Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, September 20

Aktiviti ketika cuti jerebu

Sekolah di Selangor cuti lama disebabkan jerebu. Patutnya masuk sekolah 17 September 2019, tapi  disebabkan jerebu IPU melepasi tahap tidak sihat iaitu melebihi 200 makanya sekolah di Selangor dicutikan. Exam PT3 Dania kan nak dekat jadinya pada 17 September 2019, saya dan Dania sampai ke perpustakaan di Shah Alam. Walaupun agak jauh dari rumah tetapi perpustakaan ini menggamit saya pergi. Nak kena berkorban sikit la sebenarnya. Kalau tengok google map dari rumah ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam dalam 45.8km. Boleh tahan jauh rupanya. 

1. Tempat parking berbumbung dah luas. Dulu parking berbumbung ni tak siap lagi tapi sekarang dah siap.

2. Ada buggy yang akan membawa kita dari tempat parking ke depan pintu masuk Perpustakaan Raja Tun Uda.

3. Perpustakaan ni sangat luas dan sangat selesa. Tak silap saya 4 tingkat kot. 

4. Penyaman udara best. Pernah ke perpustakaan di Bandar Baru Bangi, penyaman udara agak panas (rosak sebab tak dibaiki. Jenuh berpanas la dalam perpustakaan). Sekarang dah dibaiki...

5. Ada cafe disediakan jadi kalau need a break boleh singgah. Selalunya kalau pergi perpustakaan ni memang saya dan Dania makan kat cafe ni je. Malas nak keluar.

6. Surau pun dalam bangunan jadi senang la nak solat tapi kalau surau ni luas sikit lagi selesa. 

7. Perpustakaan mengadap tasik yang luas. Kalau dapat meja berdekatan tingkap, agak-agak mengantuk tu tengok la tasik tu. Tenang ajer. 

8. Kemudahan fotostat disediakan. Murah pulak tu 20 sen 1 keping tak silap saya.

9. Nak menggunakan komputer dengan bayaran RM1/jam tu memang sangat murah la bagi saya. 

10. Buku rujukan / novel banyak pilihan. 4 tingkat kot jadi rajin-rajin la naik eskalator ke tingkat seterusnya. 

11. Banyak aktiviti dijalankan di sini seperti aktiviti musim cuti sekolah. Nak dapat info mungkin boleh call Perpustakaan Raja Tun Uda atau tengok je info kat facebook. 

12. Nak guna plug RM1 je sekali bayar. Ye lah kalau nak caj phone ke, komputer ke...

Jadi, ni lah sebab-sebab saya suka Perpustakaan Raja Tun Uda. 

Hari yang saya pergi pada 17 September 2019 ni, perpustakaan agak lengang sebabnya saya rasa sekolah kat Shah Alam tak cuti jerebu. Seronok betul ke sini. Saya tiba dalam pukul 11.30 pagi dan balik jam 6 petang. Berbaloi la lepak lama sikit sebab drive pun jauh ke sini. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ


18 September 2019 pun cuti jerebu bagi sekolah kat selangor ni jadi kali ni singgah kat perpustakaan kat Bandar Baru Bangi je lah. Jarak dari rumah cuma 4.8km ajor. Duduk tak sama dengan Dania sebab saya duduk kat tempat yang ada plug jadi senang nak type entri blog...

Kali ni kat sini dalam 3 jam ajer. 


Balik dari perpustakaan singgah makan kat Kedai Kak Lin. Saya makan lauk sayur + sotong goreng tepung + nasi separuh + milo ais. Kuah pula boleh pilih asam pedas, kuah lemak nangka atau kuah kari. Nak bagitahu sotong tepung tu punyalah banyak, sayur tu pun punyalah banyak. Pernah tak pergi kedai bila orang kedai tu sendukkan lauk? Kekadang dia buang sikit lauk kita tu. Kedai Kak Lin ni ambik segenggam banyak....pastu banyak tu yang masuk pinggan kita. Nasi separuh tu pun bagi saya pun banyak. Tengok la sampai lauk pauk menutupi nasi saya. Ehhh where is my nasi? 😝😝😝. Milo tu pun pekat. Memang tak kedekut serbuk milo. Nasi dengan lauk pauk tu harganya RM5.80. Saya rasa zaman sekarang ni antara yang termurah kot harga gini....



Ok 19 September 2019, masih ke library Bandar Baru Bangi sebab malas pulak nak drive jejauh. Kali ni Dania sebelah ummi ajer. Bila sebelah ummi, sibuk orang sebelah tu kacau saya 😏😏😏.


20 September 2019, di library Bandar Baru Bangi lagi tapi kali ni Dania dengan Zalilah bersama-sama belajar dengan cikgu Qashishah. Last week takde tuition sebab cikgu Qashishah ni ada infeksi mata. Nampaknya hari ni dah pulih alhamdulilah. 



Moga Dania dan Zalilah berjaya di dalam peperiksaan PT3 yang akan datang. 

Ada kawan sekolah rendah ummi dan kakak kawan ummi yang selalu buat kuih semperit Dania kat tanah suci sekarang ni untuk mengerjakan umrah jadi ummi pun apa lagi kirim doa kat sana. Ada beberapa nama kawan Dania juga dalam doa ummi tu. 😍😍😍 Moga dipermudahkan umrah Lily, Kak Mas, Aunty Lela, Sabri dan keluarga Sabri dan mendapat umrah mabrur. Kebetulan whatsapp saya tiba tepat ketika azan subuh berkumandang dan keluarga kawan saya ni baru check in hotel di sana....Alhamdulilah....Alhamdulilah.....

Kita hanya mampu berusaha, yang menentukan tu Yang Maha Esa....

Doakan ye?. πŸ’—πŸ’—πŸ’—


*****cerita aktiviti jerebu je pun tapi word count sampai 742 words tu....πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

No comments:

Post a Comment