang tak kesampaian. Kalau dapat kena fly la ke Jepun selepas SPM. 


Okay ni Dania tengah beratur nak daftar ni. Ada dari international school, MRSM, Pusat Permata Pintar, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah harian. 


Kena tunjuk examination slip yang kita print untuk mendaftar sebab nak scan kat examination slip ni. 


Ni dewan kuliah tempat ambil exam. 


Ok Dania dah dapat tempat. 


Mereka kena duduk selang 1 kerusi tapi yang duduk dekat dengan Dania duduk dengan geng dia dekat-dekat. Ayah Dania tu sibuk bagi bekas air yang tertinggal kat kereta. Dah la parking kat tempat jauh sikit. 


Disebabkan lama sangat nak update blog, result MyESO pun dah keluar. 😁😁😁

Dapat message melalui whatsapp pada 11 November 2019, suruh check kat website MyESO. To my surprise...

Credit : google

Dapat award bronze pun dah happy walau tak dapat gold. Bersyukur. Ini memang percubaan pertama Dania. Boleh tambah sijil untuk kokurikulum Dania. Ummi dah siap prepare file khas untuk sijil-sijil yang dapat. 

No comments:

Post a Comment