Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, March 11

Buffet ramadan Lambaian Rasa TPCKL 2019

Sekarang ni kalau tahun hijrah Rejab dah kan?. Haaa.....ini bermakna tak berapa lama sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak. Haaa dah ganti puasa ke tu?....bila bermulanya bulan Ramadhan pasti kita teringin nak makan itu lah ini lah. Tak sempat nak masak ke nak makan kat luar ke....

Haa ni ada satu tempat yang saya rasa berbaloi kalau nak berbuka puasa sebabnya harga seorang makan di bawah RM100. Saya akan sentuh bab harga tu nanti tapi ni saya nak cerita hidangan yang akan disediakan sempena Buffet Ramadhan yang diberi nama 'Lambaian Rasa'. 

'Lambaian Rasa' ni akan mempunyai 22 gerai klasik yang akan mengingatkan kita pada bazar ramadhan. 

Ni lah diantara hidangan yang akan menghiasi meja buffet dan gerai di 'Lambaian Rasa'. Nasi Biryani ada. 


Pencuci mulut yang disediakan seperti pulut mangga kegemaran Dania. 


Pulut panggang dan kuih lapis. Kuih lapis ni Dania masa kecik2 dulu makan selapis selapis. Dah besar ni takde lak peel makan selapis ni. 


Aneka puding. 


Chocolate Eclaire pun ada. 


Puding ni warnanya sangat ceria. 


Udang. 


Rendang daging pedas. 


Peparu. 


Ni set up kat buffet manisan mulut. Dihiasi lampu lap lip ni rasa maca ehhhh dah nak raya?....


Ikan sepat masin. 


Acar mentah manakala belakang tu seleksi asam. 



Aneka kerabu & ulam-ulam kampung ni station favourite saya. 


Kalau makan ulam-ulaman tak sah la kalau takde penyedap ni macam sambal tempoyak, budu dan cincalok. 


Buah-buahan. 


Mari mari ke station Oden ni. Ada 2 kuah yang kita boleh cuba iaitu clear soup ataupun kuah tomyam. 


Maggi Assam laksa?....hanya terdapat di Malaysia....eh eh siapa tahu ni dialog siapa?. Tentulah Beto Kusyairi dalam Istanbul Aku Datang. 

Ok....ni bukan Maggi Assam Laksa tau....ni cuma Assam Laksa....nak highlight Assam Laksa tu je. 


Ni pun favourite Dania ni. 


Nak satay ayam ke daging? 

2-2 ada.


Shawarma Ayam ni rasanya macam kebab yang akan dimasukkan ke dalam roti pita tu. 


Kuay tiaw ni kalau bulan puasa kan memang berselera je tengok. 


Mee goreng.....


Churros pun ada. Comel2 je adik ni buat. 


Aneka sup dan bubur. 


Kak Mah Goreng2 ni pun tahun lepas ada kat TPC Kuala Lumpur.


Highlight kat Buffet Ramadhan 'Lambaian Rasa' tak lain tak bukan....Lidah Bakar. Adik ni tak menang tangan menyediakan hidangan ni. Asyik kena top up ajer. Haaa ni mesti rasa tau kalau datang sini. 


Ni lah lidah bakar kalau tengok secara dekat. Rasanya macam daging je. Makan tu cicah air asam atau cili kicap yang makan dengan ikan bakar tu. 


Ikan bakar.


Bukan ini je tau, banyak lagi hidangan yang akan disediakan. 

Sambil kita makan, kumpulan ini akan bermain alat muzik tradisional untuk para tetamu. 


Chef yang bertanggungjawab menyediakan menu yang lazat ni terdiri daripada :
Chef Abu Zaren Bin Bakri, Chef Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Chef Azmin Bin Mohamed Burhan dan Chef Ah Fei. 



Berbuka puasa lebih bermakna jika bersama yang tersayang....


Dah tentu surau yang berhawa dingin dan luas ada disediakan untuk tetamu yang datang berbuka kat sini selain daripada ruang parking yang banyak dan ada buggy servis akan mengambil kita dari parking ke tempat berbuka puasa. Kalau nak menggunakan khidmat valet parking pun kat sini ada. Kalau ada anak kecil yang nak salin lampin pun ada bilik disediakan.

Harganya?

Voucher early bird ada disediakan bermula 1 April 2019 - 7 Mei 2019 dengan harga RM96 nett untuk dewasa. Harga asalnya adalah RM110. Ni yang saya kata harga di bawah RM100 ni. Kanak-kanak berumur 6-12 tahun akan menikmati potongan harga RM50% dari harga asal RM110. 

Untuk tempahan boleh menghubungi 03 - 2011 9187 / 189 (Promosi Lambaian Rasa Buffet). 

Nak tapau?

Ada juga. Bermula pada 8 Mei - 2 Jun 2019 dari jam 3 petang - 6.30 petang. 

Pakej untuk mengadakan iftar

Ada 2 lokasi iaitu di Piano Lounge (80 pax) atau di The Gallery (50 pax) bermula dengan harga RM55++ - RM85++ per pax. Nak tahu lebih lanjut boleh la menghubungi Banquet and Sales di talian 03 - 2011 9188 ext 182 / 183 / 138. 

Alamat :

TPC Kuala Lumpur 
10 Jalan 1/70D off Jalan Bukit Kiara
60000 Kuala Lumpur

"Early Bird Catches the worm" Kalau book awal dapat la penjimatannya. 

17 comments:

  1. Dekat ngan office husband...nnt boleh try test makan mat sini sbb kerabu mangga dia nampak begitu promising

    ReplyDelete
  2. bagus jugak ni, buffet ramadan bawah RM100 kan. kena pi beli voucher cepat-cepat ni

    ReplyDelete
  3. banyaknya menu yang best-best, berbaloi dengan harga buffet per person. Macam ni kene lepak lama-lama nak rasa semua menu tu. owh pulut mangga, memanggil-manggil hihi

    ReplyDelete
  4. woww banyak betul pilihan makanan kat sana kan, semuanya nampak sedap-sedap belaka pulak tu! yang lidah bakar tu exotic nya, so far tak pernah makan lagi and not sure berani nk try tak hehe. tapi baguslah ada variety pilihan makanan mcm tu!

    ReplyDelete
  5. dah boleh beli kupon iftar kat TPC ni. RM96 kira murah jugak dari harga biasa RM100 lebih tu. semua makanan nampak sedap & menyelerakan betul

    ReplyDelete
  6. Hidangan ramadan buffet kat sini memang sedap. Sis setiap tahun ada juga berbuka di sana, macam-macam hidangan ada, sampai tak tahu nak pilih mana satu..hehehe.

    ReplyDelete
  7. Halaah sedapnyaa! Banyak food yang favorite. Boleh try ni kalau pergi sana masa bulan puasa. Banyak sungguh pilihan makanan. Memamg puaslah makan gini. Udang tu Ya Allah! Boleh tak nak focus kat dia je dulu kalau berbuka nanti? Hahahaha siap da pulut panggang. Ya Rabbi! Dugaan! ��

    ReplyDelete
  8. Woww bermacam-macam jenis juadah disajikan ya. Kenyang sungguh nie kalau dtg ke sini. Pulut panggang santan tu mcm dessert pulut dgn mangga kah ? Nampak mcm sama.

    ReplyDelete
  9. Lambaian rasa dah melambai lambai nak bulan puasa dah ni. Paling suka yg macam bazaar ni siap hidang lidah bakar, kuih apam yg jarang2 orang buat time buffet~ menarik

    ReplyDelete
  10. Ya Allah. .banyaknya menu yang sedap sedap .Bila nak masuk ramadhan ni memang banyak buffet ramadhan ditawarkan .Yang paling best macam macam pilihan menu ada .Jadi rambang mata dibuatnya nak makan yang mana satu kan

    ReplyDelete
  11. wah banyaknya pilihan makanan boleh terlebih makan dibuatnya di sini.. menarik sebab ada nampak oden. churros pun nampak macam fresh and hot dari oven.. rasa lapar pula pagi pagi ni... nanti nak check out la.

    ReplyDelete
  12. nampak banyak pilihan makanan, semua makanan kegemaran kita, kuew teow, churros tu nampak macam fresh and hot dari oven... pulut mangga pun nampak menggiurkan.. makanan memang takkan lengkap kalau tak ada ulam ulaman dan tempoyak yo

    ReplyDelete
  13. Yummy the food looks really delicious, I wanna try it out for myself. I am eyeing the dessrt table, can't imagine they have Churros as well!

    ReplyDelete
  14. nampak sedap2 makanan kat sini...suka style hidangan masakan panas2 dia..macam beli kat street market...tak pernah lagi makan kat sini ...

    ReplyDelete
  15. Bagus sebab bawah RM100 kan, murah sikit nak bawa seisi keluarga untuk berbuka puasa kan. Lagi-lagi juadah sebegini, Rawlins yang berlidah kampung nie memang suka!

    ReplyDelete
  16. I like the food at TPCKL 2019. too bad I can't go that day clash with other things. nice that you have enjoyed it

    ReplyDelete
  17. Dah start dah ramadan review, omg... i memang suka masakan melayu and pedas pedas. This place is very near my house only, i like the location and the view is very soothing. Makanan of course sedap la.

    ReplyDelete