Bila dah dekat-dekat nak exam ni sempat lagi pergi lagi 1 seminar Sains. Sebelum ni pernah join Circle Your Correct Answer (CYCA) untuk Matematik. Kali ni dengan Cikgu Sara Khan. Cikgu Sara Khan ni juga merupakan tenaga pengajar di Maths Clinic tempat tuition Dania.
Kem sains ni diadakan pada 15 September 2019 jadi pagi tu kami pergi breakfast dulu. Lepas tu baru ke MMU, Cyberjaya. Masa tiba dalam jam 8.30 pagi tu dah ramai dah yang datang. Saya kan suka kalau Dania dapat duduk kat bahagian depan, jadi saya tanya la bebudak yang duduk tu kot-kot ada yang kosong. Ramainya yang cop tempat untuk kawan. Dah settle Dania, saya dan suami pun menuju ke Nu Sentral, KL. Ada benda nak beli.
Tengok la ni, ramai dah siap daftar kat kem ni. Awalnya mereka ni. Dania dapat tempat No. 2 hujung sekali. Kalau hujung-hujung ni selalu kena target la kan? 😝😝😝
Tengok la ni, ramai dah siap daftar kat kem ni. Awalnya mereka ni. Dania dapat tempat No. 2 hujung sekali. Kalau hujung-hujung ni selalu kena target la kan? 😝😝😝
Terjumpa dengan kawan yang saya baik. sebenarnya saya tahu Naterah ni ada sebab saya yang forward pasal kem sains ni. Hehe. Jadi, anak Naterah ni Ahmad Faris pun datang. Adehhh punyalah pemalu. Takde gambar. Handsome tau...hehe. Tengok ummi dia pun dah tahu. Daftar awal dapat la harga early bird iaitu RM100. Kalau bukan early bird harganya RM120. Kiranya untung RM20 lah. Makan tengahari dan minum petang disediakan. Sarapan tu sendirilah kan.
Jumpa lagi dengan mak kawan Dania masa Darjah 6, Farah. Anak Farah ni sekelas dengan Dania masa Darjah 6. Sekarang ni Anis dah masuk Sekolah Seri Puteri. Masuk pulak tu dengan best friend dia Ain. Ain pun ada kat kem ni dan sempat salam saya.
Dua-dua kat bawah ni saya repost dari Instagram Circle Your Answer
Saya rasa la kan tak menyesal join kem sains CYCA ni sebab cikgunya mengajar dengan cara yang menarik. Tak kering gusi anak-anak. Kalau macam tu tak la boring nak belajar. Boleh la anak-anak kita memberikan sepenuhnya perhatian.
Haaa ni selepas jalan-jalan kat Nu Sentral. Dah jalan-jalan tu rasa haus la pulak. Singgah pulak Restoran mamak Kayu. Order la Nescafe O dan Teh Tarik dengan Putu Mayam. Jadilah makan light light. Tadi dah breakfast berat. Nak menghabiskan masa bersama je pun. 😘😘😘.
Sesambil tu sibuk la tengok IG Circle Your Answer kot-kot ada update terbaru.

Kem sains habis jam 6 petang jadi sebelum pukul 6 dah tiba kat MMU. Lepas tu teman Dania solat kat Masjid Cyberjaya sebelum dinner awal kat Salaam Noodle Cyberjaya. Lepas tu tak balik lagi....singgah IOI City Mall nak beli Persil. Amboiii Persil je pun nak kena singgah IOI City Mall. Mencari Persil ni sebab sabun ni memang sesuai untuk mesin basuh kita. Tak semua tempat ada Persil ni.
Dania kalau ada tuition malam ke atau kem macam ni, lepas Isya' terus tidur. Penat sangat. Haaa CYCA ni ada latest kem untuk SPM jadi boleh la click sini untuk info ya.
Kita sebagai ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Moga markah Sains Dania untuk PT3 boleh buat ummi dan ayah tersenyum ya.
jenuh dan penuh program Dania ya Ezna..mmg semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak2 dan semoga Dania terus cemerlang
BalasPadamTeringat zaman sekolah dulu, mak hantar masuk Seminar-seminar jawab soalan peperiksaan PMR / SPM mcm ni jugak. Hehe. All the best Dania.
BalasPadambestnya kalau program sains ni ajar dengan kaedah yang fun sebab subjek tu agak berat. Tak pernah lagi makan putu mayam dekat kedai di Nu Sentral tu. Nak try lah nanti
BalasPadamNak dekat-dekat exam ni, Seminar pun banyaklah dianjurkan ye tak. Yang bestnya ibu bapa pun supportive untuk hantar anak-anak dan sponsor seminar. Bagus Dania bersemangat belajar. Semoga sukses ye Dania.
BalasPadamhebat program ni. kalau mek ada ank umur ni pun sure akan hantar juga pergi program ni. untuk pembelajaran depa. bagi depa seronok untuk belajar.
BalasPadamteringat zaman UPSR, PMR, SPM selalu ayah hantar pergi seminar. Bagus nak improve motivasi supaya boleh score markah time exam. Selamat berjaya ye Dania ;)
BalasPadamBagus ye program ni pulak2 bila tutor pandai tackle pelajar. Moga dapat result yang terbaik nanti
BalasPadamBagus seminar macam ni. Bagi pendedahan kat anak-anak mengenai teknik menjawab. Selamat maju jaya Dania.
BalasPadamTetiba rasa rindu nak sekolah semula. Masa sekolah dulu, sibuk nak kerja. Adeh la... Baca kisah Dania memang mengimbau memori zaman sekolah. All the best for Dania.
BalasPadamBagus join program macam ni. Bagi motivasi kat anak2 yg bakal ambik exam. Anak sis just ke tuition je..tak dan nk join seminar mcm ni.
BalasPadamDulu time Iza sekolah pun Iza rajin gak join kem macam ni. Dapat cikgu best memang senang dapat and mostly cikgu yang best tu mesti kelakar. Bagus la mommy anta anak pergi kem macam ni. Iza nanti anak dah besar pun Iza nak masukkan kem macam ni jugak.
BalasPadamBagus juga program macam ni. Pengajar pun nampak pandai ambil perhatian anak-anak. Kurang2 anak seronok belajar dan dapat ilmu
BalasPadamSeronok Dania dapat ibu yg sgt2 supportive mcm Ezna. Alhamdulillah. Mesti semangat je Dania kan? Moga mendapat ilmu yg bermanfaat ya Dania.
BalasPadammoga dania berjaya dgn cemerlang..amiin
BalasPadamTeringat zaman belajar dkt sekolah dulu. Rajin join seminar untuk peperiksaan. Walaupun stress tpi best sbb belajar byk benda.
BalasPadamTeringat masa zaman belajar dulu. Banyak program kem dianjurkan oleh pelbagai pihak. Mak saya paling suka la hantar ke kem motivasi. Bila fikir sekarang, saya syukur merasa pergi kem. Peluang ni bukan senang nak dapat. Sebab semuanya perlu dibayar. Walaupun masa tu susah nak dapat duit. Terima kasih mak.
BalasPadamalhamdulillah program mcm ni sgt diperlukan untuk pelajar pelajar skrg.. prog prog yang boleh menarik minat pelajar
BalasPadamBagus program mcm ni,sangat membantu para pelajar dan memberi suntikan motivasi untuk mereka
BalasPadamBestnya anak-anak sekarang dapat pergi menimba ilmu sebegini, di menara gading yang sekaligus akan membiak minat untuk terus cemerlang
BalasPadam