Perjalanan balik dari cuti-cuti di Johor Baharu, hubby bagi idea untuk menikmati makan malam di Muara Sg. Duyung. Lama juga tak berkunjung ke sini. Kami tiba dalam jam 9 malam masa tu dan kena beratur sebelum dapat makan. Ramai juga pengunjung yang nak datang makan kat sini. Meja untuk yang macam kami ni senang la ada kosong tapi kalau nak request meja untuk ramai orang kena tunggu la kejap. Actually saya ada call dulu untuk booked tapi dia suruh walk in ajer.
Nak makan lauk-pauk segala mala ikan ni boleh makan dengan nasi putih atau dengan nasi lemak. Saya dan Dania memilih nasi putih manakala hubby makan lauk pauk dengan nasi lemak.
Makanan yang dipesan nak sampai pun takde la cepat sampainya. Kena banyak-banyak bersabar ok?
Kami order ikan siakap masak tiga rasa. Ikan siakap ni bersize sederhana.
Ketam ni goreng kunyit ajer ni. Rasa sedap walau gambar ni nampak buruk je ketam ni. 😉😉😉. Ketam ni seekor ajer sebab saya je yang nak makan. Lagi 2 tu tak makan ketam. Ini ketam saya yang punya.
Kerang rebus ni ambik 1/2 kg je.
Patutnya ada telur dadar. Sampai ke sudah telur dadar ni tak sampai. Ni gambar selepas dah habis makan.
Total semua termasuk air, RM70++. Hmmm boleh la kot rasanya kalau nak makan sekali sekala. Kena fikir berbaloi ke tak nak kena beratur lagi....
Kalau makan selalu dengan harga macam ni macam hmmmm....
Tiba rumah dalam jam 12 malam macam tu dan trafik dari Melaka menuju ke Bangi agak lancar. Akhirnya melepas nak tengok AJL.
SA pernah bawak family makan kat sini tp rasanya lepas ni x pergi lagi kot..bukan nak kondem cuma masa pi tu servis lambat padahal SA sampai masa tu kedai x buka lagi dan dh booked awal dah bayar deposit gak tau..kul 7mlm kami sampai air jer terhidang, pas tu org lain yg datang selepas kami dh dpt makanan dan kami punya makanan sampai pukul 9 malam..baik kami makan kat Umbai je masa tu..hehehe..be da dh lepas kan..takpe la pengalaman SA..
BalasPadamBerbaloi dah dengan harga tu..kerang pon besar2..Murni tak pernah makan ketam goreng..teringin pulak nak rasa..
BalasPadamWow...looks delicious. Makes me feel hungry now. I love seafood
BalasPadamaida sendiri tak pernah sampai muara sg duyung ni, ezna.
BalasPadamsebab kurang suka dgn makanan berunsurkan ikan bakar & seafood ni.
if nak, ke parameswara sesekali.
kat Melaka, di mana-mana skang, dah kena beratur hu hu hu...
org melaka sendiri tak keluar time public holiday or weekend.
itu yg jarang dah gi sejak Melaka maju dgn pelancongan hu hu hu hu...
Buka blog ni asyik makan jer makan lak tu jauh-jauh nak kita pergi makan susah hehehehe tapi kalau sampai Melaka kita akan cuba memang sedap sangat tengok sampai licin habis semua makan hehehehe....
BalasPadamTak pernah lagi singgah sini. Tapi nampk hidangan yang u order semua menarik. Sekali sekala makan utk harga mcm tu ok kot
BalasPadamSaya juga pernah pergi last year boleh kira boleh tahan juga makanan laut di sana dan harganya juga considered berpatutan. Kalau dudk menghadap laut, pemandangan boleh dikira best juga.
BalasPadamSaya tak pernah lagi makan dekat sini. Tapi kalau pergi makan order order makanan tak sampai frust jugak. biasa kalau makanan side dish tak sampai saya pun malas nak ingatkan waiter. biarkan je asalkan bila bayar tak masuk sekali side dish yang tak sampai tu
BalasPadamWoww kerangg. All time fav emi tu. Kalau makan kat kedai yg ada jual kerang, tak sah kalau tak order kerang ni. Sedapnyaaa
BalasPadamPernah try makan skali kat sini, tp bg tekak ni, biasa-biasa je lah. Takde la luar biasa sgt. Tapi harga mmg biasa la, harga pelancong, kat mana2 pun macam tu. Hehe
BalasPadamAM penah pegi ke sana bersama dgn boss n opis mate.. Servis mmg lambat sikit tapi makanan memang sedap n fresh.. masa tue dpt Port menghadap laut mmg layan abis..
BalasPadamKita suka makan seafood..kalau pergi mestiborder yang sama macam akk. .Hehee.. Sedap semuanya kak
BalasPadamketam is my fav..yum yum
BalasPadamTak pernah makan kat sini, tapi selalu ke Parameswara je kalau teringin nak makan seafood, itupun kalau lalu melaka le..kalau semata-mata nak makan n ke sana tak le kot.
BalasPadamBerbaloi ke tidak nasib masing-masing, smlm makan di situ atas pelawaan rakan. 8 dewasa 3 babies. sekilo ketam sambal, sekilo sotong goreng tepung , sekilo udang goreng , 3 ekor siakap masam manis, sayur campur untuk 5 orang, juice oren 1 jug, jus tembikai 1 jug dan air kelapa i jug nasi lemak comel 12 = lebih RM450 +++++++. Bila minta bil , buat2 lambat. Walaupun makan free, org belanja tapi kesian tengok org bayar. hmmmmmmm
BalasPadam