My IG Post

Hello eznakhalili.com readers!!

Nuff

Fitflop sneakers zaman millenia

Sebenarnya lama dah tengok kasut Fitflop ni. Macam tak banyak cawangan kat Malaysia ni tapi saya ada pergi kat Mid Valley dan tengok-tengok kasutnya tapi yang saya berkenan takde pula kat cawangan Mid Valley jadi saya survey kat Fitflop UK melalui internet and then saya tempah la kat satu online kat facebook ni. Trusted seller based kat UK. Nak beli online ni kena cari trusted seller kalau tak ..................

Jadi, fitflop saya dah tiba kat Malaysia. Kalau tengok harganya kat kedai Fitflop rata-rata dalam RM300++ ke atas. Boleh tahan jugak harganya. Gambar bawah ni saya tengok kat Zalora. Harganya RM442. Takde yang warna pink tapi ada yang warna biru ni je. Namanya Fitflop Uberknit Slip-On High Top. Materialnya macam stokin. Pernah nampak jugak material macam ni untuk jenama Skechers. 

Credit : google

Ok yang saya beli ni warna Neon Blush. Warna macam salmon. Soft sangat. Peminat warna lembut memang akan suka la. Kalau minat warna terang mungkin boleh pilih warna biru atau hitam. 


Paling penting harga yang saya dapat tu murah daripada yang dijual di Zalora ni. Kalau dapat yang berbaloi....why pay more?. Tak pakai lagi tunggu our vacation in December. 😊😊😊. Suami kalau beli apa-apa mesti sibuk nak suruh pakai je. Buat apa tunggu nanti katanya. Kita ni saje la simpan nak tunggu pakai hari special. Boleh gitu?. 😆😆😆

Comments

  1. test la dlu..kot2 sakit ke kaki..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Test dah cuma tak pakai jalan je lagi. Hehe

      Delete
  2. sweetnyaaaa i pun byk gak beli brg2 dari UK via personal shopper hhehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts