My IG Post

Hello eznakhalili.com readers!!

Nuff

Short and sweet bercuti ke Johor Baharu Part 1

Saya nak bagi amaran ni....post ni banyak gambar Hello Kitty 😝😝😝. Ok...perjalanan bermula jam 11 pagi di mana kami breakfast dulu sebelum bertolak ke Johor Baharu. Perjalanan ada stuck kat beberapa tempat sebab jam. Terutamanya di beberapa kawasan di Negeri Sembilan. 

Ada juga beberapa kali kami berhenti rehat di R&R. Bagi chance driver berehat sebelum meneruskan perjalanan. Kami tiba di Hotel Jen di Puteri Harbour dekat jam 6 petang la jugak. 

Kami pun diberi bilik Hello Kitty Deluxe Themed Room untuk check in. Wahhhhh so comel. Hello Kitty here and there. Kami dapat bilik Hello Kitty in Oz. Ada 3  bilik Hello Kitty in Oz. Ada 3 tema bilik Hello Kitty di Jen Hotel ni. Dua lagi Sailor Hello Kitty ada 3 bilik dan Hello Kitty Pink series ada 4 bilik. Maknanya untuk bilik Deluxe ni ada 10 bilik bertema Hello Kitty. Uniknya, walaupun Hello Kitty in Oz, 3 bilik juga dihias berlainan tau. 

Kami dapat tema Hello Kitty in Oz : The Lost Chapter.

Ni katil saya dan hubby. Hubby kata dia tak kisah pun bilik apa sebab hotel ni pun ditaja 😜😜😜. kat katil ni ada Hello Kitty tengah mengendap. Ada 1 beg ungu diletakkan kat situ. Wahhh ada goodie bag lagi. 


Ni katil Dania. 


Ada macam meja study juga kat dalam bilik ni. Cantik kalau nak ikut konsep ni. 


Ni kat rak TV. Hello Kitty kat Oz ni memang pakai topi kot. Kalau tengok movie Oz The Great and Powerful tu memang pakai topi je pelakon utama yang lelaki tu. 


Dalam cermin berdekatan rak TV ada display Hello Kitty ni. Tak boleh ambik, boleh tengok je ye. Kalau boleh buka saya rasa dah lama Hello Kitty ni hilang. 


Dalam almari ni ada peti simpanan kebal. Almari pun pattern yang sama sebelah sana. Kat tengah boleh letak beg. 


Ni hiasan gambar kat atas tempat letak beg. Kelihatan kat situ Scarecrow dan Tin Man dan mungkin ada Cowardly Lion kat situ. Karakter dalam Oz. 


Bilik air pun ada frame gambar. 


Kat bawah tempat buat air ni ada peti ais, 


Ni cenderahati yang saya dapat. Mahal juga barang2 Hello Kitty ni ye?. Sebab apa mahal?. Harga ada lagi kat cenderahati ni. 😚😚😚


Kat tempat slot kad kat pintu ni ada cerita pasal Dorothy. 


Ni bilik kami ni. Kalau tema Hello Kitty in Oz macam ni plak dekat nombor bilik. 


Ni bilik Hello Kitty Pink Series. 


Ni bilik Sailor Hello Kitty sebab ada sauh kan. 


Ada board comel kat koridor. 


Bilik level 1 ni memang bertema Hello Kitty. Muka teruja tu. 


Kat bangunan Red Bow Cafe yang indoor Hello Kitty dan Thomas Town tu. Esok pagi la kita explore. 


Malam, nak pergi cari makan la kan. Mula2 nak ke Mutiara Rini sebab nak cari ATM. Masuk la Mydin kat situ. Kemudian nak singgah sini tapi tutup la pulak. Kemudian terpaksa cari alternatif nak makan kat sini pulak. Buka....tetapi dia kata ada masalah kat dapur pulak. Hemmmm...dengan perut lapar dan tak tahu nak makan kat mana...ye lah saya dan hubby bukan familiar kawasan ni. Akhirnya meneruskan perjalanan sehingga la nampak kedai tomyam ni. Singgah la kami kat sini dan ini yang kami order. 

Udang goreng tepung dengan sos thai. 


Dania tu entah apa yang kelakar pun tak tahu la. 


Ada juga tomyam putih campur dan telur dadar. 


Campur air semua dengan nasi dalam RM30++ Rasanya ok dah bagi saya harga tu dengan dalam tomyam tu ada ketam, udang, sotong, kepah dan lain2. 

Saya bagi alamat. Mana tahu nak singgah makan ke...servis pantas. 

Nur Kasih Tomyam 
153, Jalan Rawa, Taman Perling, 81200 Johor Baharu 

Nanti kita sambung kat Part 2 pulak. 

Comments

  1. alahai bestnya !! yang dewasa ni pun teruja tengok sana sini Hello Kitty,
    ni childhood fevret character. suka HK n Merry Melody. tapi ni kalo ajak kawan2 ni belum tentu depa layan nak mai sini hahaha..

    ReplyDelete
  2. bilik tema HK ni cute yg amat...i tgk ur pics pun rasa excited giller hhehehhehe

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya..ni kalau bawa anak2 ni sure depa takmau balik ni..cuti sekolah bulan 3 ni nak bercuti ke JB..nanti nak riki2 tengok laa hotel ni..kann best kalau ada penaja..hihihi

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya..ni kalau bawa anak2 ni sure depa takmau balik ni..cuti sekolah bulan 3 ni nak bercuti ke JB..nanti nak riki2 tengok laa hotel ni..kann best kalau ada penaja..hihihi

    ReplyDelete
  5. Bestnya Hello Kitty, favourite Qiss tau kartun ni. Comel lah bilik dia, tiap audit ada hello kitty comel. Boleh la try booking bila gi Johor nanti. Makanan tu nampak sedap. Tomyam dia..terliur dibuatnya

    ReplyDelete
  6. Nampak macam menarik. Dah banyak kali pergi johor tapi tak pernah stay kat hotel ini. Next time nak stay sini la.

    ReplyDelete
  7. Comelnya dapat bilik tido Hello Kitty. deco Hello Kitty Deluxe Themed Room pun lawa terox! Macam best je jalan2 JB makan sedap2 mcm awak.

    ReplyDelete
  8. Wah cantiknya Hotel Hello Kitty ni. Tak pernah menginap lg tpi pernah smp ke tmpt Hello Kitty JB tu. Boleh try nnti sbb mcm cntk. hehehe

    ReplyDelete
  9. Bestnya..ni kalau anak sis tengok ni sure dia jelous ni, walaupun dia bukan peminat Hello Kitty tapi kalau dapat dok hotel cantik yg penuh dengan hello kitty cam ni sape tak nak, mak dia pun sama teruja. Bila lah ada peluang nak dok sini..:D

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts