Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, June 30

Salai kemudian kendurian

Pada hari minggu baru-baru ini, saya plan dengan adik beradik nak bawa makan kat kebun durian. Sebelum itu, kami adik beradik makan kat Seri Menanti House of Salai sebabnya kebun durian tak jauh pun dari sini. Actually, saya tak makan pun hanya minum sebab baru sangat breakfast bihun soto. Kenyang la pulak. Adik beradik semua makan la salai. Respon kat sini katanya sedap makanan salai. Gambar tak perfect ada seorang tu notty tak pandang kamera. Cuma seorang ajer takde iaitu adik ipar saya. Babah yang tak pandang kamera tu le. 


Selepas makan nasi, tudiaaa suami lead kereta adik No 2 dan No 3. Adik No. 4 tumpang kereta adik No. 2. Saya No. 1. Kami menuju ke kebun durian yang terletak tak jauh dari sini. Memang tak jauh pun. Kalau pasang lagu tu, tak sempat la lagu nak habis dah tiba kebunnya. Kebun ni kepunyaan owner yang kami beli rumah tu. Kebun ni menempatkan 60 pokok durian. 

Ada rezki 6 biji durian yang gugur semalam dan hari ini. Buahnya takde la besar sangat. 


Ini adik ipar saya tapi saya memang rasa muda sebab adik ipar saya tua setahun daripada saya. 😆😆😆


Walaupun kecil tapi isi memang power. Sedap....



Tukang buka isi durian. 


Dah buka penat-penat kena la makan ye tak?. 


Orang lain makan durian, tudung biru gelap tu tengok ajer. Sikit pun tak rasa. Saya siap bentang tikar ni haa....


Kecoh wehhh dah reramai ni. 


Kanan ni adik lelaki saya. 


Petua tak nak bagi panas badan, minum air dari bekas buah durian ni. Hati-hati ye jangan tercucuk duri pulak. 


Selepas makan, budak 2 orang ni main2 la. Boys will be boys. Seronok suasana kat sini ada bunyi ayam, sejuk je bila ditiup angin. Redup je sini sebab makan durian bawah pokok. 


Ni sepupu Dania bernama Zharfan. Dah lalu lalang depan DSLR, saya suruh pose. Sporting!


Entah apa yang diceritakan tu. 


Entah apa gossip mak jemah ni haa... 😂😂😂


Seronok juga sesekali berkumpul. Kena buat sekerap mungkin untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ini. Dulu kalau ada mama dan papa pun kami selalu buat makan-makan juga. 

11 comments:

  1. memang seronok dapat kumpul sambil borak2 dan makan2 dengan keluarga tersayang..dapat rapat ukhwah..aduh terliur pulak tengok durian tu..sedapnya

    ReplyDelete
  2. Saje ke nak buat orang terliur? Haha makan durian memang akan sendu kalau sorang2. Hadap durian wajib berjemaah. Nak2 dengan family. Dengan sembang penuh riuh rendah lagi. Tapi ingat, jangan makan banyak. Kalori tinggi!

    ReplyDelete
  3. aum sedapnya buah durian, BBL sendiri sampai hari ni belum makan raja buah ni padahal area rumah banyak je gerai jual. mungkin nak tunggu harga murah sikit. best la dapat makan dalam dusun. feel tu lagi syok ye

    ReplyDelete
  4. Kalau peminat Durian kalau dengar je nak makan durian kat kebun ke kedai mesti paling excited kan. sebab dapat makan durian fresh. Memang kita geng kaki durian.

    ReplyDelete
  5. Lama jugak tak kenduri durian. Durian kampung walaupun kecik, rasanya memang sedap. Terliur pulak memalam ni nak makan doyan.

    ReplyDelete
  6. Sronoknya ada kebun durian sendiri. Bila2 masa boleh makan durian tak perlu nk fikir kn beli. Best juga kalau mkn bersama2 keluarga. Blh eratkan silaturahim..

    ReplyDelete
  7. Seronok betul skali sekala berkumpul adik beradik kan? Bestnya tengok makan kat salai tu. Memang suka masakan salai terutamanya daging salai masak lemak cili api. Durian tu pun sedap & segar nampak. Seronok ada kebun sendiri. Fefeeling sangat bila berkendurian ramai ramai. Seronok!

    ReplyDelete
  8. Bila berkumpul adik beradik makan ramai ramai memang best kan kak. Makan salai lepas tuh makan durian pulak.uit kenyang perut macam ni. Hari tu suami saya beli durian pun makan dua tiga ulas je

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dapat kumpul keluarga macam ni, kalau tanah yang ayah saya usahakan dulu tak digadaikan mungkin kami pun dapat menikmati durian macam ni. Rindu pulak masa kecil-kecil makan durian fresh dari kebun. Pastu banyak, tak payah catu-catu macam sekarang sebab beli durian pun mahal. LOL

    ReplyDelete
  10. Kietorang tengah tunggu durian masak dekat rumah mak mentua ni. Hahhahaha. Nanti bila durian masak, mesti kiteorang balik ramai ramai sebab nak tolong kutip. Kalau tak mak mentua bergaduh dengan kera sebab kera pun nak juga

    ReplyDelete
  11. Sedapnya durian. Sekarang memang musim durian kan semua orang mencari durian. Airah ritu pun beli dua tiga biji juga.

    ReplyDelete